Monday, June 30, 2014

Menu Berbuka Puasa - Diet Sampai Lebam...








Anggun, Comel, Handsome, Sexy Bergaya..

Mai sini try test cuma resepi ni.



2 sudu besar ESP Soya Protein Isolate Powder
7-8 biji buah Mulberry
5 biji buah Strawberry
Sedikit perahan Lemon jus
600 ml Air Sejuk

Campurkan semua di dalam blander dan kisar.

Taarrraaaa....
dah jadi punch buah-buahan ESP anda...
add on ais kiub dua tiga ketul.
Pengganti nasi untuk diet sihat berbuka puasa.

Selamat Mencuba...

Thursday, June 26, 2014

Kenali Osteoporosis







  • Osteoporosis adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang, menyebabkan tulang menjadi rapuh.
  • Ia menyumbang kepada keadaan poros tulang dan menjadikan tulang seperti span dan rapuh dari dalam. Masalah yang berlaku pada tulang rangka ini melemahkannya dan menyebabkan risiko tulang retak atau patah semakin meningkat.
  • Tulang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya kuat.
  • Tulang yang mempunyai masalah osteoporosis pula boleh retak hanya disebabkan kecederaan ringan yang biasanya tidak boleh menyebabkan tulang patah.
  • Keretakan boleh terjadi sama ada dalam bentuk retak (seperti pinggul retak) atau rekahan mampat pada tulang vertebra tulang belakang.
  • Tulang belakang, pinggul dan pinggang adalah kawasan yang biasa mengalami retak tulang yang turut berkemungkinan berlaku pada tulang rangka lain.
  • Dianggarkan satu daripada tiga wanita dan satu daripada 12 lelaki berumur melebihi 50 tahun kini menderita akibat osteoporosis di seluruh dunia. Kos bagi rawatan osteoporosis seluruh dunia untuk semua peringkat umur pula dijangka meningkat kepada AS$131.5 bilion (RM432.4 bilion) menjelang 2050. Selain itu, insiden keretakan pinggul di seluruh dunia dijangka meningkat sebanyak 240 peratus bagi wanita dan 310 peratus bagi lelaki menjelang 2050.


Simptom

  1. Osteoporosis tidak mempunyai simptom khusus melainkan berlakunya retak tulang dengan mudah.
  2. Sesetengah retak osteoporosis sukar dikesan sehingga bertahun-tahun lamanya sehinggakan pesakit sendiri tidak sedar dirinya mengalami osteoporosis sehingga mengalami retak tulang yang menyakitkan.
  3. Retak di bahagian vertebra tulang belakang boleh menyebabkan kesakitan teruk dari bahagian belakang hingga ke sisi badan.
  4. Selepas beberapa tahun, keretakan tulang belakang boleh berulang dan menyebabkan kesakitan kronik bahagian belakang terutamanya di pinggang dan pinggul yang kelihatan seperti berbonggol.
  5. Retakan yang berlaku secara normal dipanggil retakan trauma minimum atau retak stres. Contohnya, sesetengah pesakit yang mengalami osteoporosis boleh menyebabkan retak stres lebih teruk di kaki ketika berjalan.
  6. Retak pinggul pula biasanya berlaku disebabkan terjatuh. Di kalangan penghidap osteoporosis, retak pinggul boleh berlaku walaupun hanya disebabkan kemalangan kecil. Retak pinggul juga sukar dirawat kerana kualiti tulang yang teruk.


Cadangan produk Shaklee:





Talasemia

Penyakit Talasemia dan Vitamin Shaklee


  • Talasemia (Bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. 

  • Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. 

  • Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).


  • Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

  • Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.


Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.


Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:

  • Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
  • Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.


Tanda dan gejala penyakit Talasemia

  • Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
  • Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
  • Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
  • Jaundis
  • Tumbesaran terbantut
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
  • Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).


Rawatan penyakit Talasemia 


  1. Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
  2. Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
  3. Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
  4. Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.


Bagi seseorang yang mempunyai masalah Talasemia, tidak digalakkan mengambil supplemen yang mengandungi zat besi atau Iron yang tinggi. Ini adalah kerana ianya tidak akan membantu dalam meningkatkan Hb, bahkan ia mungkin membawa kemudaratan kerana mengambil sesuatu zat yang berlebihan dan tidak digunakan mungkin akan merosakkan organ-organ dalam badan.


  • Oleh yang demikian, penggambilan Vitalea Iron Formula Shaklee dan Alfalfa tidak digalakkan oleh pesakit Talasemia. 
  • Namun supplemen yang harus diambil adalah Vitamin B complex. Vitamin B Complex membantu dalam meningkatkan tenaga dan diperlukan untuk membina sel darah merah. 
  • Vitamin E juga baik sebagai antioxidan yang membantu melindungi sel darah merah. 
  • Ostematrix (lengkap dgn Magnesium dan vitamin D) juga antara vitamin yang akan memberi manfaat kerana ia membantu meningkatkan tenaga.
  • Energizing Soy Protein (ESP) juga disarankan kerana protin membantu dalam pembinaan sel-sel baru dalam tubuh badan, ini termasuklah sel-sel darah merah. ESP juga boleh meningkatkan tenaga.

Ayam Masak Sambal Hitam





Hari ni rain sikit nak masak. Ayam Masak Sambal Hitam. Mudah, ringkas dan cepat. Boleh lah jadi juadah berbuka puasa bulan Ramadhan karang...


Resepinya Camni :

  • 1 ekor ayam - kerat 8 atau 12 - cuci bersih berkilat... hahahaha...jangan cuci dgn sabun.
  • 1 biji bawang merah besar
  • 3-5 biji bawang putih
  • 2-4 inci halia - hiris halus
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 1 mangkuk sup cina Kicap pekat ( Nak kurang pun boleh) - aku guna kicap Jalen. 
  • 4-5 sudu Cili Giling ( mengikut tahap tahan pedas korang)

Camna Nak Masak...?
  • Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  • Masukkan ayam -  gaul-gaul hingga seperuh masak.
  • Masukkan cili giling dan kodek-kodek lagi.
  • Masukkan kicap pekat. kodek hingga masak.
  • Durasi masa masak : 30 minit je.
  • Taraaaaa..... siap.... tak perlu garam dan gula mahupun pak ajinomoto. Aku memang tak makan pak ajinomoto.....

Monday, June 23, 2014

Sup Ayam with Akar Lada Hitam



Bahan-bahannya:

  • 1-2 kilo Ayam - Aku guna bahagian tulang-tulang sahaja.
  • 3 Biji Tomato - kerat empat bahagian
  • 1 Ulas Bawang Merah - Besar
  • 5-6 Ulas Bawang Putih
  • 3-4 Inci Halia Muda
  • 3-4 Inci Akar Lada Hitam Sarawak
  • 3 Inci Kulit Kayu Manis
  • 5-6 Biji Buah Pelaga
  • 5-6 Biji Bunga Cengkih
  • 2-3 Biji Bunga Lawang
  • 7-8 Biji Cili Padi - Masukkan tanpa di hiris.
  • Brocoli Secukupnya - Aku guna sebesar dua penumbuk aku je... 
  • Lada Hitam  sesudu teh - ketuk jangan sampai hancur.
  • Air Secukupnya.
  • Garam dan Gula secukupnya.
  • Daun sup secukupnya.
  • Sedikit Serbuk Oregano -  untuk memberikan bau wangi dan kelainan rasa sup sedikit.


Camna Nak buat...??

  • Gunakan api yang paling kecil sebab aku suka renih lama-lama sup ayam ni. 
  • Masukkan semua bahan kecuali brocoli dan tomato ke dalam periuk dan renihkan sampai mendidih. Selalunya dalam 35-40 minit baru mendidih.
  • Bila dah mendidih, masukkan brocoli dan tomato.
  • Taburkan sedikit serbuk oregano dan masukkan garam dan gula sebagai perisa tambahan.
  • Tutup api dan taburkan daun sup.


Ni lah rupa Akar Lada Hitam yang aku beli semasa berjimba-jimba di Kuching Sarawak bulan March tahun ni.



Serbuk Oregano yang aku gunakan.

ESP



ESP adalah produk paling glamour dan hot product Shaklee. Ramai yang dah jatuh cinta pandang pertama apabila merasai ESP ni. 

Apakah yang bagusnya ESP ni? Bagi mereka yang belum tahu, jemputlah post sampai habis. Tak mengapa walaupun anda lambat utk mengetahui kebaikan ESP ni, orang putih kata better late than never. Betulkan?

Kenapa ramai jatuh cinta dengan ESP?

Pertama sekali, ESP adalah untuk semua. Tidak terhad pada ibu menyusu atau wanita yg ingin cantik sahaja. Remaja boleh ambil ESP, nenek, atuk malah orang lelaki juga boleh ambil ESP. One for ALL. Satu canister ESP boleh dirasai oleh semua isi rumah (kanak2 tidak digalakkan).

1 canister ESP = 850gm. Boleh tahan 1-2 bulan penggunaan

Kenapa ESP penting?
ESP adalah serbuk protein berkualiti tinggi yang telah melalui kajian klinikal yang paling banyak. Ia mengandungi kacang soya non -GMO dan mengandungi 22 jenis asid amino, yg penting rendah lemak dan rendah kolestrol. Badan kita ni full of cells..kuku, kulit, otot2 dan lain2 yang mane semuanya berasal daripada protein. Jadi, secara ringkasnya,

SEL --> TISU --> ORGAN --> SISTEM --> BADAN ANDA

Dan disebabkan itu, badan kita sangat memerlukan protein. Sebabnya makanan utama bagi sel ialah protein. Sel yang sihat dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat.

Apa faedah ESP?

Faedah ESP mmg banyak. Antaranya:

1. Kekal Muda

2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi

3. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki

4. Kulit berseri dan anjal

5. Pemberi tenaga segera

6. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

7. Memperbaiki Memori


Jadi apa tunggu lagi?? Perkara yang baik tak elok kita tangguhkan. Jangan berlengah untuk merasai kebaikan ESP ini. Dapatkan ESP ini bukan untuk anda seorang sahaja tetapi untuk seisi keluarga!

PZ
018.250.52.30

Vita E Complex

Jom ....Kenali Vitamin.



Apa itu Vita E Complex ...??

Diperbuat daripada soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan di gabungkan dengan lapan jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta).

Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel.darah merah dan tisu otot. Ianya juga penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan menfukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

Bermanfaat untuk :
1. Melindungi jantung
2. Mempertingkatkan kemampuan reproduktif - sperma
3. Anti penuaan
4. Anti oksidan yang kuat
5. Kelestarian tenaga - seksual
6. Memperbaiki arthritis
7. Menghalang keguguran janin
8. Memperbaiki parut

Peppermint-Ginger Plus

APA DIA PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE ?




Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.

Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan

Sumber : Shaklee Malaysia

PERBEZAAN SHAKLEE

Kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur dan dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.

Secara klinikal sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya , gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman

APA KANDUNGAN YANG ADA DIDALAM PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE?

Peppermint-Ginger Plus merupakan supplement yang dihasilkan daripada kombinasi 4 herba yang sangat bagus untuk penghadaman. Peppermint Ginger Shaklee ini dapat
membantu mengurangkan risiko masalah penghadaman. Peppermint Ginger mempunyai banyak khasiat dan kebaikan kepada mereka yang mengamalkannya.

Apakah 4 herba yang terdapat dalam Peppermint Ginger Plus Shaklee? Apakah Khasiat herba tersebut?

1. DAUN PUDINA
❁ Membantu dalam proses penghadaman
❁ Membantu mengurangkan mabuk laut/darat atau morning sickness
❁ Membantu mengurangkan sakit gastrik, pedih hulu hati, cirit-birit
❁ Membantu mengurangkan kesan sampingan daripada kimoterapi (muntah, hilang selera makan)
❁ Merangsang pengeluaran peluh - mengurangkan risiko demam akibat selsema
❁ Membantu menajamkan pemikiran agar lebih fokus

2. HALIA
❁ Merangsang rembesan enzim Salvia untuk mencernakan makanan
❁ Melegakan sakit perut
❁ Mengurangkan sakit senggugut
❁ Membantu mengurangkan loya atau mual akibat morning sicknesss
❁ Mengurangkan rasa loya dan ingin muntah selepas pembedahan

3. FENNAL (POKOK ADAS)
❁ Membantu menghilangkan kembung perut
❁ Melegakan kesakitan perut
❁ Membantu mengurangkan masalah alergi pada saluran usus

4. CEKUR MANIS (ANISE)
❁ Melegakan masalah pencernaan
❁ Mengurangkan kesakitan akibat haid seperti senggugut
❁ Merangsangkan rembesan jus gastrik untuk pencernaan
❁ Membantu memberikan peredaran tenaga di dalam badan

SIAPA YANG BOLEH AMBIL PEPPERMINT GINGER PLUS?

*Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
*Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
*Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
*Mereka yang sering mengalami kembung perut
*Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan

PELBAGAI CARA MAKAN PEPPERMINT GINGER PLUS.

Ada dua cara untuk menikmati dan merasai khasiat Pepper Mint Ginger Plus Shaklee. Yang pertama boleh ditelan begitu sahaja dan yang kedua, yang paling aromatik, boleh campurkan 2-3 biji Pepper Mint Ginger Plus Shaklee ke dalam teh o panas. Sungguh nyaman dan melegakan. Anda boleh amalkannya 2 atau 3 kali sehari dan dengan izin Allah, masalah anda juga akan selesai.

Membantu penghadaman >> Ambil 3 biji selepas makan

Mencuci usus dan perut >> Larutkan 3biji PAPPERMINT GINGER PLUS dan 10 biji Alfalfa di dalam air panas suam untuk diminum

Merawat sakit atau masalah gastrik, nausea, batuk >> Ambil 3-5 biji dilarutkan dalam air panas menjadi teh herba

Kelegaan tekak, batuk, sendawa >> Hisap

Vertigo

VERTIGO

Vertigo adalah disebabkan oleh resdung yang tidak dirawat. Lebih dikenali sebagai ketidakseimbangan telinga & kebiasaan akan menyebabkan pening, kepala rasa berputar-putar & berpinar-pinar, muntah dan kesan paling teruk ianya boleh menyebabkan kehilangan deria pendengaran.

Jadi mari kita rawat punca resdung dulu. Supplement shaklee yang besesuaian adalah alfalfa, b complex & vitamin C.

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate.

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate.



Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa.

Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.

Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah

»Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan

»Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah

»Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak

»Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama

»Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan

Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:

Dinding
Permukaan dapur, jubin dan lantai
Peralatan
Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
Tingkap dan cermin
Perkakas
Benda-benda diperbuat daripada kayu
Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)

Tahukah Anda?

Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan.

Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung.

Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan »Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
***Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

»Periuk, besen dan pinggan mangkuk
***Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air

»Tingkap dan cermin
***Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

»Lantai
***Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air

»Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
***Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

***Perbezaan Shaklee***
1- Selamat
*Tidak bertoksik
*Tanpa gas beracun
*Tanpa bahan kimia berbahaya
*Tanpa bahan pewangi
*Lembut pada tangan
*pH seimbang
*Tanpa klorin

2-Berkesan
*Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
*Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
*Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama

3-Mesra Alam
*Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
*Biorosot
*Tanpa fosfat
*Bungkusan yang boleh kitar semula
*Tanpa bahan pewarna
*Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Bronkitis

Kenali " Bronkitis "

Merupakan sejenis penyakit radang pada saluran pernafasan ( bronchus )
Ianya bersifat ringan dan sementara pada awalnya dan cepat sembuh, akan TETAPI tidak pada pesakit jantung dan paru-paru.

Penyebabnya :-
Virus dan bakteria serta organisma yang menyerupai bakteria seperti mycoplasma pneumonia dan chlamydia.

Siapa yang terdedah kepada panyakit ini ?
Pesakit paru-paru, pesakit jantung serta perokok. Kesan daripada sinus kronik, alergic, debu, asap, klorin dan udara.

Symptom-symptomnya :-
1. Batuk berkahak
2. Sesak Nafas
3. Lelah
4. Sakit kepala
5. Gangguan penglihatan
6. Pipi kemerahan
7. Bengkak pada pergelangan kaki dan tangan

Boleh di atasi melalui pemakanan vitamin dan supplement yang dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi badan:-
1. Vivix - dapat membantu meningkatkan dan menjadikan DNA lebih sihat dan pulih.
2. Vita C - meningkatkan sistem imun dan mengurangkan inflamasi
3. Carotomax - membantu pemulihan tisu peparu yang rosak
4. Vita E - melindungi tisu peparu dan meningkatkan penggunaan oksigen
5. Garlic - Merupakan antibodi secara semulajadi

Endometriosis

Apa itu Endometriosis?



Endometriosis berlaku apabila tisu di dalam rahim wujud atau tumbuh di bahagian lain dalam badan seperti di telur (ovary), pundi kencing, usus, rektum dan lain-lain. Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis.

Semasa proses kitaran haid setiap bulan, tisu dalam rahim akan membesar dan menjadi tebal, seterusnya telur akan merembeskan hormon yg akan menghakis tisu tersebut dan ianya akan keluar sebagai darah haid.

Bagi tisu yg wujud di luar rahim (endometriosis), situasi ini tidak berlaku. Kemungkinan tisu ini akan berdarah sedikit tetapi tidak dpt keluar dari bahagian badan dan menyebabkan penggumpalan darah di kawasan itu dan menjadi punca kesakitan yg dialami oleh mereka yang menghidapi penyakit ini.

Apakah punca Endometriosis?

Punca sebenar endometriosis masih tidak dapat diketahui dengan tepat. Namun begitu terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan berlakunya keadaan seperti ini.

Kemungkinan terdapatnya darah kotor yang melimpah dan tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Kejadian ini mungkin disebabkan oleh rahim yang agak jatuh ke belakang (retroverted uterus). Keadaan rahim sebegini sering dikaitkan dengan endometriosis bilamana mereka yang mempunyai rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang mengidap penyakit endometriosis.

Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku dikalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.

Juga, ada pendapat yang mengatakan bahawa punca endometriosis berlaku adalah disebabkan daya ketahanan wanita itu telah lemah dan lentur, dimana tisu-tisu yang sepatutnya keluar dari tubuh telah menyerang tubuh itu sendiri. Hakikat yang terjadi, apabila tisu endometrium ini mula melekat dimana-mana tempat, ia akan mulai tumbuh. Lapisan ini akan menjadi bertambah tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dan bila haid berlaku lapisan ini juga akan turut mengeluarkan darah.

Bila keadaan ini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat.

Cadangan vitamin untuk penyakit Endometriosis?

Ini hanya cadangan dan vitamin tidak menjanji anda benar-benar akan sembuh kerana ini adalah salah satu ikhtiar daripada kita sebagai hambaNYA yang lemah sahaja.... Andai rezeki anda pulih dengan usaha pengambilan Supplement Shaklee maka sembuhlah kamu....jangan terlalu bergantung kepada sesuatu vitamin sahaja...makan harus pantang dan jaga juga....sayangilah kesihatan anda semua...

¤Vitamin E : sebagai antioksidan untuk menghalang pertumbuhan semula abnormal sel.

¤Vitamin C : merupakan antioksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Meningkatkan tahap imunisasi badan individu.

¤GLA Complex : bertindak untuk mengawal ketidakcelaruan hormon di dalam badan wanita terutamanya berkaitan dengan masalah wanita seperti menopause, PMS simptom atau kitaran haid.

¤B Complex : bertindak sebagai anti-stress untuk menenangkan perasan wanita yang mengalami tekanan jiwa. Stress dikatakan merupakan antara punca masalah endometriosis.

GLA Complex




Jom Kenali GLA Complex.
Gamma-linolenic acid (GLA) mengandungi :-
1- 17%-25% Borage Seed
2- 15%-20% Blackcurrent
3- 7%-10% EPO (Evening Primrose Oil)

Setiap capsul mengandungi lebih 300mg GLA yang dimana merupakan sumber terbaik Omega-6 yang menggabungkan minyak bunga matahari dan vitamin E.

Kenapa ianya penting :
1-Herba tradisional untuk merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan urat sarat dan meningkatkan stamina.

2-Mengawal selia estrogen dan testosteron. GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon LELAKI dan WANITA, memperbaiki PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

3-Melambatkan Menopaus dan Andropause.

4-Memperbaiki prostatomegaly - GLA mampu untuk memperbaiki masalah prostat LELAKI dan masalah kerap kencing.

5-Menentang Kanser.

6-Memperbaiki onflamasi kulit.

7-Menghalang kompilasi diabetes.

8-Menghalang tekanan Darah Tinggi.

9-Memperbaiki tekstur rambut.

10-Hiperaktif dan Autisma (ADD/ADHD)-dibuktikan secara klinikal bahawa GLA dapat memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.

Vita-Lea® Iron Formula





VITA-LEA ® IRON FORMULA
-------------------------------

Perbezaan Multivitamin Shaklee dengan Suplemen Lain:
---------------------------------------------------

Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-min”, dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Tablet "Vita-Lea" ini disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”. Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Manfaat Utama:
------------------
> Penambahan Tenaga Segera – pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu system memori dan focus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.

> Pelengkap Nutrisi – Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anaemia.

> Keupayaan Sistem Produktif – Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

> Metabolisma – Sangat membantu dalam stimulasi metabolism dan melambatkan proses penuaan.

> Elemen Penting Pada Sel Tubuh – Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormone, serta menjaga kesihatan tirod.

> Melindungi Organ – Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

--------------

Fakta Nutrisi Di Dalam Vita-Lea
---------------------------------------

> Vita A - Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, system respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.

> Vita D – Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.

> Vita E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.

> Vita C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.

> Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulsert mulut, kesihatan kulit.

> Vita B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.

> Vita B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.

> Vita B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormone, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migraine, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.

> Vita B6 – Metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekajangan, kebas, anemia.

> Vita B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, focus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun.

> Biotin – Bantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.

> Vita B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka.

> Kalsium – Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis / penyakit tulang lembut.

> Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu ligament / otot dan meredakan kesakitan akibat atritis, anoreksia.

> Iodin – Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligament/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.

> Zat Besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.

> Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadalamn.

> Copper – Membantu menukarkan zat besi kepada haemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebangkakan.

> Zink – Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.

-----------

KENAPA ANDA HARUS MEMILIH MULTIVITAMIN SHAKLEE?
---------------------------------------------------------------
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:

• Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
• Mengandungi beta karotena yang membantu dalam
mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan
tisu.
• Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D
untuk kesihatan tulang dan gigi.
• Biotin dan asid pantotenik membantu untuk
memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
• Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah
merah.*

>> Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

>> Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Alfalfa Complex

20 Kebaikan Alfalfa Shaklee Umpama Kedai Farmasi

Alfalfa Sahklee merupakan produk pertama sekali yang dicipta oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1950an. Maka Alfalfa Shaklee merupakan produk signature Shaklee Corporation.

Kenapa Dr. Shaklee memilih Alfalfa Shaklee sebagai supplement pertama? Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat orang putih dan mereka menggunakan Alfalfa untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Oleh sebab Alfalfa mempunyai banyak kebaikkan kepada wanita, lelaki dan kanak-kanak maka Dr. Shaklee merumuskan formula Alfalfa menjadi supplement Alfalfa Shaklee yang sangat-sangat memberi manfaat kepada jutaan manusia.


Kenapa saya katakan Alfalfa umpama kedai farmasi?

Kebaikkan Memakan Alfalfa
1. Kaya dengan vitamin dan mineral
Alfalfa Shaklee Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang.
Mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi. Alfalfa
Shaklee turut mengandungi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak
dan Antioksidan.

2. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protien, dan karbohidrat.

3. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah

20 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan
1. Merawat gangguan pencernaan
2. Mengawal kolestrol dalam darah
3. Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
4. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5. Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6. Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7. Mengurangkan simptom menopous
8. Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9. Merawat masalah sembelit
10. Menyahkan toksik dalam tubuh
11. Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13. Membantu masalah penghadaman
14. Membantu memperbanyakkan susu ibu
15. Mengurangkan masalah pundi kencing
16. Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17. Meningkatkan kesihatan prostat
18. Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19. Menghangatkan hubungan suami isteri
20. Membantu tingkatkan kesihatan lelaki

Keistimewaan Alfalfa Shaklee
1. Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
2. Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
3. Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji
4. Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
5. Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit
6. Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
7. Membersihkan hati
8. Membantu melengkapakan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang

Collagen Powder

Collagen Powder





Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.




Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

* Berat molekul diukur dalam unit Dalton

CoQHealth Plus





Kanser dan coQ10

Semakin umur kita bertambah, coQ10 dalam badan akan semakin berkurangan. Sebenarnya ia akan semakin berkurangan sejak umur kita 20 an .Kebanyakkan orang yang berumur 50 tahun ke atas berfungsi dengan aras coQ10 yang amat rendah.

Apakah coQ10 ? sel badan yang sihat memenuhi keperluan tenaga melalui proses phosphorylation ATAU dengan menggunakan oksigen…. Kita kan bernafas dengan menyedut oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida,,,jadi oksigen yang kita gunakan tu digunakan oleh sel badan yang sihat untuk menghasilkan tenaga. Jadi coQ10 bertanggungjawab untuk memastikan proses itu berjalan lancar TETAPI,,, badan kita unik,,,, apa yang berlaku jika KURANG OKSIGEN.

Jika kurang oksigen, sel badan kita TUKAR JALAN lain untuk mendapat kan tenaga, kita akan mendapatkan tenaga dengan membakar gula atau proses glucolysis. OK KER?
TAK OK !!!!!Kalau badan kerap menggunakan gula untuk mendapatkan tenaga, sel badan kita akan keliru.. bila sel keliru, sel tidak akan berfungsi dengan baik menyebabkan perubahan genetic dan seterusnya menjadi SEL KANSER. !!!!! (Otto Warburg, M.D., Ph.D.,)

TAK TAKUT KER???? SEKARANG KANSER TAK DER EARLY WARNING TAU TAK,,, BILA DAH SEDAR,,, DAH MASUK STAGE 4 DAN KANSER TAK ADA STAGE 5
Professor Brian Peskin membuat penemuan hebat….orang yang berumur 30 KE ATAS perlu mengambil coQ10 KALAU

1. ada masalah kekurangan tenaga,,,,(letih , lesu,,, lepas sidai baju tidur separuh hari)

2. JANTUNG , orang yang mempunyai masalah jantung perlu mengambil coQ10

3. Penemuan terbaru prof Brian ialah peranan coQ10 melindungi saraf dalam pesakit Parkinson’s , Hungtington’s, Alzheimer’s, Freidreich’s ataxia dan Lou Gehrig’s Disease)

4. coQ10 juga berperanan untuk melindungi kulit dari kerosakan dan byk digunakan dalam kosmetik untuk hilang kedutan .

5. orang yang mengambil STATINS (ubat mengurangkan kolesterol)

6. wanita yang mengambil PIL PERANCANG KELUARGA kerana pil dipercayai boleh blok penghasilan coQ10

Omega Guard




Kelebihan Omega Guard ( Minyak Ikan ) Shaklee:
  • Omega Guard Shaklee dihasilkan menerusi kaedah teknologi terkini iaitu ultratulen bergred farmaseutikal. Maksudnya ia melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul yg dpt memekatkan asid lemak Omega3 paling tulen. 
  • Teknologi ini dapat menyingkirkan bahan2 berbahaya yg terdapat dlm ikan seperti plumbum, arsenik, merkuri,etcKebanyakan brand lain hanya menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi utk mengekstrak minyak ikan. kaedah ini bukan hanya memusnahkan sesetengah nutrient malah tidak boleh menapis kandungan logam yg membahayakan kesiahatn seperti plumbun,merkuri,etc . (Info tambahan yg sy dapat daripada nutrionist Shaklee, katanya tak semua pengeluar minyak ikan menggunakan penyulingan proprietari tiga molekul, Kalau ada pun hanya penyulingan 1x atau2x...Kenapa? sebab penyulingan proprietari tiga molekul ni merupakan satu proses yang mahal..Shaklee sahaja yg melalui penyulingan 3x sbb nak berikan yg terbaik utk pembeli2nya.. yer tak) Wahhh ..Shaklee mmg terbaekk...sbb tu harganya setara dgn kualiti bukan jauh melampau mahal yer.. masih mampu milik
  • Omega Guard Shaklee tidak diekstrak dari minyak hati ikan kerana dihati kandungan toksik tinggi
  •  Minyak ikan Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk seperti sardin, mackerel, herring dan anchovies. Kalau kita rujuk jenis2 ikan dan tahap merkurinya. ikan2 yg digunakan oleh Shaklee adalahikan yg tahap merkurinya terendah.. Dan kajian juga menunjukkan bahawa ikan air laut sejuk mengandungi asid lemak tidak tepu yg sangat tinggi berbanding ikan lain..Ditambah dgn proses penyulingan 3x.. walla.. terbaekkk lagiii..hihi
  • Omega guard (minyak ikan ) Shaklee lengkap dgn 7 jenis asid lemak omega 3 yg perlu oleh badan iaitu DHA, EPA, HPA, ETA, SDA, DPA. Badan kita tak mampu menghasilkan asid lemak perlu ni utk proses metabolisme,etc.. Jadi kena dapatkan dari sumber makanan dan suplemen
  • Satu sajian Omega guard Shaklee (Recommended daily serving is 3 capsules) membekalkan 900mg asid lemak omega 3 yg perlu ie EPA dan DHA. Berdasarkan jadual dibwh, kandungan EPA dan DHA didalam Omega Shaklee antara yg tertinggi berbanding jenama lain.

Ostematrix

Ostematrix-Membantu Mengurangkan Risiko Osteoporosis

Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya:
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal*
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf*
  • Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah eradang dan kemurungan.*
OsteMatrix Membekalkan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
Kaplet bersalut yang mudah ditelan
  • Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet. Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.
Kalsium sahaja tidak mencukupi
Negara Amerika Syarikat merupakan kadar tertinggi dalam penggunaan tenusu dan pengambilan kalsium, namun mereka merupakan kadar tertinggi dalam osteoporosis.
Bayangkan kalsium sebagai batu-bata dalam proses pembinaan tulang-temulang yang kuat dan sihat. Batu-bata ini akan lebih kuat dan lebih seimbang jika digabungkan bersama mortar. Mortar mengandungi vitamin D, magnesium, boron, zink, tembaga dan mangan.

Dengan gabungan nutrisi ini, kalsium mendapat sokongan yang diperlukan untuk membina tulang yang kuat ketika anda muda serta meminimumkan kereputan tulang ketika anda tua.



Penyerapan Yang Terbukti Secara Klinikal
Pengambilan hanya dua kaplet OsteMatrix sahaja berupaya menghasilakan peningkatan ketara dari segi statistik dalam paras kalsium darah yang disukat dalam suatu tempoh 12 jam. Bagi membolehkan badan kita menggunakan kalsium untuk membina dan memelihara kekuatan tulang, kalsium perlulah diserap terlebih dahulu.
***Pengambilan kalsium sepanjang hayat juga diet yang seimbang serta senaman yang teratur berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. 

Advance Joint Health Tablet

Info2 berkaitan produk promosi bulan ini iaitu Advance Joint Health Tablet.. Biasanya saya sebut nama pendek produk ni AJT je..sbb nama panjang sangat... tapi. bukan AJL ye..




Q : Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formulasi proprietary yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Q: Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yagn mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

Q: Apakah ekstrak jagung?
A : Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glucosamine yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligament. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Q: Apakah Boswellia ?
A: Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Q: Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?
A: Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkaitrapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding dengan AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.

Q: Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?
Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua product yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet

Q : Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.

Q: Mengapakah ia bebas daripada chondroitin?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral ( ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat chondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan lebih baik jika diambil secara berasingan.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi Vitamin C?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen.Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, copper (kuprum/ tembaga) dan mangan?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral zurih zink, copper dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

Q: Adalah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?
A : Ya.

Sumber info di petik daripada booklet Shaklee Advanced Joint Health Tablet

Bahulu Kukus Thai


Hari ni aku terlebih rajin... hahahaha...duduk rumah tangan dok tergedik-gedik nak buat kerja di dapur. Tadi masak pajeri nenas... ni plak tengah mengukus Bahulu ( Your Shoulder ) Kukus Thai.

Resepi nya Sempoi je...

2 Cawan tepung Gandum
2 Biji Telur
2 Cawan Gula Halus
1 Sudu Teh Overlate
1/2 Tin Ice-Cream Soda F&N
Pewarna sket sebagai make-up.

Satukan telur, gula, overlate dan pukul hingga kembang.
Masukkan Tepung dan pukul seketika.
Guna senduk atau apa je korang nak...tuangkan ice-cream soda tu dan kacau perlahan hingga sebati.
Masukkan dalam acuan dan titiskan pewarna dan make-up ker sket...lepas tu kukus dalam 20 minit.
tarrrrrraaaaaaa..................siap...


Pajeri Nenas



Sejak balik dari #BukitTinggi & #Padang tempohari rasa macam tekak aku tak bleh terima masakkan yang ada santan dan kerisik...TAPI petang ni aku termasak #Pajeri #Nenas.... Hahahaha.... Alahaiii Nafsu berubah.....


Resepi Sempoi Pajeri Nenas Aku Buat:
1 Biji Nenas - Kupas Kulitnya dan potong suka suki korang camna.
1 Biji Kelapa di buat Kerisik
1 Biji Kelapa Untuk Santan
5 Sudu Besar Rampah Kari Daging
3 Sudu Besar Cili Giling - Aku selalu Blend sekilo cili lepas tu keringkan dan simpan dlm peti ais. 
2 Tangkai Kulit Kayu Manis
4-5 Biji Buah Pelaga
Sedikit Biji Sawi.
Garam & Gula Sedikit sebagai perasa.
Bawang Merah dan bawang Putih.

tu je...sempoi.... cara nak masak...pepandai ler korang kan..... hahahaha...janji bleh di makan.

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...