Sunday, November 30, 2014

Tips Untuk menambahkan Air Mani


TIPS UNTUK MENAMBAH AIR MANI

Air mani ialah campuran cecair dari pundi prostate,pundi seminal,pundi cowpers,pepundi dalam salur kencing,cecair dari pundi epidimis dan sperma dari kilang sperma. Ada 9 cara dapat membantu meningkatkan isipadu air mani. 





Antaranya :
1) Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi,isipadu air mani makin berkurangan dan cair. Jika ejakulasi selang tiga hari,air mani akan lebih mantap.
2) Elak tabiat merokok dan minum minuman keras. Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air mani.
3) Lakukan senaman secara berkala,lakukan senaman kegel atau kemut,iaitu mencengkam otot lantai pelvis dan otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing.
4) Makan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak,tinggi khasiat protein, sayur-sayuran dan kekacang. Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan kandungan air mani.Kurangkan makanan pedas dan berempah.
5) Elakkan buah zakar terdedah kepada kepanasan. Kepanasan menjejaskan kilang sperma.Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek “boxer” dan elak sauna atau merendam badan dalam air panas terlalu lama.
6) Kurangkan berat badan jika didapati meningkat. Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormone testosterone.
7) Dapatkan urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isipadu air mani yang lebih.
8) Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isipadu air mani dan bilangan sperma seperti madu, telur ayam kampung dan buah badam. Kekacang juga membantu meningkatkan sperma, zink dapat memantapkan kilang sperma. Herba tongkat ali terbukti berkesan dalam meningkatkan hormon testosterone dan secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang sperma. Semua mineral dan vitamin ini boleh didapati di dalam melalui pemakan yang berkhasiat dan konsisten atau melalui pengambilan vitamin yang bersesuaian.
9) Lakukan hubungan seksual sebelah pagi atau petang kerana ketika itu mudah mengalami pemanasan yang dapat membina kecerdasan pundi yang menghasilkan air mani. Jika lakukan seks sebelah malam, tahap keaktifan badan menurun dan rangsangan kurang,jadi pengeluaran air mani juga kurang.





Untuk Meningkatkan Kesihatan Bilangan sperma dan meningkatkan kapasiti pengeluaran air mani, di sarankan mengambil beberapa vitamin tambahan selain dari mengamalkan tips di atas. Lebih mudah dan ringkas bagi golongan yang aktif dewasa ini.




Diantara vitamin yang wajib di ambil oleh seorang lelaki normal bagi membolehkan keishatan sperma adalah :-




Zinc 



Kelima-lima vitamin tersebut dapat memberikan keupayaan meningkatkan kapasiti pengeluaran air mani lelaki sekaligus dapat menyihatkan bilangan sperma yang aktif bagi proses pensenyawaan. Bagi pasangan yang masih belum di kurniakan cahaya mata, di sarankan mengambil kesemua vitamin secara konsisten.

Selain memberikan kesihatan terhadap sperma dan menambahkan bilangan sperma yang aktif, pengambilan vitamin yang konsisten juga dapat memberikan kepuasan semasa proses ejakulasi secara maksimum dan sempurna.


2 comments:

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...