Thursday, February 26, 2015

Delegasi Business Online

Assalamualaikum.
Lama tak update blog. Bukan menyepi, cuma tidak berkesempatanuntuk mengadap laptop sejak dua menjak ni. Meneruskan degasi yang tertunggak. Perlu Bangun terbang tinggi setinggi angan-angan dan impian. InsyaAllah.

Aku akan cuba kupas sikit-sikit mengenai beberapa topik yang pernah bersenggama dalam rutin harian aku.

Antaranya :

  1. Shaklee dan Leukemia dengan tepat lagi berkaitan bagaimana kanser darah yang berpunca daripada kegagalan fungsi kilang darah untuk produce darah dalam badan. Apa vitamin yang sesuai dan keberkesanannya.
  2. Bagaimana untuk berniaga online tanpa ragu dan cabarannya.
  3. Meneruskan perkongsian marketing plan.
  4. Syering penggunaan servis provider internet yang laju untuk peniaga online.
  5. Kisah aku dan sesuatu...ehhh...

Jujur aku katakan, berniaga online ini sebenarnya dari pengertian dan matlamat aku, untuk membantu kengkawan dan masyarakat sekeliling menikmati dan upgrade kehidupan mereka. Tu je... Full Stop.

Pernah seketika sorang kawan baik aku bertanya... 

Dia : eh...pz, ngkau niaga jarang aku nengok ambik untung kaw2 dan ketuk gila2".
Aku : ....cuma mampu jawab...biarlah beb...janji ikhlas membantu orang dah ler. 
Dia : Biar betol kau ni..?
Aku : Beb, aku kekadang cuma minta customer tambah duit pos, tol dan parking je di samping bayar harga kos barang tu. 
Dia : Camna ko nak untung kalau camtu?
Aku : Beb..kalau shaklee, kami di berikan bonus tetap setiap bulan berdasarkan sales yang di buat. Kalau bizz biskut aku tu, janji bleh mereka makan dengan rasa nikmat gembira sedap, ok je lah, alaaa...selebihnya aku jarang fikir pasal tu, biarlah Allah yang tentukan rezeki aku. JanjiNYA tu kan pasti. Jangan merungut, jangan fikir bebukan.
Dia : Erkkk...tak tau nak kata apa dengan ko beb...

Bagi aku, perkara utamanya "bersyukur" pada apa yang ada, tak perlu nak ada hasad dengki khianat dan iri hati. Rezeki tu semua dariNYA. 


2 comments:

  1. kalau nak meniaga kena lupakan segala sudut negatif dan tumpukan yang positif... kalau bercampur ibarat kain putih bersih... kalau kena minyak walau sedikit lama lama akan mengotorkan semuanya

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...