Saturday, January 24, 2015

Konsep 4P Untuk Blogger dan Peniaga

Konsep 4P Marketing Untuk Blogger dan Peniaga

Apa tu konsep 4P ?

  • Konsep 4P merujuk kepada marketing strategi dan taktik yang mempengaruhi transaksi di dalam persekitaran pemasaran.
  • Konsem ini terdiri daripada Promotion (promosi), Product (barangan), Place (tempat) dan Pricing (harga)
  • Konsep ini merupakan salah satu daripada rangkaian yang wajib kita lihat untuk mengembangkan dan memenuhi kehendak pelanggan ataupun pembaca blog kita.
1. Product ( Barang / Service )
  • Merupakan offer yang kita tawarkan kepada pelanggan dan pembaca blog. Barangan ini terbahagi kepada dua, iaitu tangible (nyata dan nampak dan boleh di sentuh) dan intangible (merujuk kepada servis).
  • Tangible - barangan yang kita boleh jual seperti buku, makanan dan sebagainya. Barangan ini barangan keluaran dari diri kita sendiri sebagai pembuatnya ataupun barangan yang kita beli dan jual semula (trading).
  • Intangible - barangan ini seperti servis komputer, perkhidmatan menggunting rambut, perkhidmatan perlancongan dan sebagainya.
  • Contoh untuk para blogger, kita mempunyai satu blog sosial yang kita update seharian mahupun seminggu sekali. Bagaimana kita memberikan "offer" untuk pembaca blog kita melayari blog.
  • Persoalannya di sini di dalam konteks blog, bagaimana kita hendak mengetengahkan blog kita untuk lebih ke hadapan? Bagaimana kita hendak menjadikan blog kita di jadikan sebagai carian info yang berguna kepada pembaca? 
  • Persoalan yang sama juga kita berikan kepada para peniaga online mahupun offline. 
  • Jom teruskan baca untuk kupasan lebih dalam lagi untuk persoalan tersebut. Jangan pandang konsep 4P hanya berguna kepada para peniaga.
2. Pricing ( Harga )
  • Merujuk kepada harga terakhir yang di tentukan oleh diri sendiri dan organisasi untuk ditawarkan kepada pembeli. 
  • Konsem membuat keputusan penentuan harga tertakluk kepada kos tetap yang telah diambil kira seperti kos bahan mentah, kos pengurusan, kos mampu milik dan harga pesaing.
3. Place (Tempat)
  • Apabila barangan dan servis telah siap untuk di tawarkan kepada pelanggan, kita hendaklah mempunyai satu sukatan yang terperinci mengenai konsep place (tempat). Sukatan ini bermaksud pengagihan atupun bagaimana kita hendak mengagihkan barangan keluaran kita supaya sampai ke destinasi yang tertentu.
  • Pengagihan ini hendaklah sampai kepada pembeli dengan selamat dan berkesan.
  • Untuk lebih faham ianya dapat di rumuskan, konsep place (tempat) ini merujuk kepada keadaan cara agihan barangan keluaran kita untuk sampai kepada pelanggan dari segi kedudukan geografi dan penggunaan medium tengah sebagai perantaraan.
4. Promotion (Promosi)
  • Merupakan elemen terpenting dalam pemasaran. Untuk memberitahu kepada pelanggan yang kita mempunyai barang untuk di jual.
  • Terdapat pelbagai cara untuk kita membuat promosi. (saya akan cuba kupas lebih terperinci melalui entry yang akan datang). seperti contoh pengiklanan di laman sesawang, facebook, instagram, phamplet, katalog dan sebagainya.








Semoga dengan ilmu yang sedikit ini dapat saya kongsikan kepada pembaca blog. Jika ada sebarang pertanyaan dan kemushkilan boleh hubungi saya.

* Jika info ini berguna untuk anda dan kawan-kawan sebarkanlah. Saya Halalkan ilmu yang tak seberapa ini untuk di kongsikan.

10 comments:

  1. info yang amat berguna...thankz atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. good tips. Thanks for sharing. Bab bagi infor lengkap eg with pricing semua tu I still kureng skit hehe :-)

    ReplyDelete
  3. Maaf...lari topik sikit...

    terima kasih sebab follow blog saya. saya dah follow balik ye...

    ReplyDelete
  4. Info yg bagus ni. Tapi perlu baca semula untuk kasi hadam. :)

    Done follow sini #23.

    ReplyDelete
  5. ini nota perniaggan yg baik untuk sesiapa yg minat meniaga... tapi betullah kata Aqilah.. kena baca semula nih... takleh nak tangkap

    ReplyDelete
  6. Sori gengzzz.... Ayat tunggang langgang. Nak reply komen kengkawan sorang2 internet slow ya amat. Log in by phone tak berapa syok nak jawab...

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...