Saturday, November 29, 2014

Train Siberia BackPackers

Aku dan Beg


Aku memang ada feel dan jiwa pada travel bagpack ni. Tak tau lah dari mana, maybe since aku kerja di Perwaja Steel dulu agaknya. Walaupun dulu aktif dengan hiking dan ourdoor aktiviti, budget pun ciput je sebab gaji tahun 90an lah katakan... basic pay pun baru 700-1000 je sebulan.

Dari tu lah jiwa aku terjatuh cinta dengan travel begpack ni. Dulu selalu guna beg 50L je... masa tu badan masih solid. Now terpaksa lah guna beg 75L+15L. Ok lah muat untuk seminggu dua merayap.

Camna aku planning selalunya:
  1. Tentukan destinasi nak pergi. Selalunya ad-hoc pun ada atau terpacul dari buah mulut gengzzz aku. Contohnya...tahun ni aku dah plan cakap mulut je planning untuk tahun depan 2015.
  2. Guna enjin carian google sepenuhnya. Skodeng blog-blog orang, google maps, google image dan paling penting google air tiket.... hahahaha sebab dlm phone aku memang dah install MAS, AirAsia dan few more nya mobile booking application.
  3. Contoh untuk mencari dan menggunakan Encik google aku selalu menaip "destinasi" yang aku nak tuju. 
  4. Gunakan kemampuan Encik google sepenuhnya.Contoh nya "bromo attraction / thing to do" so Encik google ni baik hati akan keluar bermacam carian seperti TripAdvisor, Wikitravel dan pelbagai blog atau travelog. Baca dan ambil input nya. Pastu skodeng lah gambar-gambar melalui google image tu. 
  5. Harga pengangkutan di tempat destinasi yang hendak kita tuju. 
  6. Harga hostel / hotel di destinasi hendak kita tuju. Wajib buat ni sebab sesetengah hostel, booking melalui agoda, booking.com agak mahal. Lagi murah terus direct skodeng website mereka sendiri. TAPI kenalah tahu destinasi nak di tuju. Kawasan mana? dekat ke dengan public transport? Halal food? and so on... beb...google je semua boleh dapat.
  7. Atau kekadang tu tanya group Backpackers Buddies Malaysia (BBM) dalam fb aku. But aku dan geng aku tak ler camtu, kami bahagikan tugas selalunya.... paling sodeh...selalu kena part isi perut...mean....part makanan ler apa lagi.
  8. Skodeng cuaca di tempat destinasi tu. Bagi mengetahui dan merancang perjalanan di sana nanti.
  9. Currency, tu kena tau juga berapa rate nya.



Meh sini nengok apa hajat terbesar dalam sejarah aku ber begpack..... jeng jeng jeng........



Train Siberia..... Beijing ke Moscow ni lah impian aku. Dan aku pernah upload gambar tambang keretapi yang menghubungkan Beijing - Moscow di instagram aku. Teruja beb nak naik train ni yang makan masa +- dua minggu.







Siberia train ni akan bermula dari Beijing-Mongolia-Moscow.
Make sure kena apply Visa Mongolia dan Russia. 

Skodeng ni pula pemandangan dari train sideria ni. Teruja beb..... ( aku ler...korang aku tak tau...)










Ni lah hajat di hati yang selama ni aku pendam dalam jiwa raga.... 
dan dah masuk dalam wish list Shaklee Efect aku.
Somoga hajat tercapai....... Amin Ya Robbal Alamin.

3 comments:

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...