Monday, March 30, 2015

Tips Sihat Berniaga

Tips SIHAT berniaga :

Jika selama ini margin keuntungan anda sebanyak 20%. Apabila barangan anda telah ditetapkan dan termasuk dalam senarai barangan yang di kenakan #GST.

Anda mempunyai dua pilihan:

Pertama, mengekalkan harga lama barangan tersebut, akan tetapi margin keuntungan anda menjadi 14% sahaja setelah ditolakkan dengan 6% GST.

Kedua, menaikkan harga barangan sebanyak 6% dan mengekalkan margin keuntungan anda sebanyak 20%.

Jika anda seorang peniaga bijak, semestinya anda akan membuat pilihan pertama. Biar kekal harga lama tapi kurangkan margin keuntungan anda.

Jika anda seorang peniaga yang mementingkan wang ringgit sebagai sandaran, anda memilih untuk pilihan ke dua. Implikasi perniagaan anda akan merosot dari segi bilangan pengguna yang datang membeli barangan yang anda jual.

Nota Kaki :
√…Jadilah seorang peniaga yang bijak.
√…Anda tidak boleh pergi Haji balik hari pun jika anda membebankan pengguna.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...