Wednesday, January 7, 2015

Tips Penjagaan Kulit Semasa Travel Musim Sejuk

Penjagaan kulit semasa travel selalunya orang tak ambil port sangat. Tapi berlainan semasa travel di musim sejuk dan bersalji. Pada musim sejuk dan bersalji, kesan sunburn pada kulit terutamanya kulit muka memang teramat teruk dan kesan terbakarnya lagi kuat.

Bagi aku, manusia yang memang leceh dan malas tahap gaban pencen nak tempek itu ini pada muka terutamanya, aku ambil langkah keselamatan juga sebab pernah terjadi kulit muka merekah dan berdarah. Tu baru suhu sekitar 7 darjah hingga 15 je. Pengalaman lalu mengajar aku bersedia seawal mungkin. 

Bila skodeng-skodeng suhu di Korea yang boleh mencecah bawah paras beku a.k.a suhu -12 pada waktu tu, paksakan diri je lah. Alhamdulillah bila balik Malaysia, Aku bebas kena sunburn. Ahakzzz.....

Tips Penjagaan Kulit Semasa Travel Musim Sejuk:

  1. Beli sunblock yang ber SPF tinggi. Aku beli yang ber SPF 130 di farmasi setelah doktor sarankan.
  2. Beli lips gloss yang bersesuaian untuk bibir bagi mengelakkan bibir kering dan terdedah dengan suhu melampau.
  3. Minum air suam sebanyak yang mungkin.
  4. Pengambilan vitamin yang sesuai. Aku amalkan penganbilan vitamin C dan vitamin E.
  5. Vita C - ambil 3 biji sehari sudah memadai sebab vita c shaklee ni sustained released. Akan dirembes mengikut keperluan vitamin c dalam badan.
  6. Vita E -  ambil 2 biji vita E seawal pagi sebelum keluar dari hotel/hostel/tempat penginapan.
  7. Cuci muka menggunakan pencuci muka biasa yang kita guna.
  8. Mandi menggunakan shampoo mandi yang bersesuaian. 

Terlalu mudah sangat dan simple je. Tapi yang simple tu lah paling sukar nak buat. Alhamdulillah dengan pengambilan 4 barang ni, kulit muka dan seluruh kulit pada diri kita terjaga rapi.



3 comments:

  1. Serious ok ke PZ?Sebab adik pergi Jepun dulu kata gatal2 kulit kering sebab sejukkk.
    Kalau ok, nak beli jugak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.... Alhamdulillah ok. Balik malaysia, takde kulit kering gatal2. Kulit bertambah smooth ada lah. Sampai kawan perasan. Baru dok korea 10 hari, kulit kau cerah katanya.. Hehehehe

      Delete

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...