Thursday, December 25, 2014

Mencuba Hambuk Maharaja


Hambuk merupakan pakaian traditional Korea.
Kami sempat mencubanya di Myeong-dong Tourist Information Center

Sila abaikan date tu sebab, pic ni direct capture dan send ke email kami. 


Mereka bagi kami 10 minit je untuk mencuba dan send pic tersebut secara direct ke email. Bab masa memang kami kena lah taat sebab orang korea ni memang menepati masa. kelam kabut gak tak sempat pose comel-comel, main hentam je....

Lepas bergambar menggunakan hambok, berselfie plak dengan minah Kpop... siap dapat cenderahati dari mereka lagi...




Backpackers - Korea - Day 9


19 December 2014

Planning :

  • Gyeongbokgung Palace (KRW 3,000.00)
  • Deosoksugung Palace (KRW 1,000.00)
  • Bukchon Hanok Village
  • Gwanghamun Gate
  • Cheogyecheon Stream
  • Insadong Market
  • City Hall Ice Skating (KRW 1,000.00)
  • Seoul Station - Balik Busan Naik Keretapi (KRW 27,000.00)

Actual :

Hari ni kami meneruskan perjalanan nak melihat Namsan Tower dan sekitarnya. Heyyyyy bila di fikirkan balik...kat Malaysia..tak plak aku tergamak nak naik menara KL sedangkan dulu aku kerja di MUI Plaza tu cuma jalan kaki je ke Menara KL... kat negara orang nak plak naik tower-tower ni.... hahahahaha.....

Dari Jongak Station, naik subway ke Jongo 3 (sam)-ga, tukar train ambik ke Myeodong Station exit 4 lepas tu jalan terus menaiki bukit jumpa simpang empat, jalan terus lagi sampai nampak tangga cable car nak naik Namsan. Banyak Guest House belah kiri sepanjang naik bukit ke cable car station tu. Ramai orang-orang begpek Malaysia menginap di situ... Memang hazab lah juga nak daki bukit...boleh tonggek macam Ziana Zain nanti kalau balik Malaysia. Aku cakap hazab sebab memang daya tahan fizikal aku mulai susut sebab banyak sangat berjalan dan daki sana sini. Lebih-lebih lagi tenaga dah aku perah semasa daki Illchubong Peak dan Mount Halla kat Jeju.

Naik Cable car tu KRW 8,000 seorang returned. Perghhhh....penuh sesak sumbat dek orang korea ni masa dalam cable car. Takut gak kalau jatuh....mati luar iman beb.....

SnowCap ni je yang tahan sejuk, yang lain hampehh...tapi telinga asyik terkeluar je. hantam je lah... Ada sekali dua aku lilit mafla tu macam shawl...hahahaha...berhijab terus...









Syuq pakai jaket baru beli di Ehwa University malam semalam. Sekali imbas dari belakang macam ahjumma...Jangan mareee beb....but aku jeles jaket tu takde size besar sebab jaket tu memang super penebat haba.






Keluar dari sini kami pi makan kat restoran sekitar Myeodong. Aku membontoti je kath dan syuq je nak makan apa... nama makanan pun lupa. Apa dahhhh beku sedikit ingatan aku... tapi makanan situ memang sedap. Jeruk lobak putih nya kecur nafsu.... kimchinya pun...susah mau cerita....


Yang warna kuning tu lah jeruk lobak putih. Kena makan juga untuk hilangkan rasa mual makanan.

Bahan asas macam nasi goreng de masak depan kami. Pic yang dah siap lupa nak snap sebab belasah lapar. Kalau ada pic pada hp syuq dan kath, aku update pada entry lain.

Backpackers - Korea - Day 8


18 December 2014

Planning :

  • Yongpyong Resort (KRW 16,000.00)
  • Gondola Dragon Peak (KRW 12,000.00)
  • Tubing - Skate Board Salji (KRW 15,000.00)
  • Balik Seoul

Actual :

Planning asal ikut itinerary dah ke laut..... tu yang best bila free n easy travel ni...ikut suka hati pala otak bertiga je nak kemana.... Hari ni kami merayap ke Changdeokgung Palace.

Naik subway sebab kaki takde daya nak jalan banyak. Dari Jonggak Station pi Jogno 3 (sam) Station, Ambik line 3 ke Anguk Station. Dari Anguk station tu jalan kaki ke Istana Raja tu... Popular dengan cerita Jewal in the Palace kalau aku tak silap.


Cerita tu sedih juga sebenarnya, camna perjalanan seorang wanita menjadi seorang Doktor Di Raja yang mana selama ini di pelopori oleh Doktor lelaki....mean wanita pertama yang di anugerahkan menjadi doktor Di Raja.

Bayaran masuk nya KRW 3,000 untuk sekitar Istana je dan KRW 5000 untuk ke secret garden nya. Wajib lah pergi... feeling jadi Orang Istana time tu. Nak masuk Secret Garden kena ada pemandu pelancong, tak boleh main terjah je...




















 






Keluar dari istana ni kami pergi ke satu kedai makan, Tunggu entry berikutnya bila dapat pic apa nama makanan tu...aku pun lupa.....

Selapas makan, kami menuju ke Ehwa University Station menaiki subway.... tau ler tu tempat apa... shopping.. aku turuti je kemahuan mereka berdua...tapi sempat juga beli ole-ole untuk mak dan kakak aku di situ....

Backpackers - Korea - Day 7 Aku Sesat


17 December 2014

Planning :

  • Everland (KRW 32,000)

Actual:

Planning hari ni nak ke Everland Team Park Korea. Dari Jonggak station kena naik subway ke Jamsil, Lepastu menyeberang jalan, ambil bas 5700 kat bus stop yang tengah-tengah jalan tu. Tambang aku lupa nak check sebab guna T-Money je semuanya.

Kat situ jumpa satu family cina Malaysia bertanyakan tempat mainsalji dan skit pada aku, dia dah tunggu bas lama tapi bas tak sampai-sampai, kami suruh dia tanya orang-orang situ sebab kami pun tak sure tempat dia nak pergi tu.

Sampai stesen bas Everland, naik shuttle bas masuk ke pintu masuk Everland. Bayaran Masuk Everland KRW 32,000 setelah ada diskaun kupon.





Banyak pic pada hp syuq dan kath... hp aku kureng battery kali ni.... as usual lah di sini...main permainan bebudak dan happy hours... Makan kat lotteria shirm burger KRW 5300 seorang. Jadi lah untuk alas perut.

Balik dari Everland, naik bas ke Jamsil Station sebab nak pi HardRock Cafe Seoul. Terletak di Lotte World Mall Tingkat 5.




Beli apa yang patut sikit, lepas tu bergerak naik subway ke Jonggak Station dari Jamsil. Kath dan Syuq nak jenjalan shopping dalam subway tu...aku dah tak larat nak nalan sebenarnya.. Ambik keputusan nak balik, biarkan mereka berdua shopping nak beli mask muka katanya. Aku ni dah beberapa hari main redah je kluar masuk exit Jonggak tu lupa nak skodeng exit apa. Main redah jalan aku silap exit, kluar exit 4...opocot bapak bear.... melilau bila kluar exit tu rupa lain bebeno tempat nya...turun balik... terembil exit 6 pulak...aiyyyaaaa.... kecut telo seketika beb...silap juga... time tu gak ler rasa nak terkucil bagai.... tawakkal.... jalan lagi...nampak signboard standard charterd...tu dia baru betul exit 2.... lega....jalan lelaju sebab nak yak tak tahan.....

Dah siap melabur, masuk bilik, dengar syuq dan kath sampai...rupanya mereka sesat juga...hahahahaha silap exit.... terkluar exit 4 katanya.... chilll yoooo lu sama gua sesat....

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...