Thursday, December 25, 2014

Backpackers - Korea - Day 9


19 December 2014

Planning :

  • Gyeongbokgung Palace (KRW 3,000.00)
  • Deosoksugung Palace (KRW 1,000.00)
  • Bukchon Hanok Village
  • Gwanghamun Gate
  • Cheogyecheon Stream
  • Insadong Market
  • City Hall Ice Skating (KRW 1,000.00)
  • Seoul Station - Balik Busan Naik Keretapi (KRW 27,000.00)

Actual :

Hari ni kami meneruskan perjalanan nak melihat Namsan Tower dan sekitarnya. Heyyyyy bila di fikirkan balik...kat Malaysia..tak plak aku tergamak nak naik menara KL sedangkan dulu aku kerja di MUI Plaza tu cuma jalan kaki je ke Menara KL... kat negara orang nak plak naik tower-tower ni.... hahahahaha.....

Dari Jongak Station, naik subway ke Jongo 3 (sam)-ga, tukar train ambik ke Myeodong Station exit 4 lepas tu jalan terus menaiki bukit jumpa simpang empat, jalan terus lagi sampai nampak tangga cable car nak naik Namsan. Banyak Guest House belah kiri sepanjang naik bukit ke cable car station tu. Ramai orang-orang begpek Malaysia menginap di situ... Memang hazab lah juga nak daki bukit...boleh tonggek macam Ziana Zain nanti kalau balik Malaysia. Aku cakap hazab sebab memang daya tahan fizikal aku mulai susut sebab banyak sangat berjalan dan daki sana sini. Lebih-lebih lagi tenaga dah aku perah semasa daki Illchubong Peak dan Mount Halla kat Jeju.

Naik Cable car tu KRW 8,000 seorang returned. Perghhhh....penuh sesak sumbat dek orang korea ni masa dalam cable car. Takut gak kalau jatuh....mati luar iman beb.....

SnowCap ni je yang tahan sejuk, yang lain hampehh...tapi telinga asyik terkeluar je. hantam je lah... Ada sekali dua aku lilit mafla tu macam shawl...hahahaha...berhijab terus...









Syuq pakai jaket baru beli di Ehwa University malam semalam. Sekali imbas dari belakang macam ahjumma...Jangan mareee beb....but aku jeles jaket tu takde size besar sebab jaket tu memang super penebat haba.






Keluar dari sini kami pi makan kat restoran sekitar Myeodong. Aku membontoti je kath dan syuq je nak makan apa... nama makanan pun lupa. Apa dahhhh beku sedikit ingatan aku... tapi makanan situ memang sedap. Jeruk lobak putih nya kecur nafsu.... kimchinya pun...susah mau cerita....


Yang warna kuning tu lah jeruk lobak putih. Kena makan juga untuk hilangkan rasa mual makanan.

Bahan asas macam nasi goreng de masak depan kami. Pic yang dah siap lupa nak snap sebab belasah lapar. Kalau ada pic pada hp syuq dan kath, aku update pada entry lain.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...