Friday, January 16, 2015

Rindu Zaman Gengzzz Bas Sekolah

Rindu zaman gengzz bas sekolah (GBS). Sesama pi kelas, sesama buat assignment, sesama lunch, sesama kejar register sems baru dan semuanya.

Memang dulu cita-cita sebelun age 40 nak ada PHD... tapi kekangan kewangan aku pendam dulu nak genggam PHD. Insya Allah satu hari nanti akan muncul juga. Cuma dua kemungkinan untuk aku teruskan International Business atau Finance. Tapi memang menyampah finance...hahahaha but tu je kekuatan otak aku berfikir.

Nak meneruskan Ekonomi, macam jakun juga perasaan ni sebab bukan kekuatan aku. Nak score pun 10 kali fikir. Maybe kalau nak sekadar lulus cermerlang dan senang...aku ambik marketing je lah.... tunggu je duit jatuh dari langit... InsyaAllah....

Upload dulu pic  kasi flash back kisah dongeng dulu-dulu.


Tekun Wak Sofan mengajar kami Ekonomi. 

Mamarazzi skodeng aku..chehhh~~~

Sofan, Aku, Mak Liya, Kak Fin, Ira & Ely. Alhamdulillah semua dah graduate.

Ira, Mak Liya, Kak Salina, Aku & Wak masa Convo Dec 2013. Berbaloi belajar selama 3 tahun 8 bulan.

Add on Ija PP Bangi

Bagi aku sebagai bekas pelajar yang mengambil dan belajar secara jarak jauh dan hujung minggu memang kena kuat dari segi mental, fizikal dan moral. Satu sems kami hanya ada 4 kali tutorial face to face berjumpa pensyarah. Selebihnya belajar sendiri dan group whatsapp terlalu banyak membantu kami khusus nya aku untuk buat assignment dan nak exam.

InsyaAllah jika ada permintaan dari pembaca, nak upload contoh-contoh assignment yang aku pernah buat dulu..... 


2 comments:

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...