Showing posts with label Kain Pelikat. Show all posts
Showing posts with label Kain Pelikat. Show all posts

Wednesday, January 7, 2015

Tips Penjagaan Kulit Semasa Travel Musim Sejuk

Penjagaan kulit semasa travel selalunya orang tak ambil port sangat. Tapi berlainan semasa travel di musim sejuk dan bersalji. Pada musim sejuk dan bersalji, kesan sunburn pada kulit terutamanya kulit muka memang teramat teruk dan kesan terbakarnya lagi kuat.

Bagi aku, manusia yang memang leceh dan malas tahap gaban pencen nak tempek itu ini pada muka terutamanya, aku ambil langkah keselamatan juga sebab pernah terjadi kulit muka merekah dan berdarah. Tu baru suhu sekitar 7 darjah hingga 15 je. Pengalaman lalu mengajar aku bersedia seawal mungkin. 

Bila skodeng-skodeng suhu di Korea yang boleh mencecah bawah paras beku a.k.a suhu -12 pada waktu tu, paksakan diri je lah. Alhamdulillah bila balik Malaysia, Aku bebas kena sunburn. Ahakzzz.....

Tips Penjagaan Kulit Semasa Travel Musim Sejuk:

  1. Beli sunblock yang ber SPF tinggi. Aku beli yang ber SPF 130 di farmasi setelah doktor sarankan.
  2. Beli lips gloss yang bersesuaian untuk bibir bagi mengelakkan bibir kering dan terdedah dengan suhu melampau.
  3. Minum air suam sebanyak yang mungkin.
  4. Pengambilan vitamin yang sesuai. Aku amalkan penganbilan vitamin C dan vitamin E.
  5. Vita C - ambil 3 biji sehari sudah memadai sebab vita c shaklee ni sustained released. Akan dirembes mengikut keperluan vitamin c dalam badan.
  6. Vita E -  ambil 2 biji vita E seawal pagi sebelum keluar dari hotel/hostel/tempat penginapan.
  7. Cuci muka menggunakan pencuci muka biasa yang kita guna.
  8. Mandi menggunakan shampoo mandi yang bersesuaian. 

Terlalu mudah sangat dan simple je. Tapi yang simple tu lah paling sukar nak buat. Alhamdulillah dengan pengambilan 4 barang ni, kulit muka dan seluruh kulit pada diri kita terjaga rapi.



Friday, January 2, 2015

Backpackers - Korea - Day 11


21 December 2014

Planing :

  • Check-Out Hostel
  • 44 Steps
  • Yongdusan Park (KRW 4,000.00)
  • Gukje Market
  • Gwangboro Market
  • Gimhae Airport - Balik Malaysia (KRW 3,000.00)

Actual:

Perabih kan duit sikit beli ole-ole kat dalam subway je hari ni. Takde nak kemana-mana walaupun plan asal banyak nak pi. Kaki dah out tak larat. Sebelum meninggalkan Mr Eggs snap-snap pic sikit..






Naik teksi ke airport dalam KRW10000 satu teksi.... jimat sikit nak angkat beg.... 

Backpackers - Korea - Day 10


20 December 2014

Planning :

  • Busan Nampodong - Jungang Station Exit 5 (KRW 1,000.00)
  • Mr Egg Hostel Nampo (KRW 26,666.67)
  • Taejongdae (KRW 1,000.00)
  • Gamcheon Village (KRW 1,000.00)
  • Makan Malam - Jagalchi Market (KRW 10,000.00)
  • Biff Square
  • Gwanggali Bridge - Nite View 

Actual :

Naik train jam 10.15 malam dari seoul ke busan. Ambik dari seoul Station KRW 28,600. Dalam train panas...buka semua jaket, dah ler siap pakai thermal... macam dalam sauna jadinya. Hilang lah lemak barang 500 gram. Sampai Busan Jam 4 pagi. Cuaca alhamdulillah tak sesejuk Seoul. Tunggu siang sedikit dalam jam 5.30 pagi ambik teksi ke Hostel.

Kali ni memang blur-blur ya amat pemandu teksi tu.... stress juga sebab kami dah bagi alamat, dah bagi maps, tapi kurang faham... pusing2 ronda dia kemana entah, sib baik aku ni memang reti baca maps...tu kelebihan aku ada...hahahahahaha.... dah lah hujan, pemandu teksi tu bleh pula main u turn je...sedangkan hostel tu di antara exit 5 dan exit 7 subway di Busan. Apa lagi jerit je lah suruh stop situ tepi jalan. Dia stop kan teksi, buka bonek, campakkan beg kami je tepi jalan...hazab kau...dah lah hujan gerimis... time tu memang aku nak je terajang dreba teksi tu... sib baik fikir dekat negara orang.

Hangkut beg bawak berteduh, baca maps.... finally jumpa juga Hostel Mr Egg tu.. Seawal pagi sampai. Sib baik Kath dah email mereka dan dapat pasword pintu masuk. Perghhhh lega... dah le time tu memang time ke jamban. Nazak juga menahan...hahahaha...

Ramai org2 Malaysia menginab di situ...terasa meriah nya macam di negara sendiri. Tak sombong. Jumpa family dari sabah. Sembang-sembang apa yg patut meramas mesra.

Kaunter buka dalam jam 9.30 pagi. Bayar duit penginapan, simpan beg...dan...jalan....
Planning nak ke Taejongdae. Naik bas je.. Naik bas number 101. Stesen bas kat Busan ni pelik sikit, cuma petak atas jalan raya bertulis "Bus Stop" je. jenuh juga tercangak-cangak cari pondok bas. Hahahaha...sib baik mulut ramah tanya orang.

Balik dari Taejongdae ingat nak ke Gamcheon Village, tapi cancelled. Hahahaha...pic kat Taejongdae pun aku tak ada dalam hp sebab guna HP syuq dan Kath. Lupa nak berselfie.

Naik bas balik ke station memula kami naik bas, as usual lah aku lelap dalam bas....tetiba kath jerit...dah sampai.... kusss semangat, sib baik nyawa aku panjang. Hahahaha.... sejuk dekat luar, merayap dalam subway, banyak kedai-kedai jika nak shopping. Ambik keputusan kami ke Jagalchi Market....Lapar... mana tak nya, semalam je makan nasi. Pagi tadi cuma makan oat dan milo je dan sekeping roti sapu mentega.





Memang syurga kalau nak shopping, tapi pepaham je lah...mahal. Rembat juga setokin 2 helai sebab aku dah takde stokin yang kering nak di pakai. Sepasang stokin KRW1000. Masuk Pasar Jagalchi, naik tingkat 2...apa lagi...melantak.... amekkawww kena sorang RM60 gitu makan satu set..tapi puas hati lah.....







Jejari Sotong Kurita Kering




Masih Hidup



Giant Crab

Besar Gedabak Sotong Ni

Thursday, December 25, 2014

Mencuba Hambuk Maharaja


Hambuk merupakan pakaian traditional Korea.
Kami sempat mencubanya di Myeong-dong Tourist Information Center

Sila abaikan date tu sebab, pic ni direct capture dan send ke email kami. 


Mereka bagi kami 10 minit je untuk mencuba dan send pic tersebut secara direct ke email. Bab masa memang kami kena lah taat sebab orang korea ni memang menepati masa. kelam kabut gak tak sempat pose comel-comel, main hentam je....

Lepas bergambar menggunakan hambok, berselfie plak dengan minah Kpop... siap dapat cenderahati dari mereka lagi...




Backpackers - Korea - Day 9


19 December 2014

Planning :

  • Gyeongbokgung Palace (KRW 3,000.00)
  • Deosoksugung Palace (KRW 1,000.00)
  • Bukchon Hanok Village
  • Gwanghamun Gate
  • Cheogyecheon Stream
  • Insadong Market
  • City Hall Ice Skating (KRW 1,000.00)
  • Seoul Station - Balik Busan Naik Keretapi (KRW 27,000.00)

Actual :

Hari ni kami meneruskan perjalanan nak melihat Namsan Tower dan sekitarnya. Heyyyyy bila di fikirkan balik...kat Malaysia..tak plak aku tergamak nak naik menara KL sedangkan dulu aku kerja di MUI Plaza tu cuma jalan kaki je ke Menara KL... kat negara orang nak plak naik tower-tower ni.... hahahahaha.....

Dari Jongak Station, naik subway ke Jongo 3 (sam)-ga, tukar train ambik ke Myeodong Station exit 4 lepas tu jalan terus menaiki bukit jumpa simpang empat, jalan terus lagi sampai nampak tangga cable car nak naik Namsan. Banyak Guest House belah kiri sepanjang naik bukit ke cable car station tu. Ramai orang-orang begpek Malaysia menginap di situ... Memang hazab lah juga nak daki bukit...boleh tonggek macam Ziana Zain nanti kalau balik Malaysia. Aku cakap hazab sebab memang daya tahan fizikal aku mulai susut sebab banyak sangat berjalan dan daki sana sini. Lebih-lebih lagi tenaga dah aku perah semasa daki Illchubong Peak dan Mount Halla kat Jeju.

Naik Cable car tu KRW 8,000 seorang returned. Perghhhh....penuh sesak sumbat dek orang korea ni masa dalam cable car. Takut gak kalau jatuh....mati luar iman beb.....

SnowCap ni je yang tahan sejuk, yang lain hampehh...tapi telinga asyik terkeluar je. hantam je lah... Ada sekali dua aku lilit mafla tu macam shawl...hahahaha...berhijab terus...









Syuq pakai jaket baru beli di Ehwa University malam semalam. Sekali imbas dari belakang macam ahjumma...Jangan mareee beb....but aku jeles jaket tu takde size besar sebab jaket tu memang super penebat haba.






Keluar dari sini kami pi makan kat restoran sekitar Myeodong. Aku membontoti je kath dan syuq je nak makan apa... nama makanan pun lupa. Apa dahhhh beku sedikit ingatan aku... tapi makanan situ memang sedap. Jeruk lobak putih nya kecur nafsu.... kimchinya pun...susah mau cerita....


Yang warna kuning tu lah jeruk lobak putih. Kena makan juga untuk hilangkan rasa mual makanan.

Bahan asas macam nasi goreng de masak depan kami. Pic yang dah siap lupa nak snap sebab belasah lapar. Kalau ada pic pada hp syuq dan kath, aku update pada entry lain.

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...