Showing posts with label i-Taip. Show all posts
Showing posts with label i-Taip. Show all posts

Wednesday, September 28, 2016

Test

Lama tak update.
Try test cuba.. Kalau nampak posting ni kabo ya.

Wednesday, August 26, 2015

Rebung Buluh Segar

Baru ku tahu senang je untuk bersihkan rebung buluh untuk buat sayur.


Kupas seliat je ikut kelopak buluh tu. Lepas tu buang kulit yang keras dan kulit luarnya.
Hiris ikut ketebalan yang kita nak untuk buat sayur.
Rendam seketika dalam air garam untuk mengelakkan rebung bertukar warna.




Boleh masak tumis gitu je. Kalau asyik masak lemak pun bosan juga kan?

Saturday, May 9, 2015

Sambal Tempe Goreng

Memenuhi tempahan pelanggan.
Sambal Tempe Goreng.
300 grm sebalang
RM8.00

PZ Cookiez Trading
0182505230

Thursday, April 30, 2015

Ni lah Office Aku





Ni lah workstation aku yang sekangkang cucu kera. Jenuh kemas baru snap pic. ahakzz..
Harap-harap kemas bertahan sampai bebila. 50% sampah sarap dah kena buang. Perangai aku serupa dgn my mak. Suka ngumpul apa je yang ada. Sampaikan slip kluar duit tahun lepas pun aku masih simpan. Anak Omak...camni lah... 

Port Kerja Bakar Membakar Segala Biskut. 
Ni plak... 3 biji oven yang jadi pengemudi bakar membakar biskut PZ Cookiez Trading. Tahun ni dah masuk tahun ke 6 beroperasi. Sedikit demi sedikit mendaki. InsyaAllah one day nak buka juga kedai atau kilang biskut dan makanan. Doakan lah yer...

Sunday, April 26, 2015

Nasi Goreng Nenas Campak-Campak

3-4 Mangkuk Nasi ( 3-4 org makan )
1 Ulas Bawang Merah Besar
3 Ulas Bawang Putih
10 Keping Tauhu Kering - potong suka suki
1 Mangkuk Nenas Cincang
1 Mangkuk Lobak Merah Hiris Halus
1 Sudu Besar Cili Giling
1 Sudu Besar Sambal Belacan Moden ADABI
2 Sudu Besar Planta - untuk menumis
Sedikit Garam & Gula

√…Tumiskan cilu,bawang, sambal belacan sampai naik bau.
√…Garam dan gula sebagai perisa tulen bang...tulenn...
√…Campakkan nenas, lobak dan tauhu gaul rata.
√…Masukkan nasi dan kodek sampai masak.

Tu je... Sempoi...

Friday, April 17, 2015

Tiada Tajuk

Omelan kosong tak berpenghuni...

Thursday, April 16, 2015

Mencari Konklusi

Alpa

Mencari Noktah

Monday, March 30, 2015

Tips Sihat Berniaga

Tips SIHAT berniaga :

Jika selama ini margin keuntungan anda sebanyak 20%. Apabila barangan anda telah ditetapkan dan termasuk dalam senarai barangan yang di kenakan #GST.

Anda mempunyai dua pilihan:

Pertama, mengekalkan harga lama barangan tersebut, akan tetapi margin keuntungan anda menjadi 14% sahaja setelah ditolakkan dengan 6% GST.

Kedua, menaikkan harga barangan sebanyak 6% dan mengekalkan margin keuntungan anda sebanyak 20%.

Jika anda seorang peniaga bijak, semestinya anda akan membuat pilihan pertama. Biar kekal harga lama tapi kurangkan margin keuntungan anda.

Jika anda seorang peniaga yang mementingkan wang ringgit sebagai sandaran, anda memilih untuk pilihan ke dua. Implikasi perniagaan anda akan merosot dari segi bilangan pengguna yang datang membeli barangan yang anda jual.

Nota Kaki :
√…Jadilah seorang peniaga yang bijak.
√…Anda tidak boleh pergi Haji balik hari pun jika anda membebankan pengguna.

Jangan Jadi Kera

Sebagai seorang peniaga, kita WAJIB menerangkan dengan jelas jika barangan yang kita jual dikenakan #GST atau tidak.

Jangan terus melompat macam seekor kera yang panik. Penerangan yang tepat dan padat akan membantu pelangan-pelangan kita memahaminya. Sekaligus kita mendidik pelanggan-pelanggan kita menjadi penguna yang bijak.

"Jadilah pengguna bijak bukan pengguna kena pijak"

Nota Kaki :
√…Guna akal untuk memilih
√…Baca sepenuhnya dengan teliti
√…Kedai ONLINE saya dibuka 24 jam sehari

Barangan Shaklee Tak Dikenakan GST

Shaklee TIDAK mengenakan #GST kepada pembeli.
Cuma kami sebagai dealer SAHAJA yang WAJIB membayar GST tersebut.

Jika anda membeli apa jua barangan atau vitamin shaklee dengan harga retail ( harga jual ) yg telah ditetapkan oleh pihak shaklee, harga tersebut tiada perubahan walaupun satu sen.

Sebagai contoh :
Jika anda membeli ESP tahun lepas dengan harga retail RM 150 setong. Selepas GST, harga retail ESP tersebut masih lagi RM 150 setong.

Cuma margin keuntungan runcit para dealer sahaja akan susut sebanyak 6% sahaja.

Harap Maklum. Semoga anda faham atas penerangan di atas.

Nota Kaki :
√…Tak perlu nak skodeng harga tanya sana dan sini.
√…Jadilah #pengguna #bijak dengan join membership.

PZ
0182505230

Saturday, March 28, 2015

Duplicate & Positive Thinking



Saya Sedang Mencari Business Partner / Anak Didik yang :
√…Sedang Mencari Business
√…Ada banyak hutang yang nak dilangsaikan
√…Senang dengar kata
√…Senang di ajar dan senang di lentur
√…Yang serius untuk mengubah kehidupan
√…Gigih berusaha walaupun kaki sebelah dah dalam mulut buaya
√…Berdikari
√…Tidak banyak alasan
√…Sanggup berusaha
Nota Kaki :
√…Yang kaya duduk dendiam, kalau nak tambah kaya dialu-alukan.
√…Sleeping partner saya tak mahu.
WhatsApp / WeChat / SMS / Call :
PZ
+60182505230

Thursday, March 26, 2015

Berdakwah Dalam Masakan ?

Mesti kita rasa pelik bila terbaca tajuk di atas.
Ok, saya nak cerita sedikit bagaimana kita boleh berdakwah dalam masakan.

Secara ringkasnya :
√…Niat yang jujur
√…Sumber bahan makanan yang halal
√…Amalkan doa-doa tertentu
√…Berwuduklah sebelum memulakan aktiviti memasak
√…Sambil mengacau makanan yang di masak, berzikirlah sedikit
√…Sentiasa jaga kebersihan
√…Masaklah dengan hati yang ikhlas

Mudah bukan?

Untuk siapa kita berdakwah?
√…Diri sendiri, dakwah untuk hati kita
√…Keluarga
√…Kepada semua yang makan masakan kita

Selamat mencuba...

Tuesday, March 17, 2015

GST Membebankan...???

Dari kacamata aku tentang GST.
G -Gerak
S -Strategi
T -Terkini / Terbaru

Bagaimana nak tune-in kan GST supaya dapat di guna pakai untuk kita para peniaga online khususnya?

Gerak
√…Gerakkan minda anda keluar dari kebiasaan.
√…Gerakkan minda ke arah positif.
√…Gerakkan idea-idea anda untuk lebih maju kehadapan.
√…Gerakkan minda mencari alternatif yang lain dari kebiasaan.

Strategi
√…Rangka strategi berasaskan apa pengguna nak.
√…Bina strategi yang bersesuain dengan keadaan semasa.
√…Strategi kena seiring dengan perancangan.
√…Tetapkan beberapa strategi yang sesuai.

Terkini / Terbaru
√…Apa product terbaru anda.
√…Apa idea terbaru anda.
√…Idea terkini yang berlainan sama sekali dengan pesaing anda.
√…Cara pemasaran terbaru.
√…Be Creative, Be Unique, Be Different & Be Yourself

Wednesday, March 4, 2015

Sengal Otak

A : Awak, awak dimana?
B : Malu nak jawablah awak.
A : Awak di mana? (Nada keras sedikit)
B : Saya di kedai kopi, liwat kuat-kuat.
A : apaaaaa.??? (Hempas telefon)

Krikk...krikkk...krikkk

Thursday, February 26, 2015

Delegasi Business Online

Assalamualaikum.
Lama tak update blog. Bukan menyepi, cuma tidak berkesempatanuntuk mengadap laptop sejak dua menjak ni. Meneruskan degasi yang tertunggak. Perlu Bangun terbang tinggi setinggi angan-angan dan impian. InsyaAllah.

Aku akan cuba kupas sikit-sikit mengenai beberapa topik yang pernah bersenggama dalam rutin harian aku.

Antaranya :

  1. Shaklee dan Leukemia dengan tepat lagi berkaitan bagaimana kanser darah yang berpunca daripada kegagalan fungsi kilang darah untuk produce darah dalam badan. Apa vitamin yang sesuai dan keberkesanannya.
  2. Bagaimana untuk berniaga online tanpa ragu dan cabarannya.
  3. Meneruskan perkongsian marketing plan.
  4. Syering penggunaan servis provider internet yang laju untuk peniaga online.
  5. Kisah aku dan sesuatu...ehhh...

Jujur aku katakan, berniaga online ini sebenarnya dari pengertian dan matlamat aku, untuk membantu kengkawan dan masyarakat sekeliling menikmati dan upgrade kehidupan mereka. Tu je... Full Stop.

Pernah seketika sorang kawan baik aku bertanya... 

Dia : eh...pz, ngkau niaga jarang aku nengok ambik untung kaw2 dan ketuk gila2".
Aku : ....cuma mampu jawab...biarlah beb...janji ikhlas membantu orang dah ler. 
Dia : Biar betol kau ni..?
Aku : Beb, aku kekadang cuma minta customer tambah duit pos, tol dan parking je di samping bayar harga kos barang tu. 
Dia : Camna ko nak untung kalau camtu?
Aku : Beb..kalau shaklee, kami di berikan bonus tetap setiap bulan berdasarkan sales yang di buat. Kalau bizz biskut aku tu, janji bleh mereka makan dengan rasa nikmat gembira sedap, ok je lah, alaaa...selebihnya aku jarang fikir pasal tu, biarlah Allah yang tentukan rezeki aku. JanjiNYA tu kan pasti. Jangan merungut, jangan fikir bebukan.
Dia : Erkkk...tak tau nak kata apa dengan ko beb...

Bagi aku, perkara utamanya "bersyukur" pada apa yang ada, tak perlu nak ada hasad dengki khianat dan iri hati. Rezeki tu semua dariNYA. 


Wednesday, February 25, 2015

Testimoni Pengambilan Vitamin Untuk Menambahkan Air Mani

Testimoni "live" hangat melalui komen di FB.
Pengambilan vitamin :
√…Zinc Complex
√…B Complex
√…GLA Complex
√…Vita E
Terkedu aku sekejap.
Terima Kasih Sebab sudi syer.

Tuesday, February 17, 2015

Tidur lah...

Tiada lagi kawan gaduh,
tiada lagi kawan ting-tong,
tiada lagi pengkritik masakan aku,
tiada lagi kawan travel,
tiada lagi kawan mengumpat,
tiada lagi gelak ketawa...

Allah lebih sayang kan mu nak...
Pergilah...
Pergi yang tak akan kembali
Kami ikhlas dan redha atas
KetentuanNya....

Semoga roh mu berada di kalangan insan2 khamil, anbia dan solihin...
14022015
Al-Fatihah

Friday, February 13, 2015

Doa Dhuha

Ya Allah...
Sesungguhnya waktu Dhuha itu Dhuha-Mu,
kecantikan, kecantikan-Mu,
keindahan, keindahan-Mu,
kekuatan, kekuatan-Mu,
kekuasaan, kekuasaan-Mu,
perlindungan, perlindungan-Mu.

Ya Allah...
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah,
jika  di bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah,
jika jauh, dekatkanlah.

Berkat waktu Dhuha,
kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu.
Limpahkan kepadaku
segala yang Engkau telah limpahkan
kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...