Thursday, December 11, 2014

Backpackers - Korea - Day 1

11 December 2014

Planning:

  • Flight Air Asia Ke Busan jam 8.30 pagi ( RM 1,100.00 returned)
  • Busan - Jeju jam 7.55 malam. (RM 153.00)
  • 930 malam - menginap di Yeha Guest House (RM 272.00)
Actual :

Hari bertuah sesangat sebab semuanya on time. Memang gerun dengan situasi "delay" air asia. Yer lah sebab akan memikirkan camna nak kejar flight dari busan ke jeju pula.

Syukur sebab sampai cepat setengah jam. 8.30-2.30. Ambik bagasi pun dekat setengah jam lebih.

Pakcik kastam dan emigration Korea ni bebaik plak. Tak buka beg... Tak mampu nak pikul beg berat 20kg. Aku guna troli je. Hahaha... Punah kejap misi begpek aku sebab guna troli.

Keluar dari international arriving, belok kanan, pi pula untuk penerbangan domestik. Tolak troli sambil jalan slow slow sebab sejuk.
Check in dulu apa apa hal pula. Pastu top-up tmoney KRW 40000 utk kemudahan teksi atau bas nanti. Beli banana uyun yg bebudak BBM selalu beli tu....perghhhhh memang sedap siot... Kenyang.

17.20 flight dari busan ke jeju.
Boarding 17.05. Laju dan menepati masa. Naik je flight mata lelap. Penerbangan selama 45 minit mcm sekejap je.

Landing, ambil beg.... Kluar je...nampak nama kawan aku kat signboard dari encik kim. Dia yang alan pick up kami le guest house yeha. Perkhidmatan percuma. Sejuk....siap kluar asap dari mulut yuuu.... Hahahaha

Sampai guest house.... Memang selesa sesangat....nanti bebila ada masa masukkan entry detail. Sebab mata dah mengantuk dan badan lesu...bantal memanggil sebab tadi makan nasi impit dengan kimchi.... 










2 comments:

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...