Kesinambungan Entry Terhadap Kesihatan Lelaki.
Apabila sudah berumahtangga sekian lama tetapi masih belum
lagi memiliki zuriat, masalah kesuburan sering dituding kepada kaum hawa.
Apapun usaha perlu dilakukan dengan kerjasama kedua-dua pihak
iaitu suami dan isteri sama-sama menjalani pemeriksaan dan rawatan bagi
menentukan tahap kesuburan.
Masalah ketidaksuburan bukan hanya berpunca daripada wanita
sebaliknya turut dialami lelaki dalam peratusan yang sama banyak atau gabungan
daripada kedua-duanya. Kira-kira 30 peratus faktor ketidaksuburan berpunca
daripada wanita dan 30 peratus daripada lelaki.
Sebanyak 10 peratus masalah ketidaksuburan berpunca daripada
kombinasi kedua-duanya manakala 25 peratus disebabkan punca yang tidak
diketahui dan lima peratus disebabkan faktor lain.
Pakar Perunding Urologi Pusat Perubatan Tropicana Dr Muhilan
Parameswaran berkata, masalah kesuburan lelaki boleh dibahagikan kepada tiga
punca iaitu hormon, sperma dan alat sulit.
Menurutnya, sperma yang sihat akan meningkatkan kesuburan
tetapi setiap lelaki harus mengetahui bagaimana faktor gaya hidup boleh
mempengaruhi kualiti sperma. Mereka juga patut tahu apa yang harus dilakukan
untuk meningkatkan kesuburan serta faktor yang boleh memberi kesan pada hormon
testosteron di sperma.
Faktor penyebab:
- Pra testikular - gangguan hormon menyebabkan testis (buah zakar) yang walaupun normal tetapi tidak terangsang atau mengalami masalah untuk menghasilkan sperma.
- Testikular - kerosakan sel menyebabkan testis tidak dapat menghasilkan sperma yang sihat.
- Post testikular - penghasilan sperma normal tetapi gagal ejakulasi.
Rawatan pembedahan dan perubatan:
Kedua-dua masalah pra testikular dan post testikul ar perlu
dikenal pasti sebab, ubatan atau pembedahan bagi membetulkan bahagian yang
tidak normal.
Masalah yang berpunca daripada testis dan mengapa ia
menentukan kesihatan sperma?
Kuantiti - mengandungi lebih 15 juta sperma per mililiter
Kualiti - sperma yang normal mempunyai bentuk kepala oval
dan ekor panjang. Memiliki lebih banyak sperma dengan bentuk normal dan
berstruktur, lebih besar kemungkinan seseorang itu subur
Pergerakan - untuk mencapai dan menembusi telur, sperma
mesti bergerak, berenang menerusi servik (leher rahim) wanita, uterus (rahim)
dan tiub fallopio. Ini dikenali sebagai mortaliti. Anda mungkin paling subur
jika lebih 40 peratus daripada sperma anda sedang bergerak.
Cara yang bagus untuk menghasilkan sperma sihat:
- Amalkan seks yang sihat - ini bagi mengelakkan jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia (disebabkan serangan sejenis bakteria) dan gonorea (kencing nanah).
- Makanan diet sihat. Pilih buah dan sayuran kerana ia kaya antioksidan.
- Kekalkan berat badan yang seimbang. Kebanyakan kajian mencadangkan obesiti memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, mengurangkan bilangan sperma dan pergerakan sperma.
- Uruskan tekanan dan dapatkan tidur mencukupi. Perkara itu boleh mengurangkan fungsi seksual dan terganggu dengan hormon diperlukan untuk menghasilkan sperma.
- Banyakkan pergerakan termasuk aktiviti fizikal dalam rutin setiap hari.
- Pakai seluar dalam longgar.
Makanan berkhasiat diperlukan dalam diet anda:
- Zink - tahap zink meningkatkan kesuburan lelaki dengan ditunjukkan melalui peningkatan tahap sperma, memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma lelaki dan mengurangkan ketidaksuburan.
- Sumber makanan - hati lembu, tiram, daging, biri-biri, daging rusa, bijan, biji labu, dadih, ayam Belanda, kacang hijau dan udang. Zink boleh rosak jika dimasak dan beberapa jenis makanan yang tinggi kandungan zink lebih baik dimakan mentah, misalnya daripada tumbuhan.
- Selenium - diperlukan untuk menghasilkan sperma. Kajian menunjukkan lelaki yang kurang kandungan sperma juga didapati mempunyai kandungan selenium yang rendah.
- Sumber makanan : hati, ikan jenahak, ikan kod, ikan halibut, tuna, salmon, sardin, udang, cendawan butang dan ayam Belanda.
- CoQ10 - meningkatkan mortaliti sperma dalam air mani. Ia juga antioksidan penting yang membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ia mungkin memberi kesan lebih baik kepada kesihatan telur.
- Sumber makanan : ditemui dalam makanan laut dan organ lembu. Jumlahnya menurun dalam haiwan yang sudah tua.
Makanan semula jadi lebih baik daripada pil:
Vitamin E meningkatkan kesihatan dan mortaliti sperma
lelaki. Kajian menunjukkan kekurangan Vitamin E menyebabkan ketidaksuburan pada
tikus.
Sumber makanan mengandungi Vitamin E ialah biji bunga
matahari, almond, buah zaitun, bayam, betik dan sayuran berwarna hijau gelap.
Lelaki yang tahap asid folik rendah meningkatkan risiko bagi
sperma mengandungi terlalu sedikit atau banyak kromosom.
Sumber makanan: hati, kekacang, kacang pinto, asparagus,
bayam dan kacang merah besar.
Makanan semula daripada sumber laut adalah `rakan.'
B12 - dapat meningkatkan jumlah sperma
Sumber makanan: jenis kerang, tiram, kupang, hati, telur
ikan, ikan, ketam, udang kara, daging, biri-biri dan keju.
Vitamin C - Dapat mempertingkatkan kualiti sperma dan
melindungi Deoxyribonucleic acid (DNA) daripada rosak. Ia juga mengelakkan
sperma daripada berkelompok, menjadikan ia lebih bergerak.
Sumber makanan: Banyak terdapat dalam tumbuhan dan buah
termasuk cili merah, brokoli, kranberi, kubis, kentang, tomato dan buahan
sitrus.
L-Carnite - Makanan yang diperlukan untuk sel sperma
berfungsi normal.
Sperma boleh menjadi lebih terdedah kepada faktor alam
sekitar seperti pendedahan panas berlebihan atau bahan kimia bertoksik. Untuk
memelihara kesuburan, elakkan memakai seluar dalam ketat atau seluar pendek
olahraga. Sekiranya anda penunggang basikal atau duduk dalam jangka masa yang
lama, ubah kedudukan seperti berdiri seketika. Jangan letakkan komputer riba di
paha anda. Elakkan mandi dalam tab panas, sauna dan mandian wap. Selain itu,
hindari merokok.
Ubatan tertentu seperti anti kemurungan atau anti androgen
boleh menyumbang masalah kesuburan. Steroid anabolik juga boleh memberi kesan
yang sama. Ubat kemoterapi dan rawatan radiasi untuk kanser boleh menyebabkan
ketidaksuburan kekal.
Pendedahan pada toksik seperti racun serangga dan
pengambilan minuman keras boleh menjejaskan kualiti dan kuantiti sperma. Dadah,
misalnya marijuana dan tembakau boleh mengurangkan pergerakan sperma dan
menyebabkan sperma hilang bentuk. Kokain dan heroin juga menjejaskan kesihatan
sperma.
Cegah stres berlebihan dan lakukan senaman. Stres kadangkala
punca pada sesetengah masalah ketidaksuburan seperti masalah hormon. Kekalkan
berat badan seimbang, tidak terlalu kurang dan terlalu berlebihan kerana ia
mempengaruhi tahap estrogen dan testosteron.
Pergerakan sperma dan jumlah sperma yang sihat mungkin
menurun selepas umur 50 tahun, sekali gus mempengaruhi kesuburan lelaki.
Sesetengah kajian mencadangkan wanita boleh dihamilkan oleh lelaki berusia
dengan risiko yang lebih tinggi sedikit untuk keguguran. benih daripada seorang
bapa yang meningkat usianya juga boleh meningkatkan risiko lebih tinggi untuk
mendapat anak autisme dan schizophrenia.
No comments:
Post a Comment