Saturday, January 31, 2015

Get Clean Home Care Set

Tadi dapat call dari sorang customer ni.

Dia : Bang, asyik jual vitamin je. Takde menatang lain ke?
Aku : Ko nak suruh aku jual apa? Ciken? Berudu?
Dia : Jual ler benda-benda power sikit.. Ciken mana abg jual tu?
Aku : Chickenpox  ....hahaha..
Dia : Hahahaha (gelak setan rasanya ni)
Aku : Ko ni ngade ngarut le tu....
Dia : Saja je bang memanja gurau. Cuma nak bagi tau Omega yang abg pos tu dah sampai.
Aku : oooooh ok. Jap aku kasi yg power utk ko. Safe Powerful Green Smart.
Dia : krik....krikk..krikkkk.... Iklan letteww~~~
Aku : Hahaha....
……………………………………………………………………………………

Cuma nak kabo, shaklee pun ada Home Care-Get Clean® Set.

√…Selamat
√…Berkuasa
√…Mesra Alam
√…Bijak
√…Jimat

Friday, January 30, 2015

Bingka Cream Crackers Cheese


20 keping biskut cream crackers
4 cawan susu segar
9 keping cheese
200 grm tepung gandum
1 sudu perisa choc emolco
1 cawan gula


Cara nak buat :

√…Rendam biskut crackers dengan 1 cawan susu.
√…Bancuhkan tepung bersama 3 susu segar dan gula. Kacau rata sehingga gula hancur.
√…Masukkan perisa choc emolco.
√…Adun sebati, jika berbiji, ditapis supaya adunan cantik.
√…Panaskan oven 
√…Layerkan loyang pembakar sengan minyak atau butter.
√…Tuangkan sedikit adunan pertama, lapiskan dengan biskut cream crackers yang di rendam tadi berselang seli dengan cheese. Akhir sekali tutup dengan baki adunan. (saya guna size 8 X 8) 
√…Bakar selama 45 minit menggunakan api bawah dengan suhu 170.


Selamat Mencuba...




Saturday, January 24, 2015

Konsep 4P Untuk Blogger dan Peniaga

Konsep 4P Marketing Untuk Blogger dan Peniaga

Apa tu konsep 4P ?

  • Konsep 4P merujuk kepada marketing strategi dan taktik yang mempengaruhi transaksi di dalam persekitaran pemasaran.
  • Konsem ini terdiri daripada Promotion (promosi), Product (barangan), Place (tempat) dan Pricing (harga)
  • Konsep ini merupakan salah satu daripada rangkaian yang wajib kita lihat untuk mengembangkan dan memenuhi kehendak pelanggan ataupun pembaca blog kita.
1. Product ( Barang / Service )
  • Merupakan offer yang kita tawarkan kepada pelanggan dan pembaca blog. Barangan ini terbahagi kepada dua, iaitu tangible (nyata dan nampak dan boleh di sentuh) dan intangible (merujuk kepada servis).
  • Tangible - barangan yang kita boleh jual seperti buku, makanan dan sebagainya. Barangan ini barangan keluaran dari diri kita sendiri sebagai pembuatnya ataupun barangan yang kita beli dan jual semula (trading).
  • Intangible - barangan ini seperti servis komputer, perkhidmatan menggunting rambut, perkhidmatan perlancongan dan sebagainya.
  • Contoh untuk para blogger, kita mempunyai satu blog sosial yang kita update seharian mahupun seminggu sekali. Bagaimana kita memberikan "offer" untuk pembaca blog kita melayari blog.
  • Persoalannya di sini di dalam konteks blog, bagaimana kita hendak mengetengahkan blog kita untuk lebih ke hadapan? Bagaimana kita hendak menjadikan blog kita di jadikan sebagai carian info yang berguna kepada pembaca? 
  • Persoalan yang sama juga kita berikan kepada para peniaga online mahupun offline. 
  • Jom teruskan baca untuk kupasan lebih dalam lagi untuk persoalan tersebut. Jangan pandang konsep 4P hanya berguna kepada para peniaga.
2. Pricing ( Harga )
  • Merujuk kepada harga terakhir yang di tentukan oleh diri sendiri dan organisasi untuk ditawarkan kepada pembeli. 
  • Konsem membuat keputusan penentuan harga tertakluk kepada kos tetap yang telah diambil kira seperti kos bahan mentah, kos pengurusan, kos mampu milik dan harga pesaing.
3. Place (Tempat)
  • Apabila barangan dan servis telah siap untuk di tawarkan kepada pelanggan, kita hendaklah mempunyai satu sukatan yang terperinci mengenai konsep place (tempat). Sukatan ini bermaksud pengagihan atupun bagaimana kita hendak mengagihkan barangan keluaran kita supaya sampai ke destinasi yang tertentu.
  • Pengagihan ini hendaklah sampai kepada pembeli dengan selamat dan berkesan.
  • Untuk lebih faham ianya dapat di rumuskan, konsep place (tempat) ini merujuk kepada keadaan cara agihan barangan keluaran kita untuk sampai kepada pelanggan dari segi kedudukan geografi dan penggunaan medium tengah sebagai perantaraan.
4. Promotion (Promosi)
  • Merupakan elemen terpenting dalam pemasaran. Untuk memberitahu kepada pelanggan yang kita mempunyai barang untuk di jual.
  • Terdapat pelbagai cara untuk kita membuat promosi. (saya akan cuba kupas lebih terperinci melalui entry yang akan datang). seperti contoh pengiklanan di laman sesawang, facebook, instagram, phamplet, katalog dan sebagainya.








Semoga dengan ilmu yang sedikit ini dapat saya kongsikan kepada pembaca blog. Jika ada sebarang pertanyaan dan kemushkilan boleh hubungi saya.

* Jika info ini berguna untuk anda dan kawan-kawan sebarkanlah. Saya Halalkan ilmu yang tak seberapa ini untuk di kongsikan.

Wednesday, January 21, 2015

Tips Memulakan Perniagaan



Hari ini saya nak share tips memulakan perniagaan:



  • Elakkan membuat pelaburan yang besar di dalam perniagaan seandainya ini kali pertama anda memulakan perniagaan. Mulakan apa yang ada di tangan dan elakkan membuat pinjaman.
  • Mulakan dari kecil dan insyaAllah impaknya akan menjadi besar. Elakkan terus ingin nampak "besar" hakikatnya jualan masih belum tentu lagi. Maksudnya jangan laburkan apa yang anda ada terus ke perniagaan. Kena ada simpanan kecemasan juga.
  • Seandainya tidak perlu membuka kedai, anda boleh memulakan perniagaan secara online terlebih dahulu kerana kos yang sangat rendah. Komitmen anda juga akan berkurangan.
  • Tidak di galakkan menggunakan banyak modal untuk menyimpan stok. Kaji dahulu permintaan terhadap sesuatu produk atau servis yang ingin anda niagakan.
  • Seandainya anda mempunyai pilihan antara bisnes servis dan menjual produk, maka jalankan bisnes servis dahulu kerana kosnya adalah kemahiran sahaja. Boleh juga memulakan perniagaan dengan menjadi agen terhadap produk orang lain dahulu.
  • Fokus satu persatu bisnes yang di jalankan dahulu. Jangan melompat-lompat!
  • Paling penting adalah sentiasa upgrade diri dengan belajar dengan insan-insan yang telah berjaya di dalam bidang perniagaan yang anda bakal ceburi.
  • Minta pendapat dengan orang berjaya di dalam bisnes. Meminta pendapat orang yang masih bekerja, biasanya akan membantutkan untuk anda memulakan perniagaan.
  • Niatlah berniaga untuk membantu lebih ramai orang. Biarkan kata-kata negatif dan rapatlah dengan orang-orang yang positif serta berjaya dalam perniagaan.
  • Jangan campurkan apa yang dapat di dalam perniagaan dengan kegunaan peribadi.


Itu sahaja tips ringkas daripada saya. Kalau anda rasa bermanfaat, silakan share kepada lebih ramai orang.

Tuesday, January 20, 2015

Aku Gila Kumpul Cap

Aku dan cap tak boleh di pisahkan.
Dah ada 12 cap yg tersimpan kat rumah.
Tu belum lagi yg dah di sedekahkan...

Lately ni kalau travel mencanak cari HRC beli cap. Sanggup ikat perut comel ni tak makan. Ahakzzz....

Sesapa nak sedekahkan cap HRC boleh lah yer...
Kecik tapak tangan... Stadium Shah Alam saya tadahkan...

Kadar Baru Kompaun Trafik

Boleh buat rujukan.
Jangan merempit selalu ya...

Kesan Pengambilan Ubat Zakar Mengandungi Steroid (Fakta Yang Perlu Lelaki Tahu )





Walaupun steroid telah diharamkan oleh setiap persatuan sukan utama, orang ramai masih menggunakan steroid. Kebanyakannya orang-orang yang menggunakan mereka adalah pembina badan, ahli sukan, dan orang-orang yang merasakan mereka memerlukan bagi melihat yang kononnya tampil menonjol untuk lebih kuat. Steroid juga boleh digunakan sebagai pelega kesakitan dalam beberapa kes, tetapi kebanyakannya ia digunakan untuk memberi rupa kekuatan kerana mereka menggalakkan pertumbuhan tisu dan otot untuk memberi lelaki dan wanita otot yang lebih besar seperti apa yang mereka idamkan. Steroid tidak sihat untuk anda secara umum dan boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan dan kematian dalam beberapa kes.

Steroid anabolik adalah steroid yang paling biasa digunakan. Selain membuat otot yang lebih besar mereka juga membekalkan lebih testosteron kepada seorang lelaki yang menggunakannya. Testosteron adalah sebahagian besarnya dikenali untuk menghasilkan ciri-ciri lelaki maskulin yang berkembang bersama seorang budak semasa akil baligh. Disebabkan oleh fakta ini, steroid anabolik digunakan oleh ramai orang yang berfikir bahawa ia akan membantu meningkatkan saiz zakar mereka dan disebabkan pendirian ini mereka bermimpi bahawa mereka boleh mencapai. Walaupun Steroid adalah mahal , orang ramai tidak boleh bersaing dengan kos untuk melihat zakar mereka membesar . Ini bermakna bahawa bukan sebenarnya menggunakan steroid mereka boleh cuba bahan-bahan lain yang mana terkandung steroid didalamnya yang mana juga boleh membahayakan bagi mereka.

Apa yang lelaki tidak sedar bahawa steroid tidak boleh meningkatkan atau membesarkan zakar dalam mana-mana cara sekalipun. Malah, hasilnya adalah sebaliknya. Kesan steroid tidak hanya sekadar merosakkan badan, tetapi ia boleh menyebabkan seorang lelaki menjadi mati pucuk sama ada secara sementara atau selama-lamanya. Apabila mengambil steroid keinginan seksual menurun dengan ketara dan ia adalah sukar walaupun dalam keadaan mendapat ereksi. Pada asasnya, zakar menjadi lumpuh dan tidak dapat melaksanakan seperti yang sepatutnya. Dalam tempoh yang panjang penggunaan, steroid juga boleh menyebabkan zakar untuk “mengecut” kepada saiz yang lebih kecil, iaitu akan terjadi lebih kecil dari sedia ada. Ini sudah tentu tidak benar-benar dikaji , tetapi ramai orang percaya bahawa ini adalah punca masalah itu. Kemungkinan besar ia adalah steroid yang menghalang zakar daripada mendapat tegang dan dengan itu menunjukkan keadaan zakar yang tidak tegak bukannya menunjukkan zakar mengecut. Tiada siapa yang benar-benar boleh memberi kesimpulan yang pasti.

Satu perkara yang benar mungkin steroid tidak boleh menyebabkan pengecutan,tetapi ia pasti boleh memburukkan lagi keadaan. Steroid tidak boleh digunakan bagi apa-apa cara sekalipun. Bahayanya adalah terlalu besar, bukan sahaja untuk zakar anda, tetapi untuk seluruh tubuh anda.


P/S : Kenapa perlu ambil steroid jika ada vitamin dan supplement semula jadi yang terbaik tanpa mengganggu tahap kesihatan malahan membantu meningkatkan tahap kesihatan secara total. Tepuk dada tanya otak…..

Monday, January 19, 2015

Marketing Management dari kaca mata aku.

Seperti yang aku janjikan... nak tabur ilmu sikit untuk pembaca blog... ilmu yang aku dapat semasa manjadi budak sekolah dulu...

Hari ni nak kupas sikit mengenai apa tu marketing management.

  1. Marketing ni merupakan bagai mana cara manusia meluaskan strategi penjualan barangan ataupun servis mengikut trend dan pasaran terbuka.
  2. Merealisasikan apa yang di kehendaki oleh organisasi yang berkaitan
  3. Contohnya mudah: seperti anda mempunyai satu business travel agensi, anda nak meluaskan dan memasarkan perkhidmatan agensi anda. Apa anda perlu lakukan untuk memasuki pasaran terbuka dan menggalas strategi organisasi yang anda bernaung? Bagaimana? Di mana? Apa cara nya? tu semua salah satu dari soalan-soalan yang membolehkan anda mendapat idea menjana strategi marketing.
Konsep Marketing ni simple:
  1. Needs ( Keperluan )
  2. Wants ( Mahu )
  3. Offer ( Tawarkan )
  4. Transaction ( Urus Niaga )
Needs (Keperluan)
  • Berdasarkan apa keperluan semasa yang masyarakat sekeliling mahukan. Merupakan satu perkara asas utama yang di perlukan oleh orang persaorangan mahupun organisasi.
  • Contohnya : Kita menulis blog berdasarkan pengalaman, coretan mahupun apa jua yang terlintas di fikiran. Tahukan anda, sesetangah lapisan masyarakat yang menerjah blog kita mereka memerlukan sesuatu maklumat yang berguna yang mereka boleh ambil.
  • Oleh yang demikian, di sampaing kita berceloteh tentang diri kita, ada insan lain akan menggunakan apa jua bahan yang kita tulis sebagai satu keperluan mereka.
  • OK, saya bagi contoh lagi... bagi sesetengah backpackers akan mencari maklumat yang berguna dari memana blog untuk di ambil sebagai itinerary / jadual dan idea untuk mereka masukkan dalam rangka lawatan. Jika blog kita mempunyai beberapa info seperti, kos pengangkutan, transportation, makanan halal yang kita pergi, gambar-gambar yang cantik. Mereka akan menggunakan nya sebagai satu info. Ulasan terhadap sesuatu kawasan tersebut juga akan mereka ambil kira.
  • So..... sebagai penulis blog, kita juga harus creatif untuk memberi info yang bijak di samping selfie, wefie kita.... 
Wants ( Mahu )
  • Merujuk kepada ikhtiar untuk memenuhi keperluan asas kepada kemahuan diri individu ataupun organisasi. 
  • Sebagai contoh, kita lapar... apa yang kita mahu? sudah tentu nasi sebagai keperluan asas untuk kita makan dan mengisi perut.
  • Saya bagi contoh lagi. Sebagai seorang peniaga online, Kita ada product terbaik di pasaran. Bagaimana kita nak memberikan dan menyalurkan product kita menjadi satu asas keperluan kepada individu atau organisasi di luar sana?
  • Cara nya mudah. Kita dekati individu yang bermasalah kesihatan. Kita tidak boleh terus direct menjual, kita kongsi maklumat apa yang kita ada. Kita kongsi semuanya secara ikhlas. heyyy...bukan bagi free..hehehehe... kita bercerita. Rajin buka mulut lah beb...macam tu lah.
  • Sama juga dengan berblogging, kita nak memberikan dan menyalurkan satu maklumat yang tepat di setiap posting-posting kita. Please beb... bukan caca-marba tu tak bagus buat...itu identiti kita sendiri. Tu yang pembaca di luar mahukan. Ingat balik.... untuk menjadi magnet..kita kena be yourself bukan....? 
  • Contoh lagi... anda seorang suri rumah sepenuh masa dan anda mempunyai blog dan anda bercerita mengenai kehidupan kerjaya anda sebagai suri rumah. Tu kerjaya mulia beb... kenapa perlu di sorok?? cerita detail mengenai apa jua kehidupan kerjaya anda. Masak, basuk baju, jaga anak-anak dan suami.
  • Korang tau.... di samping anda berceloteh tersebut, selitkan info-info berguna dan tips untuk pembaca mahukan sesuatu ilmu yang mereka cari. Besar pahala nya tu... sebab anda telah memberikan "wants" yang pembaca mahukan.

Offer (Tawarkan)
  • Yang ni lebih mendalam bagi peniaga-peniaga seperti saya. offer/tawarkan memberkan makna sebagai satu strategi dan taktik serta taknik yang terbaik yang melibatkan urusniaga.
  • Erti kata lain, ni lah cara bagaimana anda menawarkan apa jua barangan dan servis untuk pelanggan anda, dari segi tektik, teknin dan semuanya.
  • Contoh nya. Anda mempunyai perniagaan kerepak yang sedap Ya Ampunnnn...memang best gila rasanya. Tapi anda tak tahu nak pasarkan. Tak tahu nak menawarkan kepada umum. Dengan itu kerepak anda buat dok tepi dinding je lah kan? 
  • Bagaimana anda nak menawarkan kepada org di luar sana tentang kerepek anda tu? Takkan nak berdiam diri je? 
  • Disini lah peranan "Wants" & "Offer" yang anda kena main ketengahkan.
  • Orang di luar memang nak makan kerepek, so anda kenalah offer bagi tau anda pembuat kerepek super sedap daaaabomm. Bagai mana caranya?
  • Mudah..... kita syer maklumat tentang kerepek keluaran anda. Tak payah sesusah fikir macam nak gila.... anda snap pic anak-anak anda makan kerepek berebut-rebut dengan memek muka yang sesuai.... tarrrraaaaa......snap dan posting ke FB. Tu salah satu cara. Banyak cara sebenarnya. Nanti saya kupas sikit demi sedikit di lain entry.
  • Contoh lagi Anda berblog caca marba macam saya yang penggemar kain pelikat...tapi takde sorang peniaga yang offer/tawarkan dan jual kain pelikat pada saya. Faham ke maksud saya ni? Maksud nya di sini,  Korang suakan pic-pic kain pelikat pada saya...for sure lah saya beli...hahahaha. Dimana letak nya "offer" tersebut? Fikirkan....



Transaction ( Urus Niaga )
  • Semua orang tahu apa tu urus niaga. Maksud sebenar ialah pertukaran barangan ataupun matawang di antara dua individu ataupun organisasi.
  • Contoh juga mudah... anda berblog wakling... u visit i, i visit u... camtu lah kan...
  • Lagi satu contoh, bila kita berniaga secara online khususnya. Bila kita selalu offer...sesekali kita kenalah membeli offer orang lain. Bukan sahaja kita memeriahkan perniagaan kita, malahan kita juga dapat memberikan orang lain income.
Ok, saya dah berceloteh tentang 4 asas idea maketing. Insya Allah jika lapang akan sambung entry khusus untuk peniaga online tentang konsep 4P. Apa tu 4P? Tunggu...................

PZ Dan Marketing Management

Nak niaga online kita kena jadi magnet. Jangan jadi serbuk besi. Main rembat taging iklan kat memana id FB tu tak sesuai beb...

Camna nak jadi magnet...?
★Be your self
★Be Unique
★Be Different
★Be Creative
★Brand your self as "live portable advertising board".

Saya akan kupas sedikit demi sedikit melalui entry yang akan datang mengenai :-
√…Strategi Marketing
√…Management Marketing
√…Advertising
√…Dan lain-lain topik

Teruskan membaca....

Saturday, January 17, 2015

Roti Telur Tandoori Masala

Mencari kelainan rasa dan selera memang susah bagi aku yang memilih untuk makanan masuk ke tekak.
Petang ni mengetest roti telur perasa baru.
Roti telur tandoori masala.
1/2 buku roti ( apa jua jenis roti )
3 biji telur
1 sudu rempah tandoori masala
1 sudu teh garam.


√…Pukul telur hingga kembang.
√…Masukkan garam.
√…Masukkan rempah tadi dan pukul lagi.
√…Celup roti yg di potong tu dan goreng menggunakan api sederhana kecil.
√…Makan dengan kuah kari ayam...tak kisah lah korang nak mkn dgn kuah jenis apa.... dengan sos cili pun dah ok


Selamat Mencuba...




Aku guna rempah tandoori masala yang ini. Ada di jual di kedai borong kurma shah alam.


Friday, January 16, 2015

Krabi - Backpackers Budget

Kuota data internet kena lenjan dek anak-anak masa aku ke Korea.
Habis 100% dari 12Gb.
Cehhhh... sorang pun tak ngaku bila di tanya.
Korang buat apa dengan data internet daddy weii?
Finally terbuka rahsia juga.... melenjan online game dan nengok cerita online rupanya.
Tu pun selepas depa pergi sekolah, check laptop memasing... hahaha

Daddy jadi spy..
Siap lah korang nanti..
(btw aku tak lah sekejam tu... tu upah je jaga nenek mereka masa aku takde di tanah air bulan lepas).

Sibuk pula group whatsApp aku ni skodeng untuk backpackers tahun ni.
Sekejap nak ke krabi lah, ke bromo for sure kami dah batalkan.. kecut telo sekejap sebab flight ke surabaya tu. Tunggu reda dulu baru slow-slow cucuk balik masuk list.

Budget RM500 sampai ke krabi. Caya tak...?
Congakkan kasar :
Tiket bas pergi balik RM100
Hatyai-Krabi RM30
Pakej 4 Pulau RM50
Hotel / Hostel RM150
Ferry Phi phi RM50
Krabi - Hatyai RM30
Makan - budget sendiri lah...

Tu lah secara kasarnya budget kami.


Rindu Zaman Gengzzz Bas Sekolah

Rindu zaman gengzz bas sekolah (GBS). Sesama pi kelas, sesama buat assignment, sesama lunch, sesama kejar register sems baru dan semuanya.

Memang dulu cita-cita sebelun age 40 nak ada PHD... tapi kekangan kewangan aku pendam dulu nak genggam PHD. Insya Allah satu hari nanti akan muncul juga. Cuma dua kemungkinan untuk aku teruskan International Business atau Finance. Tapi memang menyampah finance...hahahaha but tu je kekuatan otak aku berfikir.

Nak meneruskan Ekonomi, macam jakun juga perasaan ni sebab bukan kekuatan aku. Nak score pun 10 kali fikir. Maybe kalau nak sekadar lulus cermerlang dan senang...aku ambik marketing je lah.... tunggu je duit jatuh dari langit... InsyaAllah....

Upload dulu pic  kasi flash back kisah dongeng dulu-dulu.


Tekun Wak Sofan mengajar kami Ekonomi. 

Mamarazzi skodeng aku..chehhh~~~

Sofan, Aku, Mak Liya, Kak Fin, Ira & Ely. Alhamdulillah semua dah graduate.

Ira, Mak Liya, Kak Salina, Aku & Wak masa Convo Dec 2013. Berbaloi belajar selama 3 tahun 8 bulan.

Add on Ija PP Bangi

Bagi aku sebagai bekas pelajar yang mengambil dan belajar secara jarak jauh dan hujung minggu memang kena kuat dari segi mental, fizikal dan moral. Satu sems kami hanya ada 4 kali tutorial face to face berjumpa pensyarah. Selebihnya belajar sendiri dan group whatsapp terlalu banyak membantu kami khusus nya aku untuk buat assignment dan nak exam.

InsyaAllah jika ada permintaan dari pembaca, nak upload contoh-contoh assignment yang aku pernah buat dulu..... 


Wednesday, January 14, 2015

Cekodok Kentang

Sesekali tukar selera pula buat cekodok kentang untuk alas perut muncit ni. Resepi mudah.com gitu.

5 Biji kentang size sederhana - potong dadu size kecil
4-5 Senduk tepung gandum - aku guna brand faiza
Air secukupnya untuk membancuh.
Secubit garam.

√…Campur semua dan gaul sebati.
√…Pastu goreng.
√…Pastu.....makan lah...

Monday, January 12, 2015

30 Minit Siap

Menu untuk di ngappp malam ni.

Ayam Lemon

1/2 kilo daging ayam - tak kisah bahagian mana
2 Biji Lemon - ambil jus nya sahaja
Cili padi - ikut suka banyak mana
Secubit gula
Secubit Garam
Air

√…Reneh kan ayam dalam periuk. Air cuma ngam-ngam paras daging ayam dalam periuk.
√…Campakkan cili dan reneh lagi.
√…Dalam 20-25 minit ayam dah masak, tambah perahan lemon dan bubuh garam dan gula.
√…Off kan api...tarra....boleh di makan dah.

Friday, January 9, 2015

Nasi Goreng Expired

Pagi-pagi dah skodeng peti ais, niat nak clearkan apa-apa yang patut bila my Mak balik kampung. Mak aku ni memang suka simpan benda-benda makanan yang tak habis. Tak kisah ler banyak mana, sesudu pun Mak aku akan simpan. Kalau buang membazir katanya. Aku dengar je lah....

Skodeng peti ais terjumpa dua ketul ayam goreng, dua sudu sambal kerang dan sambal belacan goreng. Otak ligat nak buang ke apa....??? last-last tinggggg.... idea kluar. Masak nasi goreng je lah.. Campur semua...habis cerita...

Resepi Nasi Goreng Expired :
2 ketul ayam goreng - potong lah sesuka hati, janji happy.
2 sudu sambal kerang
1 sudu sambal belacan goreng
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji telur
2-3 biji cili padi
1 sudu sos tiram
Sedikit minyak untuk menumis
sedikit minyak bijan

Camna nak kodek-kodek:
  1. tumiskan bawang besar, bawang merah, naik bau masukkan cili padi, sos tiram, sambal tu semua dan ayam goreng. kodek-kodek agak ok... masukkan nasi. Gaul kasi rata.
  2. Pecahkan telur, gaul lagi sampai masak.
  3. Sebelum angkat, titiskan beberapa titik minyak bijan untuk aroma sedap.
  4. Dah siap.... kerja 20 minit je. Kalau lebih 20 minit...sah-sah ler korang jarang ke dapur.
  5. Selamat mencuba.



Wednesday, January 7, 2015

Tips Penjagaan Kulit Semasa Travel Musim Sejuk

Penjagaan kulit semasa travel selalunya orang tak ambil port sangat. Tapi berlainan semasa travel di musim sejuk dan bersalji. Pada musim sejuk dan bersalji, kesan sunburn pada kulit terutamanya kulit muka memang teramat teruk dan kesan terbakarnya lagi kuat.

Bagi aku, manusia yang memang leceh dan malas tahap gaban pencen nak tempek itu ini pada muka terutamanya, aku ambil langkah keselamatan juga sebab pernah terjadi kulit muka merekah dan berdarah. Tu baru suhu sekitar 7 darjah hingga 15 je. Pengalaman lalu mengajar aku bersedia seawal mungkin. 

Bila skodeng-skodeng suhu di Korea yang boleh mencecah bawah paras beku a.k.a suhu -12 pada waktu tu, paksakan diri je lah. Alhamdulillah bila balik Malaysia, Aku bebas kena sunburn. Ahakzzz.....

Tips Penjagaan Kulit Semasa Travel Musim Sejuk:

  1. Beli sunblock yang ber SPF tinggi. Aku beli yang ber SPF 130 di farmasi setelah doktor sarankan.
  2. Beli lips gloss yang bersesuaian untuk bibir bagi mengelakkan bibir kering dan terdedah dengan suhu melampau.
  3. Minum air suam sebanyak yang mungkin.
  4. Pengambilan vitamin yang sesuai. Aku amalkan penganbilan vitamin C dan vitamin E.
  5. Vita C - ambil 3 biji sehari sudah memadai sebab vita c shaklee ni sustained released. Akan dirembes mengikut keperluan vitamin c dalam badan.
  6. Vita E -  ambil 2 biji vita E seawal pagi sebelum keluar dari hotel/hostel/tempat penginapan.
  7. Cuci muka menggunakan pencuci muka biasa yang kita guna.
  8. Mandi menggunakan shampoo mandi yang bersesuaian. 

Terlalu mudah sangat dan simple je. Tapi yang simple tu lah paling sukar nak buat. Alhamdulillah dengan pengambilan 4 barang ni, kulit muka dan seluruh kulit pada diri kita terjaga rapi.



Vita Lea for Children

VITAMIN YANG PASTI KANAK-KANAK MENGGEMARINYA

Dipenuhi dengan khasiat kebaikan, Vita-Lea® for Children Chewable Shaklee disediakan dalam bentuk mudah untuk kanak-kanak menikmatinya. Ia dilengkapi dengan 19 nutrien penting serta menyediakan 100% nilai harian vitamin C. Kini diperkaya dengan vitamin D-600IU bagi setiap hidangan, dengan 150% nilai harian!

Turut diperkaya dengan kalsium dan magnesium bagi memberi sokongan menguatkan tulang serta badan yang sihat. Ditambah dengan khasiat buah oren, anggur dan campuran perisa beri, Vita-Lea® bagi kanak-kanak pasti menyeronokkan. Hanya dua tablet sehari dan mereka bermain sepuasnya!

Fakta ringkas Vita-Lea® for Children Chewable Shaklee:
√…Mengandungi 19 nutrien penting untuk perkembangan sihat kanak-kanak.
√…Menyediakan 150% nilai harian vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi.
√…Memberi 100% nilai harian vitamin C.
√…Vitamin B yang menyokong fungsi sebenar proses badan manusia.
√…Berasaskan phytonutrien semulajadi.
√…Manisan semulajadi dengan Xylitol, tidak menggalakkan kaviti.
√…Kaya dengan sumber nutrien antioksidan.
√…Diperkaya dengan buah oren, anggur dan campuran perisa beri.








Monday, January 5, 2015

Bubur Nasi dan Kimchi

Bubur Nasi

1 Cawan Beras Rebus ( Tanpa Kanji )
4 Cawan Stok Ayam
1 Cawan Air
3 Inci Halia - Hiris Halus
2 Ulas Bawang Besar - dicincang halus
5 Ulas Bawang Putih - diketuk
5 Kuntum buah pelaga
Broccoli - dipotong kecil-kecil
Segenggam kacang tanah
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit garam dan gula

* masukkan semua sekali dan reneh dalam sejam menggunakan api kecil.
* kacau bila perlu dan elakkan dari bubur nasi berkerak.

√… Makan bersama kimchi dan telur masin.

Saturday, January 3, 2015

Yukaney & Tteokbokki



Tengah Masak Yukaney depan mata kami.... 

Total Loss - Backpack Korea

Total Loss
  • Flight Air Asia Ke Busan jam 8.30 pagi ( RM 1,100.00 returned)
  • Add On luggage dan insurance = (RM 161.00)
  • Busan - Jeju (RM 153.00)
  • Jeju – Seoul (RM100.00)
  • T-Money -  KRW 40,000 ( RM 120.00)
  • Yeha Guest House (RM 272.00)
  • By Teksi round-round Pulau Jeju KRW 43,333.33 seorang (RM130.00)
  • Seongeup Folk Village
  • Seopjikoji
  • Seongsan Illchulbong Peak - KRW 2,000 (RM 6.00)
  • Manjanggul Cave - KRW 2,000 (RM 6.00)
  • Sangumburi Crater - KRW 6,000 (RM 18.00)
  • Mysterious Road 
  • Loveland - KRW9,000 (RM 27.00)
  • Jusangjeoli Cliff - KRW 2,000 (RM 6.00)
  • Cheonjeyeon Waterfall - KRW 2,500 (RM 7.50)
  • Teddy Bear Museum - KRW 8,000 (RM 24.00)
  • Hello Kitty Museum - KRW 12,000 (RM36.00)
  • Check-in Seoul Hostel Centre - KRW 100,000 (RM300.00)
  • Shuttle bas nami - KRW 5000 (RM15.00)
  • Nami - KRW8000 (RM 24.00)
  • Garden morning calm -KRW8000 (RM 24.00)
  • Everland - KRW 32,000 (RM 96.00)
  • Cable car Namsan - KRW 8,000 (RM24.00)
  • Changdeokgung Palace - KRW 3,000 (RM9.00) untuk sekitar Istana je dan KRW 5000 (RM15.00) untuk scret garden.
  • Mr Egg Hostel Nampo - KRW 26,666.67 (RM81.00) seorang
  • Teksi +- RM 50.00
Total Loss = RM2,759.00 + RM 500 duit belanja termasuk makan dan shopping sikit.


Friday, January 2, 2015

Backpackers - Korea - Day 11


21 December 2014

Planing :

  • Check-Out Hostel
  • 44 Steps
  • Yongdusan Park (KRW 4,000.00)
  • Gukje Market
  • Gwangboro Market
  • Gimhae Airport - Balik Malaysia (KRW 3,000.00)

Actual:

Perabih kan duit sikit beli ole-ole kat dalam subway je hari ni. Takde nak kemana-mana walaupun plan asal banyak nak pi. Kaki dah out tak larat. Sebelum meninggalkan Mr Eggs snap-snap pic sikit..






Naik teksi ke airport dalam KRW10000 satu teksi.... jimat sikit nak angkat beg.... 

Backpackers - Korea - Day 10


20 December 2014

Planning :

  • Busan Nampodong - Jungang Station Exit 5 (KRW 1,000.00)
  • Mr Egg Hostel Nampo (KRW 26,666.67)
  • Taejongdae (KRW 1,000.00)
  • Gamcheon Village (KRW 1,000.00)
  • Makan Malam - Jagalchi Market (KRW 10,000.00)
  • Biff Square
  • Gwanggali Bridge - Nite View 

Actual :

Naik train jam 10.15 malam dari seoul ke busan. Ambik dari seoul Station KRW 28,600. Dalam train panas...buka semua jaket, dah ler siap pakai thermal... macam dalam sauna jadinya. Hilang lah lemak barang 500 gram. Sampai Busan Jam 4 pagi. Cuaca alhamdulillah tak sesejuk Seoul. Tunggu siang sedikit dalam jam 5.30 pagi ambik teksi ke Hostel.

Kali ni memang blur-blur ya amat pemandu teksi tu.... stress juga sebab kami dah bagi alamat, dah bagi maps, tapi kurang faham... pusing2 ronda dia kemana entah, sib baik aku ni memang reti baca maps...tu kelebihan aku ada...hahahahahaha.... dah lah hujan, pemandu teksi tu bleh pula main u turn je...sedangkan hostel tu di antara exit 5 dan exit 7 subway di Busan. Apa lagi jerit je lah suruh stop situ tepi jalan. Dia stop kan teksi, buka bonek, campakkan beg kami je tepi jalan...hazab kau...dah lah hujan gerimis... time tu memang aku nak je terajang dreba teksi tu... sib baik fikir dekat negara orang.

Hangkut beg bawak berteduh, baca maps.... finally jumpa juga Hostel Mr Egg tu.. Seawal pagi sampai. Sib baik Kath dah email mereka dan dapat pasword pintu masuk. Perghhhh lega... dah le time tu memang time ke jamban. Nazak juga menahan...hahahaha...

Ramai org2 Malaysia menginab di situ...terasa meriah nya macam di negara sendiri. Tak sombong. Jumpa family dari sabah. Sembang-sembang apa yg patut meramas mesra.

Kaunter buka dalam jam 9.30 pagi. Bayar duit penginapan, simpan beg...dan...jalan....
Planning nak ke Taejongdae. Naik bas je.. Naik bas number 101. Stesen bas kat Busan ni pelik sikit, cuma petak atas jalan raya bertulis "Bus Stop" je. jenuh juga tercangak-cangak cari pondok bas. Hahahaha...sib baik mulut ramah tanya orang.

Balik dari Taejongdae ingat nak ke Gamcheon Village, tapi cancelled. Hahahaha...pic kat Taejongdae pun aku tak ada dalam hp sebab guna HP syuq dan Kath. Lupa nak berselfie.

Naik bas balik ke station memula kami naik bas, as usual lah aku lelap dalam bas....tetiba kath jerit...dah sampai.... kusss semangat, sib baik nyawa aku panjang. Hahahaha.... sejuk dekat luar, merayap dalam subway, banyak kedai-kedai jika nak shopping. Ambik keputusan kami ke Jagalchi Market....Lapar... mana tak nya, semalam je makan nasi. Pagi tadi cuma makan oat dan milo je dan sekeping roti sapu mentega.





Memang syurga kalau nak shopping, tapi pepaham je lah...mahal. Rembat juga setokin 2 helai sebab aku dah takde stokin yang kering nak di pakai. Sepasang stokin KRW1000. Masuk Pasar Jagalchi, naik tingkat 2...apa lagi...melantak.... amekkawww kena sorang RM60 gitu makan satu set..tapi puas hati lah.....







Jejari Sotong Kurita Kering




Masih Hidup



Giant Crab

Besar Gedabak Sotong Ni

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...