Nama senaman kemut mungkin agak melucukan. Namun, di dalam
kesihatan, senaman ini mempunyai banyak khasiat untuk organ seksual sama ada
lelaki atau wanita. Senaman kemut membabitkan mencengkam otot pembukaan lubang
najis dan lubang kencing atau otot lantai pelvis seolah-olah seperti mahu
menahan kencing atau air besar dan ia harus dilakukan serentak.
Tidak dinafikan apabila seseorang melakukan senaman kemut, perasaan
kurang selesa akan berlaku dengan lelaki akan berasa lubang najis tersempal dan
jika membuang air besar akan mengalami sembelit. Bagi mereka yang ada buasir pula penyakit itu menjadi ketara
dan menyakitkan tetapi sebaliknya kepada wanita apabila melakukan senaman ini,
mereka akan berasa terangsang, terutama jika kedua-dua paha dirapatkan.
Bagaimanapun, jika paha direnggangkan sedikit, mungkin rasa
terangsang itu kurang atau tiada.
Cara melakukan senaman kemut untuk lelaki ialah dengan
merapatkan kedua-dua pehanya dan mencengkam lubang najis dan lubang kencing
sekali gus dengan padat serta tahan nafas seketika antara 3-5 saat sebelum
legakan kemutan dan ulangi sehingga 10 kali.
Lakukannya lima kali sehari dan setiap kali, cengkam 10
kali. Ketika melakukan senaman kemut, seseorang lelaki itu perlu berada dalam
keadaan selesa termasuk sudah membuang air besar dan kecil.
"Antara khasiat senaman kemut ialah dapat membina otot
benteng pangkal zakar yang mana jika zakar ereksi, mengemut dapat memadatkan
pangkal zakar dan menolak serta memerah darah hala ke depan sekali gus
menyebabkan penghujung zakar lebih padat dan kembang seolah-olah zakar
kelihatan besar di depan"
"Untuk wanita, amalan kemut dapat melangsing dan melegakan
corong faraj sekali gus menyempitkan pembukaan faraj yang renggang. Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah
masuk ketika wanita itu bergerak dan hubungan kelamin tidak akan berbunyi
saperti angin keluar dan masuk"
Amalan mengemut dapat membantu melangsingkan otot kemutan
dan membantu mengintimkan hubungan dengan pasangan kerana akan menjadikan
aktiviti seksual lebih seronok dan merangsangkan.
Senaman kemut tidak akan dapat membina zakar menjadi panjang
atau besar seperti mana yang dipaparkan dalam internet yang mendakwa kaedah
pembesaran zakar dengan cara senaman kemut yang kononnya amalan orang Arab.
Yang pasti, senaman kemut dapat memberi tenaga dan kekuatan
apabila zakar yang sedang ereksi itu dikemutkan akan mudah bergerak dengan
lancar di dalam faraj. Malah, mengemut juga mengekalkan ereksi dan dapat bergerak
serta mengubah posisi sekali gus merendahkan kemungkinan darah terkeluar
daripada otot zakar.
Selain itu, jika menggerakkan zakar dilakukan ke dalam faraj
dengan keadaan lelaki itu sedang mengemut, pasangan akan dapat merasai nikmat
yang lebih dan mudah mencapai klimaks.
Gerakan zakar juga dapat dikawal dalam keadaan kemut.
Justeru, amalan dan senaman kemut dapat menjaga kekuatan ereksi sehingga ke
liang lahad!
Jika di tambah dengan pengambilan vitamin yang bersesuaian, senaman kagel ini akan memberikan umppphhh yang lebih lagi.
Cengkam guna tangan ke guna peha??
ReplyDeleteSenaman bodoh.
ReplyDelete