Wednesday, January 21, 2015

Tips Memulakan Perniagaan



Hari ini saya nak share tips memulakan perniagaan:



  • Elakkan membuat pelaburan yang besar di dalam perniagaan seandainya ini kali pertama anda memulakan perniagaan. Mulakan apa yang ada di tangan dan elakkan membuat pinjaman.
  • Mulakan dari kecil dan insyaAllah impaknya akan menjadi besar. Elakkan terus ingin nampak "besar" hakikatnya jualan masih belum tentu lagi. Maksudnya jangan laburkan apa yang anda ada terus ke perniagaan. Kena ada simpanan kecemasan juga.
  • Seandainya tidak perlu membuka kedai, anda boleh memulakan perniagaan secara online terlebih dahulu kerana kos yang sangat rendah. Komitmen anda juga akan berkurangan.
  • Tidak di galakkan menggunakan banyak modal untuk menyimpan stok. Kaji dahulu permintaan terhadap sesuatu produk atau servis yang ingin anda niagakan.
  • Seandainya anda mempunyai pilihan antara bisnes servis dan menjual produk, maka jalankan bisnes servis dahulu kerana kosnya adalah kemahiran sahaja. Boleh juga memulakan perniagaan dengan menjadi agen terhadap produk orang lain dahulu.
  • Fokus satu persatu bisnes yang di jalankan dahulu. Jangan melompat-lompat!
  • Paling penting adalah sentiasa upgrade diri dengan belajar dengan insan-insan yang telah berjaya di dalam bidang perniagaan yang anda bakal ceburi.
  • Minta pendapat dengan orang berjaya di dalam bisnes. Meminta pendapat orang yang masih bekerja, biasanya akan membantutkan untuk anda memulakan perniagaan.
  • Niatlah berniaga untuk membantu lebih ramai orang. Biarkan kata-kata negatif dan rapatlah dengan orang-orang yang positif serta berjaya dalam perniagaan.
  • Jangan campurkan apa yang dapat di dalam perniagaan dengan kegunaan peribadi.


Itu sahaja tips ringkas daripada saya. Kalau anda rasa bermanfaat, silakan share kepada lebih ramai orang.

15 comments:

  1. harus berani tanggung risiko.. tapi berani tue biarlah berpada-pada kan jangan sampai menyesal penghujung hari sudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu sebab kena mulakan dengan modal yg kecil. seperti kemahiran contohnya. andai pandai repair computer, boleh mulakan sengan service repair computer and so on. kekadang tu tak perlu modal pun..

      Delete

  2. Blogwalking sini dan follow.. salam kenal bro..

    ReplyDelete
  3. info yang menarikk kalau di kembangkan lagi pasti lebih padat.. thanks infonya

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah saya akan cuba kembangkan lagi satu hari nanti.

      Delete
  4. Perniagaan ialah satu ibadah. Kita berniaga untuk kesenangan dan keuntungan semua orang di sekeliling.

    ReplyDelete
  5. saya suka cadangan2 ni semua... untuk blogging sebagai bisnes pun kena buat yg macam ni... terima kasih atas nasihat berguna

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...