Showing posts with label CoQHealth Plus. Show all posts
Showing posts with label CoQHealth Plus. Show all posts

Monday, December 1, 2014

Punca Masalah Kesuburan Lelaki



Kesinambungan Entry Terhadap Kesihatan Lelaki.

Apabila sudah berumahtangga sekian lama tetapi masih belum lagi memiliki zuriat, masalah kesuburan sering dituding kepada kaum hawa.

Apapun usaha perlu dilakukan dengan kerjasama kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri sama-sama menjalani pemeriksaan dan rawatan bagi menentukan tahap kesuburan.

Masalah ketidaksuburan bukan hanya berpunca daripada wanita sebaliknya turut dialami lelaki dalam peratusan yang sama banyak atau gabungan daripada kedua-duanya. Kira-kira 30 peratus faktor ketidaksuburan berpunca daripada wanita dan 30 peratus daripada lelaki.

Sebanyak 10 peratus masalah ketidaksuburan berpunca daripada kombinasi kedua-duanya manakala 25 peratus disebabkan punca yang tidak diketahui dan lima peratus disebabkan faktor lain.


Pakar Perunding Urologi Pusat Perubatan Tropicana Dr Muhilan Parameswaran berkata, masalah kesuburan lelaki boleh dibahagikan kepada tiga punca iaitu hormon, sperma dan alat sulit.


Menurutnya, sperma yang sihat akan meningkatkan kesuburan tetapi setiap lelaki harus mengetahui bagaimana faktor gaya hidup boleh mempengaruhi kualiti sperma. Mereka juga patut tahu apa yang harus dilakukan untuk meningkatkan kesuburan serta faktor yang boleh memberi kesan pada hormon testosteron di sperma.




Faktor penyebab: 

  • Pra testikular - gangguan hormon menyebabkan testis (buah zakar) yang walaupun normal tetapi tidak terangsang atau mengalami masalah untuk menghasilkan sperma.
  • Testikular - kerosakan sel menyebabkan testis tidak dapat menghasilkan sperma yang sihat.
  • Post testikular - penghasilan sperma normal tetapi gagal ejakulasi.




Rawatan pembedahan dan perubatan:

Kedua-dua masalah pra testikular dan post testikul ar perlu dikenal pasti sebab, ubatan atau pembedahan bagi membetulkan bahagian yang tidak normal.

Masalah yang berpunca daripada testis dan mengapa ia menentukan kesihatan sperma?

Kuantiti - mengandungi lebih 15 juta sperma per mililiter

Kualiti - sperma yang normal mempunyai bentuk kepala oval dan ekor panjang. Memiliki lebih banyak sperma dengan bentuk normal dan berstruktur, lebih besar kemungkinan seseorang itu subur

Pergerakan - untuk mencapai dan menembusi telur, sperma mesti bergerak, berenang menerusi servik (leher rahim) wanita, uterus (rahim) dan tiub fallopio. Ini dikenali sebagai mortaliti. Anda mungkin paling subur jika lebih 40 peratus daripada sperma anda sedang bergerak.



Cara yang bagus untuk menghasilkan sperma sihat:

  1. Amalkan seks yang sihat - ini bagi mengelakkan jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia (disebabkan serangan sejenis bakteria) dan gonorea (kencing nanah).
  2. Makanan diet sihat. Pilih buah dan sayuran kerana ia kaya antioksidan.
  3. Kekalkan berat badan yang seimbang. Kebanyakan kajian mencadangkan obesiti memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, mengurangkan bilangan sperma dan pergerakan sperma.
  4. Uruskan tekanan dan dapatkan tidur mencukupi. Perkara itu boleh mengurangkan fungsi seksual dan terganggu dengan hormon diperlukan untuk menghasilkan sperma.
  5. Banyakkan pergerakan termasuk aktiviti fizikal dalam rutin setiap hari.
  6. Pakai seluar dalam longgar.




Makanan berkhasiat diperlukan dalam diet anda:

  1. Zink - tahap zink meningkatkan kesuburan lelaki dengan ditunjukkan melalui peningkatan tahap sperma, memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma lelaki dan mengurangkan ketidaksuburan.
  2. Sumber makanan - hati lembu, tiram, daging, biri-biri, daging rusa, bijan, biji labu, dadih, ayam Belanda, kacang hijau dan udang. Zink boleh rosak jika dimasak dan beberapa jenis makanan yang tinggi kandungan zink lebih baik dimakan mentah, misalnya daripada tumbuhan.
  3. Selenium - diperlukan untuk menghasilkan sperma. Kajian menunjukkan lelaki yang kurang kandungan sperma juga didapati mempunyai kandungan selenium yang rendah.
  4. Sumber makanan : hati, ikan jenahak, ikan kod, ikan halibut, tuna, salmon, sardin, udang, cendawan butang dan ayam Belanda.
  5. CoQ10 - meningkatkan mortaliti sperma dalam air mani. Ia juga antioksidan penting yang membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ia mungkin memberi kesan lebih baik kepada kesihatan telur.
  6. Sumber makanan : ditemui dalam makanan laut dan organ lembu. Jumlahnya menurun dalam haiwan yang sudah tua.




Makanan semula jadi lebih baik daripada pil:

Vitamin E meningkatkan kesihatan dan mortaliti sperma lelaki. Kajian menunjukkan kekurangan Vitamin E menyebabkan ketidaksuburan pada tikus.

Sumber makanan mengandungi Vitamin E ialah biji bunga matahari, almond, buah zaitun, bayam, betik dan sayuran berwarna hijau gelap.


Lelaki yang tahap asid folik rendah meningkatkan risiko bagi sperma mengandungi terlalu sedikit atau banyak kromosom.

Sumber makanan: hati, kekacang, kacang pinto, asparagus, bayam dan kacang merah besar.




Makanan semula daripada sumber laut adalah `rakan.'

B12 - dapat meningkatkan jumlah sperma
Sumber makanan: jenis kerang, tiram, kupang, hati, telur ikan, ikan, ketam, udang kara, daging, biri-biri dan keju.


Vitamin C - Dapat mempertingkatkan kualiti sperma dan melindungi Deoxyribonucleic acid (DNA) daripada rosak. Ia juga mengelakkan sperma daripada berkelompok, menjadikan ia lebih bergerak.

Sumber makanan: Banyak terdapat dalam tumbuhan dan buah termasuk cili merah, brokoli, kranberi, kubis, kentang, tomato dan buahan sitrus.


L-Carnite - Makanan yang diperlukan untuk sel sperma berfungsi normal.


Sperma boleh menjadi lebih terdedah kepada faktor alam sekitar seperti pendedahan panas berlebihan atau bahan kimia bertoksik. Untuk memelihara kesuburan, elakkan memakai seluar dalam ketat atau seluar pendek olahraga. Sekiranya anda penunggang basikal atau duduk dalam jangka masa yang lama, ubah kedudukan seperti berdiri seketika. Jangan letakkan komputer riba di paha anda. Elakkan mandi dalam tab panas, sauna dan mandian wap. Selain itu, hindari merokok.

Ubatan tertentu seperti anti kemurungan atau anti androgen boleh menyumbang masalah kesuburan. Steroid anabolik juga boleh memberi kesan yang sama. Ubat kemoterapi dan rawatan radiasi untuk kanser boleh menyebabkan ketidaksuburan kekal.

Pendedahan pada toksik seperti racun serangga dan pengambilan minuman keras boleh menjejaskan kualiti dan kuantiti sperma. Dadah, misalnya marijuana dan tembakau boleh mengurangkan pergerakan sperma dan menyebabkan sperma hilang bentuk. Kokain dan heroin juga menjejaskan kesihatan sperma.

Cegah stres berlebihan dan lakukan senaman. Stres kadangkala punca pada sesetengah masalah ketidaksuburan seperti masalah hormon. Kekalkan berat badan seimbang, tidak terlalu kurang dan terlalu berlebihan kerana ia mempengaruhi tahap estrogen dan testosteron.


Pergerakan sperma dan jumlah sperma yang sihat mungkin menurun selepas umur 50 tahun, sekali gus mempengaruhi kesuburan lelaki. Sesetengah kajian mencadangkan wanita boleh dihamilkan oleh lelaki berusia dengan risiko yang lebih tinggi sedikit untuk keguguran. benih daripada seorang bapa yang meningkat usianya juga boleh meningkatkan risiko lebih tinggi untuk mendapat anak autisme dan schizophrenia.

Monday, June 23, 2014

CoQHealth Plus





Kanser dan coQ10

Semakin umur kita bertambah, coQ10 dalam badan akan semakin berkurangan. Sebenarnya ia akan semakin berkurangan sejak umur kita 20 an .Kebanyakkan orang yang berumur 50 tahun ke atas berfungsi dengan aras coQ10 yang amat rendah.

Apakah coQ10 ? sel badan yang sihat memenuhi keperluan tenaga melalui proses phosphorylation ATAU dengan menggunakan oksigen…. Kita kan bernafas dengan menyedut oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida,,,jadi oksigen yang kita gunakan tu digunakan oleh sel badan yang sihat untuk menghasilkan tenaga. Jadi coQ10 bertanggungjawab untuk memastikan proses itu berjalan lancar TETAPI,,, badan kita unik,,,, apa yang berlaku jika KURANG OKSIGEN.

Jika kurang oksigen, sel badan kita TUKAR JALAN lain untuk mendapat kan tenaga, kita akan mendapatkan tenaga dengan membakar gula atau proses glucolysis. OK KER?
TAK OK !!!!!Kalau badan kerap menggunakan gula untuk mendapatkan tenaga, sel badan kita akan keliru.. bila sel keliru, sel tidak akan berfungsi dengan baik menyebabkan perubahan genetic dan seterusnya menjadi SEL KANSER. !!!!! (Otto Warburg, M.D., Ph.D.,)

TAK TAKUT KER???? SEKARANG KANSER TAK DER EARLY WARNING TAU TAK,,, BILA DAH SEDAR,,, DAH MASUK STAGE 4 DAN KANSER TAK ADA STAGE 5
Professor Brian Peskin membuat penemuan hebat….orang yang berumur 30 KE ATAS perlu mengambil coQ10 KALAU

1. ada masalah kekurangan tenaga,,,,(letih , lesu,,, lepas sidai baju tidur separuh hari)

2. JANTUNG , orang yang mempunyai masalah jantung perlu mengambil coQ10

3. Penemuan terbaru prof Brian ialah peranan coQ10 melindungi saraf dalam pesakit Parkinson’s , Hungtington’s, Alzheimer’s, Freidreich’s ataxia dan Lou Gehrig’s Disease)

4. coQ10 juga berperanan untuk melindungi kulit dari kerosakan dan byk digunakan dalam kosmetik untuk hilang kedutan .

5. orang yang mengambil STATINS (ubat mengurangkan kolesterol)

6. wanita yang mengambil PIL PERANCANG KELUARGA kerana pil dipercayai boleh blok penghasilan coQ10

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...