Monday, June 23, 2014

Sup Ayam with Akar Lada Hitam



Bahan-bahannya:

  • 1-2 kilo Ayam - Aku guna bahagian tulang-tulang sahaja.
  • 3 Biji Tomato - kerat empat bahagian
  • 1 Ulas Bawang Merah - Besar
  • 5-6 Ulas Bawang Putih
  • 3-4 Inci Halia Muda
  • 3-4 Inci Akar Lada Hitam Sarawak
  • 3 Inci Kulit Kayu Manis
  • 5-6 Biji Buah Pelaga
  • 5-6 Biji Bunga Cengkih
  • 2-3 Biji Bunga Lawang
  • 7-8 Biji Cili Padi - Masukkan tanpa di hiris.
  • Brocoli Secukupnya - Aku guna sebesar dua penumbuk aku je... 
  • Lada Hitam  sesudu teh - ketuk jangan sampai hancur.
  • Air Secukupnya.
  • Garam dan Gula secukupnya.
  • Daun sup secukupnya.
  • Sedikit Serbuk Oregano -  untuk memberikan bau wangi dan kelainan rasa sup sedikit.


Camna Nak buat...??

  • Gunakan api yang paling kecil sebab aku suka renih lama-lama sup ayam ni. 
  • Masukkan semua bahan kecuali brocoli dan tomato ke dalam periuk dan renihkan sampai mendidih. Selalunya dalam 35-40 minit baru mendidih.
  • Bila dah mendidih, masukkan brocoli dan tomato.
  • Taburkan sedikit serbuk oregano dan masukkan garam dan gula sebagai perisa tambahan.
  • Tutup api dan taburkan daun sup.


Ni lah rupa Akar Lada Hitam yang aku beli semasa berjimba-jimba di Kuching Sarawak bulan March tahun ni.



Serbuk Oregano yang aku gunakan.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...