Wednesday, August 26, 2015

Rebung Buluh Segar

Baru ku tahu senang je untuk bersihkan rebung buluh untuk buat sayur.


Kupas seliat je ikut kelopak buluh tu. Lepas tu buang kulit yang keras dan kulit luarnya.
Hiris ikut ketebalan yang kita nak untuk buat sayur.
Rendam seketika dalam air garam untuk mengelakkan rebung bertukar warna.




Boleh masak tumis gitu je. Kalau asyik masak lemak pun bosan juga kan?

Friday, August 21, 2015

Pemakanan Merangsang Pengeluaran Kolagen Badan Secara Semulajadi ?

Badan itu sendiri terdiri daripada protein yang membentuk setiap struktur di dalam badan. Kolagen merupakan protein utama yang mencipta tisu penghubung, tulang dan rawan. Kolagen membantu untuk menyembuhkan luka dengan mewujudkan tisu penghubung. Apabila umur meningkat, anda secara semulajadi kehilangan kolagen, menyebabkan kulit berkedut. Pendedahan berlebihan kepada matahari juga boleh menyebabkan kehilangan kolagen.

Lisin/ Lysine

Menurut University of Maryland Medical Center, lisin membantu tubuh menyerap kalsium dan juga membantu untuk membentuk kolagen. Makanan yang kaya dengan protein mengandungi paling lisin. Contoh protein haiwan dan tumbuhan yang mengandungi lisin ialah sardin, daging merah, kacang, telur, kacang soya dan biji halba.

Vitamin C dan Collagen

Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik, penyokong sistem imun, dan ia juga menyokong dinding saluran darah dan menghasilkan neurotransmitter dan kolagen. Elaun yang disyorkan diet vitamin C 90 mg vitamin C setiap hari untuk lelaki dan 75 mg bagi wanita. Jika anda adalah seorang perokok, Harvard Kesihatan Penerbitan menyatakan bahawa anda perlu meningkatkan pengambilan vitamin C sebanyak 35 mg.

Sumber Makanan Vitamin C

Makanan yang mengandungi vitamin C dan membantu untuk mewujudkan kolagen adalah buah-buahan dan jus buah-buahan, kentang, paprika, brokoli dan tauge. Jika anda tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi, anda mungkin perlu mengambil vitamin tambahan C. Beberapa tambahan vitamin C mengandungi lebih daripada elaun harian yang disyorkan, tetapi mereka tidak akan mengandungi lebih daripada 2,000 mg vitamin C, yang merupakan had atas yang diterima. Melebihi had atas yang diterima boleh menyebabkan ketoksikan vitamin.

Pertimbangan

Tidak ada bukti konklusif menunjukkan bahawa memakan makanan yang kaya dengan kolagen seperti sirip ikan yu akan membantu meningkatkan pengeluaran kolagen dalam badan. Sebaliknya, meningkatkan jumlah antioksidan  yang anda makan dan sebagai sumber makanan lisin dan vitamin C untuk memastikan kesihatan kulit yang baik dan pengeluaran kolagen.

Apa Itu Kolagen

Kolagen adalah protein yang terdiri daripada asid-amino, yang seterusnya dibina daripada karbon, oksigen dan hidrogen. Kolagen mengandungi asid amino tertentu - Glycine, PROLINE, hydroxyproline dan Arginine. Imej atom-kuasa-mikroskop gentian halus kolagen dalam serat kolagen.

Kredit imej: UChicago Argonne LLC 


Kolagen membentuk kira-kira 30% daripada protein dalam badan. Ini adalah struktur yang sukar dan kuat yang terdapat di seluruh badan: tulang, tendon dan ligamen. Secara fitrahnya, kita semua telah mempunyai kolagen Semulajadi yang dicipta Allah SWT dalam tubuh kita sejak dari baby.
Secara semula jadi, kolagen didapati secara eksklusif dalam haiwan, terutamanya dalam daging dan penghubung tisu mamalia. Kolagen adalah sebahagian daripada tisu perantara yang pada kulit membantu dalam ketegasan, kelembutan dan pembaharuan berterusan sel-sel kulit. Kolagen adalah penting untuk keanjalan kulit.

Ligamen adalah satu lagi jenis tisu perantara yang diikat dua tulang dan seterusnya memegang sendi bersama-sama. Tendon adalah jenis yang sama tetapi berbeza tisu yang diikat otot kepada tulang. Semua ini tisu, tulang, ligamen, tendon dan otot rangka sendiri, terdiri daripada protein. Salah satu protein yang paling utama dipanggil koagen. Kolagen adalah komponen utama tisu penghubung, dan merupakan protein yang paling banyak terdapat dalam mamalia, iaitu kira-kira 25% kepada 35% daripada keseluruhan badan-kandungan protein.

Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

Kolagen I: terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi

Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata

Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim

Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.

Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.

 Dalam tisu otot, kolagen berfungsi sebagai komponen utama endomysium. 1 hingga 2% daripada otot terbentuk daripada kolagen dan kira-kira 6% daripada jumlah berat otot terbentuk daripada kolagen. Gelatin yang digunakan dalam makanan adalah kolagen yang telah dihidrolisiskan tak boleh balik. Oleh itu collagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit. Mengambil@ mengamalkan collagen BUKANLAH bermaksud kita cuba melanggar fitrah Allah SWT dgn seolah2 cuba berhenti drpd menjadi tua..Malah Berhenti menjadi tua adalah diluar dari kemampuan manusia biasa spt kita.. Maka kita digalakkan mengambil kolagen atau pun supplement yang berasaskan collagen.

Namun demikian, setiap hari kita mengalami fenomena KEHILANGAN kolagen ini dlm tubuh tanpa kita sedari.Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan dan struktur sel-sel menjadi semakin lemah. Kulit menjadi lebih nipis dan lebih mudah untuk mengalami kerosakan, rambut menjadi tidak bermaya, kulit kecut dan berkedut, tendon dan ligamen menjadi kurang anjal, sendi menjadi sakit dan lemah.

Saturday, May 9, 2015

Sambal Tempe Goreng

Memenuhi tempahan pelanggan.
Sambal Tempe Goreng.
300 grm sebalang
RM8.00

PZ Cookiez Trading
0182505230

Promotion May 2015




Omega Guard
Phytocol


Vita-Lea For Children


Thursday, April 30, 2015

Ni lah Office Aku





Ni lah workstation aku yang sekangkang cucu kera. Jenuh kemas baru snap pic. ahakzz..
Harap-harap kemas bertahan sampai bebila. 50% sampah sarap dah kena buang. Perangai aku serupa dgn my mak. Suka ngumpul apa je yang ada. Sampaikan slip kluar duit tahun lepas pun aku masih simpan. Anak Omak...camni lah... 

Port Kerja Bakar Membakar Segala Biskut. 
Ni plak... 3 biji oven yang jadi pengemudi bakar membakar biskut PZ Cookiez Trading. Tahun ni dah masuk tahun ke 6 beroperasi. Sedikit demi sedikit mendaki. InsyaAllah one day nak buka juga kedai atau kilang biskut dan makanan. Doakan lah yer...

Sunday, April 26, 2015

Nasi Goreng Nenas Campak-Campak

3-4 Mangkuk Nasi ( 3-4 org makan )
1 Ulas Bawang Merah Besar
3 Ulas Bawang Putih
10 Keping Tauhu Kering - potong suka suki
1 Mangkuk Nenas Cincang
1 Mangkuk Lobak Merah Hiris Halus
1 Sudu Besar Cili Giling
1 Sudu Besar Sambal Belacan Moden ADABI
2 Sudu Besar Planta - untuk menumis
Sedikit Garam & Gula

√…Tumiskan cilu,bawang, sambal belacan sampai naik bau.
√…Garam dan gula sebagai perisa tulen bang...tulenn...
√…Campakkan nenas, lobak dan tauhu gaul rata.
√…Masukkan nasi dan kodek sampai masak.

Tu je... Sempoi...

Tuesday, April 21, 2015

Kes Pertama Aku Sebagai SID Tahun 2013

Ni kes pertama aku sebagai SID. Pengalaman yang tidak dapat di jual beli. Belaku di depan mata aku sendiri. Dan aku hadapinya dengan tenang berkat sokongan insan-insan tersayang.
Jika Anda berada di tempat saya...????
Adakah anda hanya Menyerah KALAH...??
Bacalah kisah tahun 2013 aku ni....


12 Nov 2013 12.02am
Dapat Msg dari kakak ku yang mengatakan kaki abg ipar nak kena potong disebabkan kuman diabetes menyerang kaki kanannya. Terkejut tenuk aku waktu tu. Terus msg anak buah aku yg merupakan upline shaklee aku minta advice. Dan saranannya sama macam idea aku...Katakan tidak... try ambik Vivix, Zinc dan B Complex.
Aku terus call kakak aku utk menyarankan utk tidak membenarkan tindakan pemotongan kaki kanan abg iparku. Boleh plak kakak aku kata.... dik.... boleh ke sembuh mkn vivix???? Cuak juga waktu tu. Gila kau...aku bukan doktor...malah aku bukan bleh tahu hidup mati orang lain..
Akhirnya kami ambil risiko utk "mencolek" abg ipar dari hospital slim river... tapi dah pakat dengan dojtor hospital tu utk minta surat kebenaran keluar.
13 November 2013.
Janji temu di Klinik Doktor Lim. Abg ipar aku diperiksa teliti dan pembalut luka kakinya di buka.Glupppp!!!!!!..... MasyaAllah... aku lihat sekali imbas...berpinar mata sbb tak ada rupa kaki... Bengkak bernanah seluruh kaki kanannya... Tapak bkaki penuh nanah, tumit, dan atas kaki kanannya...
Doktor Lim panggil aku dan kakakku masuk bilik... peluangnya 50-50. Aku tanya plak..apa yang 50-50 tu... Ringkas je jawapan Doktor Lim.. NYAWA. Sebab kuman diabetes nya dah menyerang buah pinggang, mata dan jantung. Tinggal tunggu masa "burst " je. Nak terduduk ke lantai masatu rasanya. Cuma doktor bagi advice untuk rawat dulu dan selebihnya Berserah Kepada Allah. Doa banyak-banyak. Cuak yang teramat sangat masa ni. Aku dan kakakku salibg berpandangan. Masih sempat kakakku bisikkan kat telinga aku.... dik... akak yakin Vivix Shaklee tu boleh jadi pemangkin kesembuhan. Rasa nak berderai air mata masa tu... Ketabahan kakak aku yg merupakan SID juga yg aku registerkan. Tabah bebeno hatinya.
Sambil tu terdengar jeritan dari dalam bilik rawatan.. huhuhu.. aku dah agak dah. Suara abg ipar aku meraung. Selepas di cuci luka kakinya, dan di picit nanah yg di kaki. Dibalut kembali..tapi nampak masih membengkak kaki abg ipar aku tu.
1.30pm
Sampai di rumah kakakku. Terus sua kan vivix satu sudu besar untuk diminum. Dan sebotol besar air masak diteguk oleh abg ipar aku yg dah pucat lesi... aku nengok pun gerun. Setengah jam selepas itu bagi makan oat dan air suam je dan baru makan ubat doktor bagi.
4.00pm
Pick up abg ipar dan kakak kat rumah dia sebab appoiment dengan doktor jam 5 petang. Dik... kau bawak kereta slow slow... sakit ni weii...abg ipar aku kata. Sesambil tu aku jeling mukanya. Kelihatan kurang dah pucat lesinya.
Dalam bilik rawatan dengar lari raungan abg ipar aku tu. Huhuhu.... sabarkan je lah. Bila keluar aku tanya kakak nurse tu..apa cerita... nanahnya yg di tumit sudah keluar dan keadaanyanya bertambah baik.. syukur alhamdulillah.
14 November 2013
Appoiment Dengan doktor jam 10 pagi. Doktor Lim terkejut dengan perubahan pada kaki abg ipar aku tu. Siao kata Syukur Alhamdulillah. Dan bacaan diabetes nya turun dari 21 menjadi 12.5.
Luka di kakinya mengecut. Terima Kasih Ya ALLAH.
Rawatan susulan sebelah petang pula menunjukkan tinggal sisa nanah masih ada.
Dan yang penting.....Buah pinggang dan jantung abg ipar aku dah mula nampak sembuh serta luka diabetes di kakinya mula mengecut.
Terima Kasih Ya Allah dan doa dari kaum keluarga.. 
Terima Kasih Shaklee.
PZ
0182505230

Nak beli vivix secara online...?

Monday, April 20, 2015

Hyperhidrosis

Anda pernah dengar hyperhidrosis tak ?






Hyperhidrosis ni adalah keadaan dimana badan kita mengeluarkan peluh secara berlebihan (oversweating). Pada keadaan yang lebih kronik , peluh yang berlebihan ini boleh sehingga tahap menitis tau..saya ada kawan yang macam ni.
.
Punca sebenar kepada hyperhidrosis ni tidak diketahui secara tepat tetapi lebih banyak terjadi kepada wanita berbanding lelaki.

Kawasan berlaku
Biasanya akan berlaku di muka, tangan , kaki dan juga ketiak. Hyperhidrosis ni bukanlah suatu penyakit tapi orang yang mempunyai simptom hyperhidrosis ni biasanya akan menghadapi kesan psikologi.

Bukan apa.. mereka akan rasa rendah diri sampai ada sesetengah situasi tu terpaksa pakai gloves sebab nak cover tangan yang berpeluh dan risau membasahkan benda yang akan dipegang..

Palingggggg penting anda kena tahu bahwa simptom hyperhidrosis ni boleh diwarisi.
Adessss........


Rawatan Hyperhidrosis

Ada beberapa rawatan yang boleh dibuat untuk mengatasi hyperhidrosis ni

1-Ubat antiperspirant
Makan ubat yang ada agen anticholinergic ( sejenis dan ada kesan sampingan untuk jangka masa panjang)  anda boleh baca adverse effect untuk anticholinergics ni di: http://www.dermnetnz.org/treatments/anticholinergics.htm

2-Suntik Botox
Pembedahan Endoskopi Torasik Simpatektomi  (ETS) yang dipercayai boleh bantu hampir 90 % untuk hyperhidrosis



Apa yang Shaklee Boleh Bantu ?

Di Shaklee insyaAllah ada supplement yang bersesuaian untuk bantu penghidap hyperhidrosis ni

Jom kita lihat fungsi setiap daripada vitamin yang disyorkan:




1.Vitamin B Complex
  • Semua vitamin B, seperti B12, B6, B5 dan asid folik, membantu untuk mengurangkan peluh. 
  • Membantu dalam mengurangkan peluh
  • Membantu dalam menyingkirkan sisa toksik melalui air kencing
  • Orang yang sangat bertoksik cenderung untuk berpeluh banyak kerana badan cuba untuk buang toksik dari badan melalui kulit
  • Vitamin B boleh didapati secara meriahnya daripada pisang, telur, kacang, dan sayuran hijau


2.Vitamin C
  • Berfungsi untuk meningkatkan sistem imun badan
  • Membantu dalam proses detoksifikasi tubuh badan
  • Apabila toksin dikumuhkan badan akan kurang berpeluh.
  • Vitamin C boleh didapati daripada bauh-buahan sitrus, lada hijau dan bijirin
  • Paling special adalah Vitamin C Shaklee ni sustained release maksudnya dilepaskan / dirembeskan secara berperingkat di dalam badan


3.Osteomatrix
  • Sumber untuk kalsium dan magnesium
  • Membantu mengurangkan peluh
  • Boleh didapati daripada sayuran hijau, ikan dan telur


4.Zinc Complex
  • Zinc Complex bantu dalam mengekalkan fungsi adreanal biasa.

Friday, April 17, 2015

Tiada Tajuk

Omelan kosong tak berpenghuni...

Thursday, April 16, 2015

Mencari Konklusi

Alpa

Mencari Noktah

Monday, March 30, 2015

Tips Sihat Berniaga

Tips SIHAT berniaga :

Jika selama ini margin keuntungan anda sebanyak 20%. Apabila barangan anda telah ditetapkan dan termasuk dalam senarai barangan yang di kenakan #GST.

Anda mempunyai dua pilihan:

Pertama, mengekalkan harga lama barangan tersebut, akan tetapi margin keuntungan anda menjadi 14% sahaja setelah ditolakkan dengan 6% GST.

Kedua, menaikkan harga barangan sebanyak 6% dan mengekalkan margin keuntungan anda sebanyak 20%.

Jika anda seorang peniaga bijak, semestinya anda akan membuat pilihan pertama. Biar kekal harga lama tapi kurangkan margin keuntungan anda.

Jika anda seorang peniaga yang mementingkan wang ringgit sebagai sandaran, anda memilih untuk pilihan ke dua. Implikasi perniagaan anda akan merosot dari segi bilangan pengguna yang datang membeli barangan yang anda jual.

Nota Kaki :
√…Jadilah seorang peniaga yang bijak.
√…Anda tidak boleh pergi Haji balik hari pun jika anda membebankan pengguna.

Jangan Jadi Kera

Sebagai seorang peniaga, kita WAJIB menerangkan dengan jelas jika barangan yang kita jual dikenakan #GST atau tidak.

Jangan terus melompat macam seekor kera yang panik. Penerangan yang tepat dan padat akan membantu pelangan-pelangan kita memahaminya. Sekaligus kita mendidik pelanggan-pelanggan kita menjadi penguna yang bijak.

"Jadilah pengguna bijak bukan pengguna kena pijak"

Nota Kaki :
√…Guna akal untuk memilih
√…Baca sepenuhnya dengan teliti
√…Kedai ONLINE saya dibuka 24 jam sehari

Barangan Shaklee Tak Dikenakan GST

Shaklee TIDAK mengenakan #GST kepada pembeli.
Cuma kami sebagai dealer SAHAJA yang WAJIB membayar GST tersebut.

Jika anda membeli apa jua barangan atau vitamin shaklee dengan harga retail ( harga jual ) yg telah ditetapkan oleh pihak shaklee, harga tersebut tiada perubahan walaupun satu sen.

Sebagai contoh :
Jika anda membeli ESP tahun lepas dengan harga retail RM 150 setong. Selepas GST, harga retail ESP tersebut masih lagi RM 150 setong.

Cuma margin keuntungan runcit para dealer sahaja akan susut sebanyak 6% sahaja.

Harap Maklum. Semoga anda faham atas penerangan di atas.

Nota Kaki :
√…Tak perlu nak skodeng harga tanya sana dan sini.
√…Jadilah #pengguna #bijak dengan join membership.

PZ
0182505230

Sunday, March 29, 2015

Celah Bedah Berkerak...?

Aku tau kau akan baca ni.
Terima kasih sebab selalu support aku berniaga.
------------------------------------------------

Celah bedah ??? Terbaik ler.....
Ambik GLA dan full set abg gagah utk repair "adik" katanya hari tu.
Rupanya ada kesan sampingan lain yang terbaik.

Set Lengkap Abe Gagah :
√…GLA Complex
√…Omega Guard
√…B Complex
√…Vita E Complex
√…Zinc Complex

#CelahBedahCerah
#TakBerkerakLagi
#GLAComplex
#SetAbgGagah

Saturday, March 28, 2015

Duplicate & Positive Thinking



Saya Sedang Mencari Business Partner / Anak Didik yang :
√…Sedang Mencari Business
√…Ada banyak hutang yang nak dilangsaikan
√…Senang dengar kata
√…Senang di ajar dan senang di lentur
√…Yang serius untuk mengubah kehidupan
√…Gigih berusaha walaupun kaki sebelah dah dalam mulut buaya
√…Berdikari
√…Tidak banyak alasan
√…Sanggup berusaha
Nota Kaki :
√…Yang kaya duduk dendiam, kalau nak tambah kaya dialu-alukan.
√…Sleeping partner saya tak mahu.
WhatsApp / WeChat / SMS / Call :
PZ
+60182505230

Thursday, March 26, 2015

Berdakwah Dalam Masakan ?

Mesti kita rasa pelik bila terbaca tajuk di atas.
Ok, saya nak cerita sedikit bagaimana kita boleh berdakwah dalam masakan.

Secara ringkasnya :
√…Niat yang jujur
√…Sumber bahan makanan yang halal
√…Amalkan doa-doa tertentu
√…Berwuduklah sebelum memulakan aktiviti memasak
√…Sambil mengacau makanan yang di masak, berzikirlah sedikit
√…Sentiasa jaga kebersihan
√…Masaklah dengan hati yang ikhlas

Mudah bukan?

Untuk siapa kita berdakwah?
√…Diri sendiri, dakwah untuk hati kita
√…Keluarga
√…Kepada semua yang makan masakan kita

Selamat mencuba...

Monday, March 23, 2015

Detox Semulajadi

Kenapa perlu detox?

Detoksifikasi merupakan satu proses secara psikologi dan perubatan untruk mencuci toksid dalam mikroorganisma hidup, termasuklah tubuh badan manusia. Dari segi perubatan, ia bermakna proses mengeluarkan bendasing dalam badan yang boleh menyebabkan perubahan tidak baik yang berlaku pada tubuh seseorang. Proses detoksifikasi membantu mengeluarkan toxin, memberikan khasiat dan nutrisi untuk tubuh, dan membantu mengelakkan dari jangkitan kuman serta meningkatkan keupayaan tubuh badan untuk mengekalkan kesihatan.

Kenapa perlu detox

10 sebab kenapa perlu detox

1. Keluarkan toksin
Kehidupan kita zaman kini banyak terdedah kepada toksin seperti bahan kimia, pengawet dalam makanan dan pencemaran air serta udara. Toksin ini tersimpan dalam tisu-tisu badan dan setiap sel, termasuk OTAK! Toksin juga punca kulit jadi kusam dan tidak bermaya serta berjerawat.

2. Mengelakkan penyakit kronik
Toksin dan pencemaran merupakan punca utama berlakunya berbagai penyakit kronik seperti kanser, masalah otak, jantung, strok dan sebagainya. Setiap hari kita terdedah kepada berbagai toksin dan menyebabkan berlakunya kerosakan dan perubahan pada proses pembahagian sel. Detoksikifasi membantu melancarkan semula sistem badan untuk mengelakkan sebarang jangkitan dan mencegah penyakit..

3. Menguatkan sistem imun
Semakin banyak pencemaran dan toksin dalam badan, sistem imun kita akan semakin lemah. Detoks secara kerap dapat memperbaiki semula tahap kekuatan sistem imun dan mengawal jangkitan.

4. Mengurangkan berat badan
Toksin menyebabkan keupayaan untuk badan membakar lemak semakin berkurangan. Ini seterusnya akan menyebabkan berat badan mudah bertambah dan mula mengundang berbagai penyakit seperti diabetes, masalah jantung dan darah tinggi. Detoksifikasi membantu mengurangkan toksin dalam sel lemak dan meningkatkan metabolisma tubuh badan.

5. Melambatkan kesan penuaan
Detoksifikasi akan menghalang radikal bebas dan berbagai logam  dan toksin dari merosakkan sel-sel tubuh. Ia juga meningkatkan keupayaan tubuh badan untuk menyerap nutrien, antioksida dan vitamin yang dapat membantu melawan oksidasi pada sel.

6. Meningkatkan kualiti hidup
Tubuh kita semakin hari semakin stress dan rosak akibat berbagai toksin dan pencemaran yang merbahaya. Buktinya kesihatan kita seringkali terganggu seperti mengalami masalah sakit-sakit sendi, sakit kepala, masalah penghadaman, sukar tidur dan keletihan. Detoksifikasi akan membantu mengurangkan tekanan pada tubuh badan dan juga kembali menguatkan memori kita.

7. Tingkatkan tenaga
Detoksifikasi akan meningkatkan semula tahap tenaga kerana pencemaran dan logam yang meingkatkan stress tubuh semakin berkurangan. Kita akan berasa lebih semangat secara mental, fizikal dan mampu mengawal emosi dengan baik. Masalah tidur juga semakin berkurangan serta tidak perlukan tidur yang lama untukl kembali bertenaga..

8. Membaiki tahap kesihatan kulit
Pemakanan dan keadaan persekitaran merupakan faktor penting dalam menjaga kesihatan kulit dari dalam. Detoksifikasi akan membantu menyerikan kulit, mengurangkan masalah jerawat di samping menguatkan kuku dan rambut..

9. Menyihatkan minda dan emosi
Apabila sistem tubuh badan berjalan dengan lancar, perubahan emosi dan mental akan bertambah baik. Kita dapat menjalankan tugas dengan lebih waras, mudah berbincang dan dapat mengawal perasaan dengan baik serta mampu menganalisa sesuatu dengan tangkas.

10. Memperbetulkan semula sistem tubuh
Sistem pencernaan, saraf dan hormon saling berkaitan dalam mengekalkan tahap kesihatan tubuh. Namun, apabila toksin menganggu sistem tersebut, badan kita tidak dapat melakukan tugasan dengan sempurna dan seimbang. Ini menyebabkan badan mudah sakit dan terkena jangkitan. Detoksifikasi akan membetulkan semula sistem badan kita agar dapat menjalankan fungsi dengan sempurna semula.

Detox semulajadi dengan Shaklee
1. Alfalfa Complex - Asas detox
Mencuci darah, hati dan usus. Alfalfa ini sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan tubuh badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

2. Herb-lax - Detox Usus
Mencuci perut dan usus – Membersihkan najis yang tersekat dan meransang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersimpan lama atau tersekat. Sangat disyorkan pada mereka yang mudah sembelit.

3. DTX Complex - Detox Hati
Tahukah anda bahawa hati merupakan PEMBERSIH RACUN dalam tubuh kita?

Kerana itu ia perlu diservis setiap hari untuk membuang toksik dan racun dari badan kita.

DTX Complex bertindak sebagai detoksifikasi untuk menyahtoksik bahan beracun dari hati seperti dadah dan bahan bernitrogen bagi memastikan seluruh organ berfungsi secara normal. Apabila fungsi hati terganggu, timbunan toksik dalam badan akan menyerang organ yang lain.

Thursday, March 19, 2015

Tips Untuk Peniaga Secara Online

Assalamualaikum Gengzzz...
Saya nak kongsi tips pada yang sudi membacanya.

Tips untuk para peniaga online. Tak kisah lah untuk jual apa je termasuk jual kuih koci di internet.

Tips "like" "komen" di fb dan instagram.

√…ambik masa 5 minit sehari "like" semua status kengkawan di fb dan posting di instagram.
√…tak kisah lah mereka nak posting apa, gambar apa, niaga apa... Like je.
√…Jangan jadi silent reader, dah baca diam. Dont...!!! Cuma "like" atau "komen" posting mereka.

Sebab apa :
Ni saya nak cerita sikit.
√…rajin-rajinlah ringankan tangan untuk klik "like" dan "komen" posting kengkawan untuk mereka reply klik "like" dan "komen" posting anda. Tolong jangan jadi silent reader bagi yang membuat business online.
√…like & komen di fb dan instagram, membolehkan posting niaga atau apa-apa posting anda naik di "News Feeds" dan "Most Recent" fb dan "Following" instagram.
√…dengan secara tak langsung, posting iklan niaga anda tersebar. Ini salah satu daripada rangkaian marketing.
√…5 minit sehari bukan lama ya. Feedback yang anda akan kita dapat : nilai seorang kawan fb, kepercayaan kawan fb, kawan instagram. Bila ada semua ni, kita nak berniaga pun dapat sambutan.
√…walaupun anda berniaga kuih koci sekali pun, jika ramah di fb dan instagram (cuma melalui "like" dan "komen") anda akan dapat kawan, dapat kepercayaan dan network perniagaan anda. Jika anda hanya jadi silent reader, sapa yang kenal? Nak pasarkan kuih koci seketul pun tak boleh sebab anda tak ada kawan.

Selamat Mencuba.
PZ

Wednesday, March 18, 2015

Apa Itu Leucine ?


Leucine ini adalah salah satu sumber protein, yang bagus untuk memelihara otot. Cara bekerja leucine ni ialah, dia akan mengekalkan kekuatan otot kita, selepas kita berlapar, diet, ataupun lepas kita senaman membasuh kereta ataupun mengejar biawak. 

Mengikut kajian yang dibuat, para atlet biasanya akan mengalami lemah otot, dan ini menyebabkan jisim otot berkurang. Dengan adanya leucine ini, jisim otot cuba dikekalkan, dan ini membantu otot meningkatkan metabolisme, dan seterusnya membakar lemak yang ada. 

Jadi, pentingnya Cinch Shake ini ialah kandungan Leucine protein yang bagus untuk orang yang berdiet.
Beza Cinch dengan ESP

Produk protein yang popular selain Cinch ialah Energizing Soy Protein (ESP), yang memang sesuai dijadikan sumber protein, yang banyak khasiat dan kelebihannya. Antara beza yang ketara ialah kandungan multivitamin yang lebih banyak terdapat di dalam Cinch berbanding ESP. 

Mengikut pakar Shaklee, Cinch memang direka khas untuk kuruskan badan. Walaubagaimanapun, ESP juga berkesan untuk kuruskan badan. Di dalam Cinch, kandungan Leucine dirahsiakan, sebagai satu paten khas Shaklee, supaya formula kandungan Leucine tidak dapat ditiru oleh syarikat lain.


3 Perisa Terbaik 

Cinch Shake Shaklee di Malaysia boleh didapati dalam 3 perisa, vanila, coklat dan cafe latte. Biasanya anda boleh beli mengikut citarasa anda. Kalau nak menarik lagi, boleh je gabungkan perisa tersebut, tapi perlulah mengikut kesesuaian dan sukatan diet yang bagus. Untuk makluman, ESP adalah berperisa Vanilla yang memang sedap.



Cinch Shake

Apakah Itu Cinch Shake Mix Shaklee? 



Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda.

*Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
*Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
*Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
*Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
*Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
*Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
*Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
*Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan Soya bukan GMO

Keistimewaan Cinch Shake Mix Shaklee:
*Menyimpan otot sedia ada dan memelihara otot dari rosak
*Membakar lemak yang tidak diingini
*Mengurangkan inci yang tidak diingini
*Makanan segera untuk mereka yang aktif
*Tinggi kandungan serat dan memberi rasa puas dan kenyang
*Mengandungi nutrisi lengkap untuk memelihara keseluruhan kesihatan
*Diperkaya dengan leucin untuk memelihara otot
*Merupakan meal replacement yang sihat dan mengenyangkan

Tuesday, March 17, 2015

GST Membebankan...???

Dari kacamata aku tentang GST.
G -Gerak
S -Strategi
T -Terkini / Terbaru

Bagaimana nak tune-in kan GST supaya dapat di guna pakai untuk kita para peniaga online khususnya?

Gerak
√…Gerakkan minda anda keluar dari kebiasaan.
√…Gerakkan minda ke arah positif.
√…Gerakkan idea-idea anda untuk lebih maju kehadapan.
√…Gerakkan minda mencari alternatif yang lain dari kebiasaan.

Strategi
√…Rangka strategi berasaskan apa pengguna nak.
√…Bina strategi yang bersesuain dengan keadaan semasa.
√…Strategi kena seiring dengan perancangan.
√…Tetapkan beberapa strategi yang sesuai.

Terkini / Terbaru
√…Apa product terbaru anda.
√…Apa idea terbaru anda.
√…Idea terkini yang berlainan sama sekali dengan pesaing anda.
√…Cara pemasaran terbaru.
√…Be Creative, Be Unique, Be Different & Be Yourself

Wednesday, March 4, 2015

Sengal Otak

A : Awak, awak dimana?
B : Malu nak jawablah awak.
A : Awak di mana? (Nada keras sedikit)
B : Saya di kedai kopi, liwat kuat-kuat.
A : apaaaaa.??? (Hempas telefon)

Krikk...krikkk...krikkk

Thursday, February 26, 2015

Delegasi Business Online

Assalamualaikum.
Lama tak update blog. Bukan menyepi, cuma tidak berkesempatanuntuk mengadap laptop sejak dua menjak ni. Meneruskan degasi yang tertunggak. Perlu Bangun terbang tinggi setinggi angan-angan dan impian. InsyaAllah.

Aku akan cuba kupas sikit-sikit mengenai beberapa topik yang pernah bersenggama dalam rutin harian aku.

Antaranya :

  1. Shaklee dan Leukemia dengan tepat lagi berkaitan bagaimana kanser darah yang berpunca daripada kegagalan fungsi kilang darah untuk produce darah dalam badan. Apa vitamin yang sesuai dan keberkesanannya.
  2. Bagaimana untuk berniaga online tanpa ragu dan cabarannya.
  3. Meneruskan perkongsian marketing plan.
  4. Syering penggunaan servis provider internet yang laju untuk peniaga online.
  5. Kisah aku dan sesuatu...ehhh...

Jujur aku katakan, berniaga online ini sebenarnya dari pengertian dan matlamat aku, untuk membantu kengkawan dan masyarakat sekeliling menikmati dan upgrade kehidupan mereka. Tu je... Full Stop.

Pernah seketika sorang kawan baik aku bertanya... 

Dia : eh...pz, ngkau niaga jarang aku nengok ambik untung kaw2 dan ketuk gila2".
Aku : ....cuma mampu jawab...biarlah beb...janji ikhlas membantu orang dah ler. 
Dia : Biar betol kau ni..?
Aku : Beb, aku kekadang cuma minta customer tambah duit pos, tol dan parking je di samping bayar harga kos barang tu. 
Dia : Camna ko nak untung kalau camtu?
Aku : Beb..kalau shaklee, kami di berikan bonus tetap setiap bulan berdasarkan sales yang di buat. Kalau bizz biskut aku tu, janji bleh mereka makan dengan rasa nikmat gembira sedap, ok je lah, alaaa...selebihnya aku jarang fikir pasal tu, biarlah Allah yang tentukan rezeki aku. JanjiNYA tu kan pasti. Jangan merungut, jangan fikir bebukan.
Dia : Erkkk...tak tau nak kata apa dengan ko beb...

Bagi aku, perkara utamanya "bersyukur" pada apa yang ada, tak perlu nak ada hasad dengki khianat dan iri hati. Rezeki tu semua dariNYA. 


Wednesday, February 25, 2015

Testimoni Pengambilan Vitamin Untuk Menambahkan Air Mani

Testimoni "live" hangat melalui komen di FB.
Pengambilan vitamin :
√…Zinc Complex
√…B Complex
√…GLA Complex
√…Vita E
Terkedu aku sekejap.
Terima Kasih Sebab sudi syer.

Tuesday, February 17, 2015

Tidur lah...

Tiada lagi kawan gaduh,
tiada lagi kawan ting-tong,
tiada lagi pengkritik masakan aku,
tiada lagi kawan travel,
tiada lagi kawan mengumpat,
tiada lagi gelak ketawa...

Allah lebih sayang kan mu nak...
Pergilah...
Pergi yang tak akan kembali
Kami ikhlas dan redha atas
KetentuanNya....

Semoga roh mu berada di kalangan insan2 khamil, anbia dan solihin...
14022015
Al-Fatihah

Friday, February 13, 2015

Doa Dhuha

Ya Allah...
Sesungguhnya waktu Dhuha itu Dhuha-Mu,
kecantikan, kecantikan-Mu,
keindahan, keindahan-Mu,
kekuatan, kekuatan-Mu,
kekuasaan, kekuasaan-Mu,
perlindungan, perlindungan-Mu.

Ya Allah...
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah,
jika  di bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah,
jika jauh, dekatkanlah.

Berkat waktu Dhuha,
kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu.
Limpahkan kepadaku
segala yang Engkau telah limpahkan
kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.

Tuesday, February 3, 2015

February 2015 Promotion

Saturday, January 31, 2015

Get Clean Home Care Set

Tadi dapat call dari sorang customer ni.

Dia : Bang, asyik jual vitamin je. Takde menatang lain ke?
Aku : Ko nak suruh aku jual apa? Ciken? Berudu?
Dia : Jual ler benda-benda power sikit.. Ciken mana abg jual tu?
Aku : Chickenpox  ....hahaha..
Dia : Hahahaha (gelak setan rasanya ni)
Aku : Ko ni ngade ngarut le tu....
Dia : Saja je bang memanja gurau. Cuma nak bagi tau Omega yang abg pos tu dah sampai.
Aku : oooooh ok. Jap aku kasi yg power utk ko. Safe Powerful Green Smart.
Dia : krik....krikk..krikkkk.... Iklan letteww~~~
Aku : Hahaha....
……………………………………………………………………………………

Cuma nak kabo, shaklee pun ada Home Care-Get Clean® Set.

√…Selamat
√…Berkuasa
√…Mesra Alam
√…Bijak
√…Jimat

Friday, January 30, 2015

Bingka Cream Crackers Cheese


20 keping biskut cream crackers
4 cawan susu segar
9 keping cheese
200 grm tepung gandum
1 sudu perisa choc emolco
1 cawan gula


Cara nak buat :

√…Rendam biskut crackers dengan 1 cawan susu.
√…Bancuhkan tepung bersama 3 susu segar dan gula. Kacau rata sehingga gula hancur.
√…Masukkan perisa choc emolco.
√…Adun sebati, jika berbiji, ditapis supaya adunan cantik.
√…Panaskan oven 
√…Layerkan loyang pembakar sengan minyak atau butter.
√…Tuangkan sedikit adunan pertama, lapiskan dengan biskut cream crackers yang di rendam tadi berselang seli dengan cheese. Akhir sekali tutup dengan baki adunan. (saya guna size 8 X 8) 
√…Bakar selama 45 minit menggunakan api bawah dengan suhu 170.


Selamat Mencuba...




Saturday, January 24, 2015

Konsep 4P Untuk Blogger dan Peniaga

Konsep 4P Marketing Untuk Blogger dan Peniaga

Apa tu konsep 4P ?

  • Konsep 4P merujuk kepada marketing strategi dan taktik yang mempengaruhi transaksi di dalam persekitaran pemasaran.
  • Konsem ini terdiri daripada Promotion (promosi), Product (barangan), Place (tempat) dan Pricing (harga)
  • Konsep ini merupakan salah satu daripada rangkaian yang wajib kita lihat untuk mengembangkan dan memenuhi kehendak pelanggan ataupun pembaca blog kita.
1. Product ( Barang / Service )
  • Merupakan offer yang kita tawarkan kepada pelanggan dan pembaca blog. Barangan ini terbahagi kepada dua, iaitu tangible (nyata dan nampak dan boleh di sentuh) dan intangible (merujuk kepada servis).
  • Tangible - barangan yang kita boleh jual seperti buku, makanan dan sebagainya. Barangan ini barangan keluaran dari diri kita sendiri sebagai pembuatnya ataupun barangan yang kita beli dan jual semula (trading).
  • Intangible - barangan ini seperti servis komputer, perkhidmatan menggunting rambut, perkhidmatan perlancongan dan sebagainya.
  • Contoh untuk para blogger, kita mempunyai satu blog sosial yang kita update seharian mahupun seminggu sekali. Bagaimana kita memberikan "offer" untuk pembaca blog kita melayari blog.
  • Persoalannya di sini di dalam konteks blog, bagaimana kita hendak mengetengahkan blog kita untuk lebih ke hadapan? Bagaimana kita hendak menjadikan blog kita di jadikan sebagai carian info yang berguna kepada pembaca? 
  • Persoalan yang sama juga kita berikan kepada para peniaga online mahupun offline. 
  • Jom teruskan baca untuk kupasan lebih dalam lagi untuk persoalan tersebut. Jangan pandang konsep 4P hanya berguna kepada para peniaga.
2. Pricing ( Harga )
  • Merujuk kepada harga terakhir yang di tentukan oleh diri sendiri dan organisasi untuk ditawarkan kepada pembeli. 
  • Konsem membuat keputusan penentuan harga tertakluk kepada kos tetap yang telah diambil kira seperti kos bahan mentah, kos pengurusan, kos mampu milik dan harga pesaing.
3. Place (Tempat)
  • Apabila barangan dan servis telah siap untuk di tawarkan kepada pelanggan, kita hendaklah mempunyai satu sukatan yang terperinci mengenai konsep place (tempat). Sukatan ini bermaksud pengagihan atupun bagaimana kita hendak mengagihkan barangan keluaran kita supaya sampai ke destinasi yang tertentu.
  • Pengagihan ini hendaklah sampai kepada pembeli dengan selamat dan berkesan.
  • Untuk lebih faham ianya dapat di rumuskan, konsep place (tempat) ini merujuk kepada keadaan cara agihan barangan keluaran kita untuk sampai kepada pelanggan dari segi kedudukan geografi dan penggunaan medium tengah sebagai perantaraan.
4. Promotion (Promosi)
  • Merupakan elemen terpenting dalam pemasaran. Untuk memberitahu kepada pelanggan yang kita mempunyai barang untuk di jual.
  • Terdapat pelbagai cara untuk kita membuat promosi. (saya akan cuba kupas lebih terperinci melalui entry yang akan datang). seperti contoh pengiklanan di laman sesawang, facebook, instagram, phamplet, katalog dan sebagainya.








Semoga dengan ilmu yang sedikit ini dapat saya kongsikan kepada pembaca blog. Jika ada sebarang pertanyaan dan kemushkilan boleh hubungi saya.

* Jika info ini berguna untuk anda dan kawan-kawan sebarkanlah. Saya Halalkan ilmu yang tak seberapa ini untuk di kongsikan.

Wednesday, January 21, 2015

Tips Memulakan Perniagaan



Hari ini saya nak share tips memulakan perniagaan:



  • Elakkan membuat pelaburan yang besar di dalam perniagaan seandainya ini kali pertama anda memulakan perniagaan. Mulakan apa yang ada di tangan dan elakkan membuat pinjaman.
  • Mulakan dari kecil dan insyaAllah impaknya akan menjadi besar. Elakkan terus ingin nampak "besar" hakikatnya jualan masih belum tentu lagi. Maksudnya jangan laburkan apa yang anda ada terus ke perniagaan. Kena ada simpanan kecemasan juga.
  • Seandainya tidak perlu membuka kedai, anda boleh memulakan perniagaan secara online terlebih dahulu kerana kos yang sangat rendah. Komitmen anda juga akan berkurangan.
  • Tidak di galakkan menggunakan banyak modal untuk menyimpan stok. Kaji dahulu permintaan terhadap sesuatu produk atau servis yang ingin anda niagakan.
  • Seandainya anda mempunyai pilihan antara bisnes servis dan menjual produk, maka jalankan bisnes servis dahulu kerana kosnya adalah kemahiran sahaja. Boleh juga memulakan perniagaan dengan menjadi agen terhadap produk orang lain dahulu.
  • Fokus satu persatu bisnes yang di jalankan dahulu. Jangan melompat-lompat!
  • Paling penting adalah sentiasa upgrade diri dengan belajar dengan insan-insan yang telah berjaya di dalam bidang perniagaan yang anda bakal ceburi.
  • Minta pendapat dengan orang berjaya di dalam bisnes. Meminta pendapat orang yang masih bekerja, biasanya akan membantutkan untuk anda memulakan perniagaan.
  • Niatlah berniaga untuk membantu lebih ramai orang. Biarkan kata-kata negatif dan rapatlah dengan orang-orang yang positif serta berjaya dalam perniagaan.
  • Jangan campurkan apa yang dapat di dalam perniagaan dengan kegunaan peribadi.


Itu sahaja tips ringkas daripada saya. Kalau anda rasa bermanfaat, silakan share kepada lebih ramai orang.

Tuesday, January 20, 2015

Aku Gila Kumpul Cap

Aku dan cap tak boleh di pisahkan.
Dah ada 12 cap yg tersimpan kat rumah.
Tu belum lagi yg dah di sedekahkan...

Lately ni kalau travel mencanak cari HRC beli cap. Sanggup ikat perut comel ni tak makan. Ahakzzz....

Sesapa nak sedekahkan cap HRC boleh lah yer...
Kecik tapak tangan... Stadium Shah Alam saya tadahkan...

Kadar Baru Kompaun Trafik

Boleh buat rujukan.
Jangan merempit selalu ya...

Kesan Pengambilan Ubat Zakar Mengandungi Steroid (Fakta Yang Perlu Lelaki Tahu )





Walaupun steroid telah diharamkan oleh setiap persatuan sukan utama, orang ramai masih menggunakan steroid. Kebanyakannya orang-orang yang menggunakan mereka adalah pembina badan, ahli sukan, dan orang-orang yang merasakan mereka memerlukan bagi melihat yang kononnya tampil menonjol untuk lebih kuat. Steroid juga boleh digunakan sebagai pelega kesakitan dalam beberapa kes, tetapi kebanyakannya ia digunakan untuk memberi rupa kekuatan kerana mereka menggalakkan pertumbuhan tisu dan otot untuk memberi lelaki dan wanita otot yang lebih besar seperti apa yang mereka idamkan. Steroid tidak sihat untuk anda secara umum dan boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan dan kematian dalam beberapa kes.

Steroid anabolik adalah steroid yang paling biasa digunakan. Selain membuat otot yang lebih besar mereka juga membekalkan lebih testosteron kepada seorang lelaki yang menggunakannya. Testosteron adalah sebahagian besarnya dikenali untuk menghasilkan ciri-ciri lelaki maskulin yang berkembang bersama seorang budak semasa akil baligh. Disebabkan oleh fakta ini, steroid anabolik digunakan oleh ramai orang yang berfikir bahawa ia akan membantu meningkatkan saiz zakar mereka dan disebabkan pendirian ini mereka bermimpi bahawa mereka boleh mencapai. Walaupun Steroid adalah mahal , orang ramai tidak boleh bersaing dengan kos untuk melihat zakar mereka membesar . Ini bermakna bahawa bukan sebenarnya menggunakan steroid mereka boleh cuba bahan-bahan lain yang mana terkandung steroid didalamnya yang mana juga boleh membahayakan bagi mereka.

Apa yang lelaki tidak sedar bahawa steroid tidak boleh meningkatkan atau membesarkan zakar dalam mana-mana cara sekalipun. Malah, hasilnya adalah sebaliknya. Kesan steroid tidak hanya sekadar merosakkan badan, tetapi ia boleh menyebabkan seorang lelaki menjadi mati pucuk sama ada secara sementara atau selama-lamanya. Apabila mengambil steroid keinginan seksual menurun dengan ketara dan ia adalah sukar walaupun dalam keadaan mendapat ereksi. Pada asasnya, zakar menjadi lumpuh dan tidak dapat melaksanakan seperti yang sepatutnya. Dalam tempoh yang panjang penggunaan, steroid juga boleh menyebabkan zakar untuk “mengecut” kepada saiz yang lebih kecil, iaitu akan terjadi lebih kecil dari sedia ada. Ini sudah tentu tidak benar-benar dikaji , tetapi ramai orang percaya bahawa ini adalah punca masalah itu. Kemungkinan besar ia adalah steroid yang menghalang zakar daripada mendapat tegang dan dengan itu menunjukkan keadaan zakar yang tidak tegak bukannya menunjukkan zakar mengecut. Tiada siapa yang benar-benar boleh memberi kesimpulan yang pasti.

Satu perkara yang benar mungkin steroid tidak boleh menyebabkan pengecutan,tetapi ia pasti boleh memburukkan lagi keadaan. Steroid tidak boleh digunakan bagi apa-apa cara sekalipun. Bahayanya adalah terlalu besar, bukan sahaja untuk zakar anda, tetapi untuk seluruh tubuh anda.


P/S : Kenapa perlu ambil steroid jika ada vitamin dan supplement semula jadi yang terbaik tanpa mengganggu tahap kesihatan malahan membantu meningkatkan tahap kesihatan secara total. Tepuk dada tanya otak…..

Monday, January 19, 2015

Marketing Management dari kaca mata aku.

Seperti yang aku janjikan... nak tabur ilmu sikit untuk pembaca blog... ilmu yang aku dapat semasa manjadi budak sekolah dulu...

Hari ni nak kupas sikit mengenai apa tu marketing management.

  1. Marketing ni merupakan bagai mana cara manusia meluaskan strategi penjualan barangan ataupun servis mengikut trend dan pasaran terbuka.
  2. Merealisasikan apa yang di kehendaki oleh organisasi yang berkaitan
  3. Contohnya mudah: seperti anda mempunyai satu business travel agensi, anda nak meluaskan dan memasarkan perkhidmatan agensi anda. Apa anda perlu lakukan untuk memasuki pasaran terbuka dan menggalas strategi organisasi yang anda bernaung? Bagaimana? Di mana? Apa cara nya? tu semua salah satu dari soalan-soalan yang membolehkan anda mendapat idea menjana strategi marketing.
Konsep Marketing ni simple:
  1. Needs ( Keperluan )
  2. Wants ( Mahu )
  3. Offer ( Tawarkan )
  4. Transaction ( Urus Niaga )
Needs (Keperluan)
  • Berdasarkan apa keperluan semasa yang masyarakat sekeliling mahukan. Merupakan satu perkara asas utama yang di perlukan oleh orang persaorangan mahupun organisasi.
  • Contohnya : Kita menulis blog berdasarkan pengalaman, coretan mahupun apa jua yang terlintas di fikiran. Tahukan anda, sesetangah lapisan masyarakat yang menerjah blog kita mereka memerlukan sesuatu maklumat yang berguna yang mereka boleh ambil.
  • Oleh yang demikian, di sampaing kita berceloteh tentang diri kita, ada insan lain akan menggunakan apa jua bahan yang kita tulis sebagai satu keperluan mereka.
  • OK, saya bagi contoh lagi... bagi sesetengah backpackers akan mencari maklumat yang berguna dari memana blog untuk di ambil sebagai itinerary / jadual dan idea untuk mereka masukkan dalam rangka lawatan. Jika blog kita mempunyai beberapa info seperti, kos pengangkutan, transportation, makanan halal yang kita pergi, gambar-gambar yang cantik. Mereka akan menggunakan nya sebagai satu info. Ulasan terhadap sesuatu kawasan tersebut juga akan mereka ambil kira.
  • So..... sebagai penulis blog, kita juga harus creatif untuk memberi info yang bijak di samping selfie, wefie kita.... 
Wants ( Mahu )
  • Merujuk kepada ikhtiar untuk memenuhi keperluan asas kepada kemahuan diri individu ataupun organisasi. 
  • Sebagai contoh, kita lapar... apa yang kita mahu? sudah tentu nasi sebagai keperluan asas untuk kita makan dan mengisi perut.
  • Saya bagi contoh lagi. Sebagai seorang peniaga online, Kita ada product terbaik di pasaran. Bagaimana kita nak memberikan dan menyalurkan product kita menjadi satu asas keperluan kepada individu atau organisasi di luar sana?
  • Cara nya mudah. Kita dekati individu yang bermasalah kesihatan. Kita tidak boleh terus direct menjual, kita kongsi maklumat apa yang kita ada. Kita kongsi semuanya secara ikhlas. heyyy...bukan bagi free..hehehehe... kita bercerita. Rajin buka mulut lah beb...macam tu lah.
  • Sama juga dengan berblogging, kita nak memberikan dan menyalurkan satu maklumat yang tepat di setiap posting-posting kita. Please beb... bukan caca-marba tu tak bagus buat...itu identiti kita sendiri. Tu yang pembaca di luar mahukan. Ingat balik.... untuk menjadi magnet..kita kena be yourself bukan....? 
  • Contoh lagi... anda seorang suri rumah sepenuh masa dan anda mempunyai blog dan anda bercerita mengenai kehidupan kerjaya anda sebagai suri rumah. Tu kerjaya mulia beb... kenapa perlu di sorok?? cerita detail mengenai apa jua kehidupan kerjaya anda. Masak, basuk baju, jaga anak-anak dan suami.
  • Korang tau.... di samping anda berceloteh tersebut, selitkan info-info berguna dan tips untuk pembaca mahukan sesuatu ilmu yang mereka cari. Besar pahala nya tu... sebab anda telah memberikan "wants" yang pembaca mahukan.

Offer (Tawarkan)
  • Yang ni lebih mendalam bagi peniaga-peniaga seperti saya. offer/tawarkan memberkan makna sebagai satu strategi dan taktik serta taknik yang terbaik yang melibatkan urusniaga.
  • Erti kata lain, ni lah cara bagaimana anda menawarkan apa jua barangan dan servis untuk pelanggan anda, dari segi tektik, teknin dan semuanya.
  • Contoh nya. Anda mempunyai perniagaan kerepak yang sedap Ya Ampunnnn...memang best gila rasanya. Tapi anda tak tahu nak pasarkan. Tak tahu nak menawarkan kepada umum. Dengan itu kerepak anda buat dok tepi dinding je lah kan? 
  • Bagaimana anda nak menawarkan kepada org di luar sana tentang kerepek anda tu? Takkan nak berdiam diri je? 
  • Disini lah peranan "Wants" & "Offer" yang anda kena main ketengahkan.
  • Orang di luar memang nak makan kerepek, so anda kenalah offer bagi tau anda pembuat kerepek super sedap daaaabomm. Bagai mana caranya?
  • Mudah..... kita syer maklumat tentang kerepek keluaran anda. Tak payah sesusah fikir macam nak gila.... anda snap pic anak-anak anda makan kerepek berebut-rebut dengan memek muka yang sesuai.... tarrrraaaaa......snap dan posting ke FB. Tu salah satu cara. Banyak cara sebenarnya. Nanti saya kupas sikit demi sedikit di lain entry.
  • Contoh lagi Anda berblog caca marba macam saya yang penggemar kain pelikat...tapi takde sorang peniaga yang offer/tawarkan dan jual kain pelikat pada saya. Faham ke maksud saya ni? Maksud nya di sini,  Korang suakan pic-pic kain pelikat pada saya...for sure lah saya beli...hahahaha. Dimana letak nya "offer" tersebut? Fikirkan....



Transaction ( Urus Niaga )
  • Semua orang tahu apa tu urus niaga. Maksud sebenar ialah pertukaran barangan ataupun matawang di antara dua individu ataupun organisasi.
  • Contoh juga mudah... anda berblog wakling... u visit i, i visit u... camtu lah kan...
  • Lagi satu contoh, bila kita berniaga secara online khususnya. Bila kita selalu offer...sesekali kita kenalah membeli offer orang lain. Bukan sahaja kita memeriahkan perniagaan kita, malahan kita juga dapat memberikan orang lain income.
Ok, saya dah berceloteh tentang 4 asas idea maketing. Insya Allah jika lapang akan sambung entry khusus untuk peniaga online tentang konsep 4P. Apa tu 4P? Tunggu...................

PZ Dan Marketing Management

Nak niaga online kita kena jadi magnet. Jangan jadi serbuk besi. Main rembat taging iklan kat memana id FB tu tak sesuai beb...

Camna nak jadi magnet...?
★Be your self
★Be Unique
★Be Different
★Be Creative
★Brand your self as "live portable advertising board".

Saya akan kupas sedikit demi sedikit melalui entry yang akan datang mengenai :-
√…Strategi Marketing
√…Management Marketing
√…Advertising
√…Dan lain-lain topik

Teruskan membaca....

Saturday, January 17, 2015

Roti Telur Tandoori Masala

Mencari kelainan rasa dan selera memang susah bagi aku yang memilih untuk makanan masuk ke tekak.
Petang ni mengetest roti telur perasa baru.
Roti telur tandoori masala.
1/2 buku roti ( apa jua jenis roti )
3 biji telur
1 sudu rempah tandoori masala
1 sudu teh garam.


√…Pukul telur hingga kembang.
√…Masukkan garam.
√…Masukkan rempah tadi dan pukul lagi.
√…Celup roti yg di potong tu dan goreng menggunakan api sederhana kecil.
√…Makan dengan kuah kari ayam...tak kisah lah korang nak mkn dgn kuah jenis apa.... dengan sos cili pun dah ok


Selamat Mencuba...




Aku guna rempah tandoori masala yang ini. Ada di jual di kedai borong kurma shah alam.


Friday, January 16, 2015

Krabi - Backpackers Budget

Kuota data internet kena lenjan dek anak-anak masa aku ke Korea.
Habis 100% dari 12Gb.
Cehhhh... sorang pun tak ngaku bila di tanya.
Korang buat apa dengan data internet daddy weii?
Finally terbuka rahsia juga.... melenjan online game dan nengok cerita online rupanya.
Tu pun selepas depa pergi sekolah, check laptop memasing... hahaha

Daddy jadi spy..
Siap lah korang nanti..
(btw aku tak lah sekejam tu... tu upah je jaga nenek mereka masa aku takde di tanah air bulan lepas).

Sibuk pula group whatsApp aku ni skodeng untuk backpackers tahun ni.
Sekejap nak ke krabi lah, ke bromo for sure kami dah batalkan.. kecut telo sekejap sebab flight ke surabaya tu. Tunggu reda dulu baru slow-slow cucuk balik masuk list.

Budget RM500 sampai ke krabi. Caya tak...?
Congakkan kasar :
Tiket bas pergi balik RM100
Hatyai-Krabi RM30
Pakej 4 Pulau RM50
Hotel / Hostel RM150
Ferry Phi phi RM50
Krabi - Hatyai RM30
Makan - budget sendiri lah...

Tu lah secara kasarnya budget kami.


Rindu Zaman Gengzzz Bas Sekolah

Rindu zaman gengzz bas sekolah (GBS). Sesama pi kelas, sesama buat assignment, sesama lunch, sesama kejar register sems baru dan semuanya.

Memang dulu cita-cita sebelun age 40 nak ada PHD... tapi kekangan kewangan aku pendam dulu nak genggam PHD. Insya Allah satu hari nanti akan muncul juga. Cuma dua kemungkinan untuk aku teruskan International Business atau Finance. Tapi memang menyampah finance...hahahaha but tu je kekuatan otak aku berfikir.

Nak meneruskan Ekonomi, macam jakun juga perasaan ni sebab bukan kekuatan aku. Nak score pun 10 kali fikir. Maybe kalau nak sekadar lulus cermerlang dan senang...aku ambik marketing je lah.... tunggu je duit jatuh dari langit... InsyaAllah....

Upload dulu pic  kasi flash back kisah dongeng dulu-dulu.


Tekun Wak Sofan mengajar kami Ekonomi. 

Mamarazzi skodeng aku..chehhh~~~

Sofan, Aku, Mak Liya, Kak Fin, Ira & Ely. Alhamdulillah semua dah graduate.

Ira, Mak Liya, Kak Salina, Aku & Wak masa Convo Dec 2013. Berbaloi belajar selama 3 tahun 8 bulan.

Add on Ija PP Bangi

Bagi aku sebagai bekas pelajar yang mengambil dan belajar secara jarak jauh dan hujung minggu memang kena kuat dari segi mental, fizikal dan moral. Satu sems kami hanya ada 4 kali tutorial face to face berjumpa pensyarah. Selebihnya belajar sendiri dan group whatsapp terlalu banyak membantu kami khusus nya aku untuk buat assignment dan nak exam.

InsyaAllah jika ada permintaan dari pembaca, nak upload contoh-contoh assignment yang aku pernah buat dulu..... 


Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...