Monday, January 19, 2015

Marketing Management dari kaca mata aku.

Seperti yang aku janjikan... nak tabur ilmu sikit untuk pembaca blog... ilmu yang aku dapat semasa manjadi budak sekolah dulu...

Hari ni nak kupas sikit mengenai apa tu marketing management.

  1. Marketing ni merupakan bagai mana cara manusia meluaskan strategi penjualan barangan ataupun servis mengikut trend dan pasaran terbuka.
  2. Merealisasikan apa yang di kehendaki oleh organisasi yang berkaitan
  3. Contohnya mudah: seperti anda mempunyai satu business travel agensi, anda nak meluaskan dan memasarkan perkhidmatan agensi anda. Apa anda perlu lakukan untuk memasuki pasaran terbuka dan menggalas strategi organisasi yang anda bernaung? Bagaimana? Di mana? Apa cara nya? tu semua salah satu dari soalan-soalan yang membolehkan anda mendapat idea menjana strategi marketing.
Konsep Marketing ni simple:
  1. Needs ( Keperluan )
  2. Wants ( Mahu )
  3. Offer ( Tawarkan )
  4. Transaction ( Urus Niaga )
Needs (Keperluan)
  • Berdasarkan apa keperluan semasa yang masyarakat sekeliling mahukan. Merupakan satu perkara asas utama yang di perlukan oleh orang persaorangan mahupun organisasi.
  • Contohnya : Kita menulis blog berdasarkan pengalaman, coretan mahupun apa jua yang terlintas di fikiran. Tahukan anda, sesetangah lapisan masyarakat yang menerjah blog kita mereka memerlukan sesuatu maklumat yang berguna yang mereka boleh ambil.
  • Oleh yang demikian, di sampaing kita berceloteh tentang diri kita, ada insan lain akan menggunakan apa jua bahan yang kita tulis sebagai satu keperluan mereka.
  • OK, saya bagi contoh lagi... bagi sesetengah backpackers akan mencari maklumat yang berguna dari memana blog untuk di ambil sebagai itinerary / jadual dan idea untuk mereka masukkan dalam rangka lawatan. Jika blog kita mempunyai beberapa info seperti, kos pengangkutan, transportation, makanan halal yang kita pergi, gambar-gambar yang cantik. Mereka akan menggunakan nya sebagai satu info. Ulasan terhadap sesuatu kawasan tersebut juga akan mereka ambil kira.
  • So..... sebagai penulis blog, kita juga harus creatif untuk memberi info yang bijak di samping selfie, wefie kita.... 
Wants ( Mahu )
  • Merujuk kepada ikhtiar untuk memenuhi keperluan asas kepada kemahuan diri individu ataupun organisasi. 
  • Sebagai contoh, kita lapar... apa yang kita mahu? sudah tentu nasi sebagai keperluan asas untuk kita makan dan mengisi perut.
  • Saya bagi contoh lagi. Sebagai seorang peniaga online, Kita ada product terbaik di pasaran. Bagaimana kita nak memberikan dan menyalurkan product kita menjadi satu asas keperluan kepada individu atau organisasi di luar sana?
  • Cara nya mudah. Kita dekati individu yang bermasalah kesihatan. Kita tidak boleh terus direct menjual, kita kongsi maklumat apa yang kita ada. Kita kongsi semuanya secara ikhlas. heyyy...bukan bagi free..hehehehe... kita bercerita. Rajin buka mulut lah beb...macam tu lah.
  • Sama juga dengan berblogging, kita nak memberikan dan menyalurkan satu maklumat yang tepat di setiap posting-posting kita. Please beb... bukan caca-marba tu tak bagus buat...itu identiti kita sendiri. Tu yang pembaca di luar mahukan. Ingat balik.... untuk menjadi magnet..kita kena be yourself bukan....? 
  • Contoh lagi... anda seorang suri rumah sepenuh masa dan anda mempunyai blog dan anda bercerita mengenai kehidupan kerjaya anda sebagai suri rumah. Tu kerjaya mulia beb... kenapa perlu di sorok?? cerita detail mengenai apa jua kehidupan kerjaya anda. Masak, basuk baju, jaga anak-anak dan suami.
  • Korang tau.... di samping anda berceloteh tersebut, selitkan info-info berguna dan tips untuk pembaca mahukan sesuatu ilmu yang mereka cari. Besar pahala nya tu... sebab anda telah memberikan "wants" yang pembaca mahukan.

Offer (Tawarkan)
  • Yang ni lebih mendalam bagi peniaga-peniaga seperti saya. offer/tawarkan memberkan makna sebagai satu strategi dan taktik serta taknik yang terbaik yang melibatkan urusniaga.
  • Erti kata lain, ni lah cara bagaimana anda menawarkan apa jua barangan dan servis untuk pelanggan anda, dari segi tektik, teknin dan semuanya.
  • Contoh nya. Anda mempunyai perniagaan kerepak yang sedap Ya Ampunnnn...memang best gila rasanya. Tapi anda tak tahu nak pasarkan. Tak tahu nak menawarkan kepada umum. Dengan itu kerepak anda buat dok tepi dinding je lah kan? 
  • Bagaimana anda nak menawarkan kepada org di luar sana tentang kerepek anda tu? Takkan nak berdiam diri je? 
  • Disini lah peranan "Wants" & "Offer" yang anda kena main ketengahkan.
  • Orang di luar memang nak makan kerepek, so anda kenalah offer bagi tau anda pembuat kerepek super sedap daaaabomm. Bagai mana caranya?
  • Mudah..... kita syer maklumat tentang kerepek keluaran anda. Tak payah sesusah fikir macam nak gila.... anda snap pic anak-anak anda makan kerepek berebut-rebut dengan memek muka yang sesuai.... tarrrraaaaa......snap dan posting ke FB. Tu salah satu cara. Banyak cara sebenarnya. Nanti saya kupas sikit demi sedikit di lain entry.
  • Contoh lagi Anda berblog caca marba macam saya yang penggemar kain pelikat...tapi takde sorang peniaga yang offer/tawarkan dan jual kain pelikat pada saya. Faham ke maksud saya ni? Maksud nya di sini,  Korang suakan pic-pic kain pelikat pada saya...for sure lah saya beli...hahahaha. Dimana letak nya "offer" tersebut? Fikirkan....



Transaction ( Urus Niaga )
  • Semua orang tahu apa tu urus niaga. Maksud sebenar ialah pertukaran barangan ataupun matawang di antara dua individu ataupun organisasi.
  • Contoh juga mudah... anda berblog wakling... u visit i, i visit u... camtu lah kan...
  • Lagi satu contoh, bila kita berniaga secara online khususnya. Bila kita selalu offer...sesekali kita kenalah membeli offer orang lain. Bukan sahaja kita memeriahkan perniagaan kita, malahan kita juga dapat memberikan orang lain income.
Ok, saya dah berceloteh tentang 4 asas idea maketing. Insya Allah jika lapang akan sambung entry khusus untuk peniaga online tentang konsep 4P. Apa tu 4P? Tunggu...................

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...