Monday, March 30, 2015

Tips Sihat Berniaga

Tips SIHAT berniaga :

Jika selama ini margin keuntungan anda sebanyak 20%. Apabila barangan anda telah ditetapkan dan termasuk dalam senarai barangan yang di kenakan #GST.

Anda mempunyai dua pilihan:

Pertama, mengekalkan harga lama barangan tersebut, akan tetapi margin keuntungan anda menjadi 14% sahaja setelah ditolakkan dengan 6% GST.

Kedua, menaikkan harga barangan sebanyak 6% dan mengekalkan margin keuntungan anda sebanyak 20%.

Jika anda seorang peniaga bijak, semestinya anda akan membuat pilihan pertama. Biar kekal harga lama tapi kurangkan margin keuntungan anda.

Jika anda seorang peniaga yang mementingkan wang ringgit sebagai sandaran, anda memilih untuk pilihan ke dua. Implikasi perniagaan anda akan merosot dari segi bilangan pengguna yang datang membeli barangan yang anda jual.

Nota Kaki :
√…Jadilah seorang peniaga yang bijak.
√…Anda tidak boleh pergi Haji balik hari pun jika anda membebankan pengguna.

Jangan Jadi Kera

Sebagai seorang peniaga, kita WAJIB menerangkan dengan jelas jika barangan yang kita jual dikenakan #GST atau tidak.

Jangan terus melompat macam seekor kera yang panik. Penerangan yang tepat dan padat akan membantu pelangan-pelangan kita memahaminya. Sekaligus kita mendidik pelanggan-pelanggan kita menjadi penguna yang bijak.

"Jadilah pengguna bijak bukan pengguna kena pijak"

Nota Kaki :
√…Guna akal untuk memilih
√…Baca sepenuhnya dengan teliti
√…Kedai ONLINE saya dibuka 24 jam sehari

Barangan Shaklee Tak Dikenakan GST

Shaklee TIDAK mengenakan #GST kepada pembeli.
Cuma kami sebagai dealer SAHAJA yang WAJIB membayar GST tersebut.

Jika anda membeli apa jua barangan atau vitamin shaklee dengan harga retail ( harga jual ) yg telah ditetapkan oleh pihak shaklee, harga tersebut tiada perubahan walaupun satu sen.

Sebagai contoh :
Jika anda membeli ESP tahun lepas dengan harga retail RM 150 setong. Selepas GST, harga retail ESP tersebut masih lagi RM 150 setong.

Cuma margin keuntungan runcit para dealer sahaja akan susut sebanyak 6% sahaja.

Harap Maklum. Semoga anda faham atas penerangan di atas.

Nota Kaki :
√…Tak perlu nak skodeng harga tanya sana dan sini.
√…Jadilah #pengguna #bijak dengan join membership.

PZ
0182505230

Sunday, March 29, 2015

Celah Bedah Berkerak...?

Aku tau kau akan baca ni.
Terima kasih sebab selalu support aku berniaga.
------------------------------------------------

Celah bedah ??? Terbaik ler.....
Ambik GLA dan full set abg gagah utk repair "adik" katanya hari tu.
Rupanya ada kesan sampingan lain yang terbaik.

Set Lengkap Abe Gagah :
√…GLA Complex
√…Omega Guard
√…B Complex
√…Vita E Complex
√…Zinc Complex

#CelahBedahCerah
#TakBerkerakLagi
#GLAComplex
#SetAbgGagah

Saturday, March 28, 2015

Duplicate & Positive Thinking



Saya Sedang Mencari Business Partner / Anak Didik yang :
√…Sedang Mencari Business
√…Ada banyak hutang yang nak dilangsaikan
√…Senang dengar kata
√…Senang di ajar dan senang di lentur
√…Yang serius untuk mengubah kehidupan
√…Gigih berusaha walaupun kaki sebelah dah dalam mulut buaya
√…Berdikari
√…Tidak banyak alasan
√…Sanggup berusaha
Nota Kaki :
√…Yang kaya duduk dendiam, kalau nak tambah kaya dialu-alukan.
√…Sleeping partner saya tak mahu.
WhatsApp / WeChat / SMS / Call :
PZ
+60182505230

Thursday, March 26, 2015

Berdakwah Dalam Masakan ?

Mesti kita rasa pelik bila terbaca tajuk di atas.
Ok, saya nak cerita sedikit bagaimana kita boleh berdakwah dalam masakan.

Secara ringkasnya :
√…Niat yang jujur
√…Sumber bahan makanan yang halal
√…Amalkan doa-doa tertentu
√…Berwuduklah sebelum memulakan aktiviti memasak
√…Sambil mengacau makanan yang di masak, berzikirlah sedikit
√…Sentiasa jaga kebersihan
√…Masaklah dengan hati yang ikhlas

Mudah bukan?

Untuk siapa kita berdakwah?
√…Diri sendiri, dakwah untuk hati kita
√…Keluarga
√…Kepada semua yang makan masakan kita

Selamat mencuba...

Monday, March 23, 2015

Detox Semulajadi

Kenapa perlu detox?

Detoksifikasi merupakan satu proses secara psikologi dan perubatan untruk mencuci toksid dalam mikroorganisma hidup, termasuklah tubuh badan manusia. Dari segi perubatan, ia bermakna proses mengeluarkan bendasing dalam badan yang boleh menyebabkan perubahan tidak baik yang berlaku pada tubuh seseorang. Proses detoksifikasi membantu mengeluarkan toxin, memberikan khasiat dan nutrisi untuk tubuh, dan membantu mengelakkan dari jangkitan kuman serta meningkatkan keupayaan tubuh badan untuk mengekalkan kesihatan.

Kenapa perlu detox

10 sebab kenapa perlu detox

1. Keluarkan toksin
Kehidupan kita zaman kini banyak terdedah kepada toksin seperti bahan kimia, pengawet dalam makanan dan pencemaran air serta udara. Toksin ini tersimpan dalam tisu-tisu badan dan setiap sel, termasuk OTAK! Toksin juga punca kulit jadi kusam dan tidak bermaya serta berjerawat.

2. Mengelakkan penyakit kronik
Toksin dan pencemaran merupakan punca utama berlakunya berbagai penyakit kronik seperti kanser, masalah otak, jantung, strok dan sebagainya. Setiap hari kita terdedah kepada berbagai toksin dan menyebabkan berlakunya kerosakan dan perubahan pada proses pembahagian sel. Detoksikifasi membantu melancarkan semula sistem badan untuk mengelakkan sebarang jangkitan dan mencegah penyakit..

3. Menguatkan sistem imun
Semakin banyak pencemaran dan toksin dalam badan, sistem imun kita akan semakin lemah. Detoks secara kerap dapat memperbaiki semula tahap kekuatan sistem imun dan mengawal jangkitan.

4. Mengurangkan berat badan
Toksin menyebabkan keupayaan untuk badan membakar lemak semakin berkurangan. Ini seterusnya akan menyebabkan berat badan mudah bertambah dan mula mengundang berbagai penyakit seperti diabetes, masalah jantung dan darah tinggi. Detoksifikasi membantu mengurangkan toksin dalam sel lemak dan meningkatkan metabolisma tubuh badan.

5. Melambatkan kesan penuaan
Detoksifikasi akan menghalang radikal bebas dan berbagai logam  dan toksin dari merosakkan sel-sel tubuh. Ia juga meningkatkan keupayaan tubuh badan untuk menyerap nutrien, antioksida dan vitamin yang dapat membantu melawan oksidasi pada sel.

6. Meningkatkan kualiti hidup
Tubuh kita semakin hari semakin stress dan rosak akibat berbagai toksin dan pencemaran yang merbahaya. Buktinya kesihatan kita seringkali terganggu seperti mengalami masalah sakit-sakit sendi, sakit kepala, masalah penghadaman, sukar tidur dan keletihan. Detoksifikasi akan membantu mengurangkan tekanan pada tubuh badan dan juga kembali menguatkan memori kita.

7. Tingkatkan tenaga
Detoksifikasi akan meningkatkan semula tahap tenaga kerana pencemaran dan logam yang meingkatkan stress tubuh semakin berkurangan. Kita akan berasa lebih semangat secara mental, fizikal dan mampu mengawal emosi dengan baik. Masalah tidur juga semakin berkurangan serta tidak perlukan tidur yang lama untukl kembali bertenaga..

8. Membaiki tahap kesihatan kulit
Pemakanan dan keadaan persekitaran merupakan faktor penting dalam menjaga kesihatan kulit dari dalam. Detoksifikasi akan membantu menyerikan kulit, mengurangkan masalah jerawat di samping menguatkan kuku dan rambut..

9. Menyihatkan minda dan emosi
Apabila sistem tubuh badan berjalan dengan lancar, perubahan emosi dan mental akan bertambah baik. Kita dapat menjalankan tugas dengan lebih waras, mudah berbincang dan dapat mengawal perasaan dengan baik serta mampu menganalisa sesuatu dengan tangkas.

10. Memperbetulkan semula sistem tubuh
Sistem pencernaan, saraf dan hormon saling berkaitan dalam mengekalkan tahap kesihatan tubuh. Namun, apabila toksin menganggu sistem tersebut, badan kita tidak dapat melakukan tugasan dengan sempurna dan seimbang. Ini menyebabkan badan mudah sakit dan terkena jangkitan. Detoksifikasi akan membetulkan semula sistem badan kita agar dapat menjalankan fungsi dengan sempurna semula.

Detox semulajadi dengan Shaklee
1. Alfalfa Complex - Asas detox
Mencuci darah, hati dan usus. Alfalfa ini sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan tubuh badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

2. Herb-lax - Detox Usus
Mencuci perut dan usus – Membersihkan najis yang tersekat dan meransang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersimpan lama atau tersekat. Sangat disyorkan pada mereka yang mudah sembelit.

3. DTX Complex - Detox Hati
Tahukah anda bahawa hati merupakan PEMBERSIH RACUN dalam tubuh kita?

Kerana itu ia perlu diservis setiap hari untuk membuang toksik dan racun dari badan kita.

DTX Complex bertindak sebagai detoksifikasi untuk menyahtoksik bahan beracun dari hati seperti dadah dan bahan bernitrogen bagi memastikan seluruh organ berfungsi secara normal. Apabila fungsi hati terganggu, timbunan toksik dalam badan akan menyerang organ yang lain.

Thursday, March 19, 2015

Tips Untuk Peniaga Secara Online

Assalamualaikum Gengzzz...
Saya nak kongsi tips pada yang sudi membacanya.

Tips untuk para peniaga online. Tak kisah lah untuk jual apa je termasuk jual kuih koci di internet.

Tips "like" "komen" di fb dan instagram.

√…ambik masa 5 minit sehari "like" semua status kengkawan di fb dan posting di instagram.
√…tak kisah lah mereka nak posting apa, gambar apa, niaga apa... Like je.
√…Jangan jadi silent reader, dah baca diam. Dont...!!! Cuma "like" atau "komen" posting mereka.

Sebab apa :
Ni saya nak cerita sikit.
√…rajin-rajinlah ringankan tangan untuk klik "like" dan "komen" posting kengkawan untuk mereka reply klik "like" dan "komen" posting anda. Tolong jangan jadi silent reader bagi yang membuat business online.
√…like & komen di fb dan instagram, membolehkan posting niaga atau apa-apa posting anda naik di "News Feeds" dan "Most Recent" fb dan "Following" instagram.
√…dengan secara tak langsung, posting iklan niaga anda tersebar. Ini salah satu daripada rangkaian marketing.
√…5 minit sehari bukan lama ya. Feedback yang anda akan kita dapat : nilai seorang kawan fb, kepercayaan kawan fb, kawan instagram. Bila ada semua ni, kita nak berniaga pun dapat sambutan.
√…walaupun anda berniaga kuih koci sekali pun, jika ramah di fb dan instagram (cuma melalui "like" dan "komen") anda akan dapat kawan, dapat kepercayaan dan network perniagaan anda. Jika anda hanya jadi silent reader, sapa yang kenal? Nak pasarkan kuih koci seketul pun tak boleh sebab anda tak ada kawan.

Selamat Mencuba.
PZ

Wednesday, March 18, 2015

Apa Itu Leucine ?


Leucine ini adalah salah satu sumber protein, yang bagus untuk memelihara otot. Cara bekerja leucine ni ialah, dia akan mengekalkan kekuatan otot kita, selepas kita berlapar, diet, ataupun lepas kita senaman membasuh kereta ataupun mengejar biawak. 

Mengikut kajian yang dibuat, para atlet biasanya akan mengalami lemah otot, dan ini menyebabkan jisim otot berkurang. Dengan adanya leucine ini, jisim otot cuba dikekalkan, dan ini membantu otot meningkatkan metabolisme, dan seterusnya membakar lemak yang ada. 

Jadi, pentingnya Cinch Shake ini ialah kandungan Leucine protein yang bagus untuk orang yang berdiet.
Beza Cinch dengan ESP

Produk protein yang popular selain Cinch ialah Energizing Soy Protein (ESP), yang memang sesuai dijadikan sumber protein, yang banyak khasiat dan kelebihannya. Antara beza yang ketara ialah kandungan multivitamin yang lebih banyak terdapat di dalam Cinch berbanding ESP. 

Mengikut pakar Shaklee, Cinch memang direka khas untuk kuruskan badan. Walaubagaimanapun, ESP juga berkesan untuk kuruskan badan. Di dalam Cinch, kandungan Leucine dirahsiakan, sebagai satu paten khas Shaklee, supaya formula kandungan Leucine tidak dapat ditiru oleh syarikat lain.


3 Perisa Terbaik 

Cinch Shake Shaklee di Malaysia boleh didapati dalam 3 perisa, vanila, coklat dan cafe latte. Biasanya anda boleh beli mengikut citarasa anda. Kalau nak menarik lagi, boleh je gabungkan perisa tersebut, tapi perlulah mengikut kesesuaian dan sukatan diet yang bagus. Untuk makluman, ESP adalah berperisa Vanilla yang memang sedap.



Cinch Shake

Apakah Itu Cinch Shake Mix Shaklee? 



Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda.

*Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
*Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
*Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
*Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
*Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
*Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
*Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
*Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan Soya bukan GMO

Keistimewaan Cinch Shake Mix Shaklee:
*Menyimpan otot sedia ada dan memelihara otot dari rosak
*Membakar lemak yang tidak diingini
*Mengurangkan inci yang tidak diingini
*Makanan segera untuk mereka yang aktif
*Tinggi kandungan serat dan memberi rasa puas dan kenyang
*Mengandungi nutrisi lengkap untuk memelihara keseluruhan kesihatan
*Diperkaya dengan leucin untuk memelihara otot
*Merupakan meal replacement yang sihat dan mengenyangkan

Tuesday, March 17, 2015

GST Membebankan...???

Dari kacamata aku tentang GST.
G -Gerak
S -Strategi
T -Terkini / Terbaru

Bagaimana nak tune-in kan GST supaya dapat di guna pakai untuk kita para peniaga online khususnya?

Gerak
√…Gerakkan minda anda keluar dari kebiasaan.
√…Gerakkan minda ke arah positif.
√…Gerakkan idea-idea anda untuk lebih maju kehadapan.
√…Gerakkan minda mencari alternatif yang lain dari kebiasaan.

Strategi
√…Rangka strategi berasaskan apa pengguna nak.
√…Bina strategi yang bersesuain dengan keadaan semasa.
√…Strategi kena seiring dengan perancangan.
√…Tetapkan beberapa strategi yang sesuai.

Terkini / Terbaru
√…Apa product terbaru anda.
√…Apa idea terbaru anda.
√…Idea terkini yang berlainan sama sekali dengan pesaing anda.
√…Cara pemasaran terbaru.
√…Be Creative, Be Unique, Be Different & Be Yourself

Wednesday, March 4, 2015

Sengal Otak

A : Awak, awak dimana?
B : Malu nak jawablah awak.
A : Awak di mana? (Nada keras sedikit)
B : Saya di kedai kopi, liwat kuat-kuat.
A : apaaaaa.??? (Hempas telefon)

Krikk...krikkk...krikkk

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...