Friday, December 12, 2014

Backpackers - Korea - Day 2

12 December 2014

Planning :

  • By Teksi round-round Pulau Jeju (KRW 43,333.33 seorang)
  • Trick Art Museum (KRW 8,000.00)
  • Seongeup Folk Village
  • Seopjikoji
  • Seongsan Illchulbong Peak (KRW 2,000.00)
  • Lunch - Wagaengi Restauranppt (KRW 10,000.00)
  • Manjanggul Cave (KRW 2,000.00)
  • Sangumburi Crater (KRW 6,000.00)
  • Mysterious Road 
  • Loveland (KRW9,000.00)

Actual :

Hari ni cuma dapat pergi:
√…Manjanggul Cave
√…Seongsan Illchulbong Peak
√…Rumah Candy Chocolate 
√…Limau Jeju
√…Seongeop Folk Village
√…Sangumburi Crater

Terlewat bangun sebab sedap berselimut. Kelam kabut mandi dan sarapan 4 keping roti, 2 keping cheese, Jem strawberry , Kopi secawan.

Teksi dah tunggu... Hari ni tempah teksi je untuk ke bahagian yang jarang bas nak lalu.

Memula ke manjanggul cave, gua larva gunung berapi. Indah ciptaan Allah. Teruja berjalan dalam gua bertiga... Sempat snap2 gambar dalam gua. Tapi blur lah...camera hp je. Dalam sejam juga dalam gua tu... Ada tiga bahagian, tapi cuma di buka untuk public satu bahagian je. Ada kesan larva berbentuk penyu. Takut sekejap... Yer lah dalam gua ada penyu..hahaha....

Selepas tu pi pula seonsang illchulbong peak. Kaki aku mulai sakit sebab kasut tak bagi kerja sama. Pi cari kasut sport situ...kena taram dalam 30,000krw. Nak tak nak paksa lah beli. Di sini lah mula nya cabaran angin kuat, sejuk, hujan... Yang memang mematahkan semangat sesiapa je nak daki.

Slow slow step by step... Sebab aku nengok anak sedara aku incik syuq ni plak laju je... Tau lah kaki aku sakit... Perit... Takpe... Cabaran tu... Sampai satu kawasan rehat dalam pendakian tu lebih kurang dalam 24 meter dari paras laut ketinggiannya, rasa berbelah bagi nak teruskan. Patah semangat pun ada sebab tenaga hilang... Tak tau camnabila nampak sorang makcik ni baya emak aku dia naik juga walaupun setapak demi setapak... Aku bertiga gagah kan jua naik slow-slow. Finally......sampai juga di atas peak... Pemandangan yang indah...Allahuakbar...

Cabaran turun pun satu hal juga...curam anak2 tangganya. Angin bertiup tu usah lah cerita...nak terkucil pun ada. Org buat 50minit, kami buat hampir 2 jam. Syukurlah..... Yang pasti...alon-alon ager kelakon...  Tenaga 4 keping roti beb.....

Lepas turun tu Mr Koh bawak kami mkn seafood... Ikan parang grill hampir semeter, nasi bilbimbab (ejaan nya aku tak sure sangat) tapi.... Perghhhhh memang menepati selera aku.. Sorang kena dalam RM 50. Huhuhuhu...berbaloi. Pasni kena ikat perut lah...sebab duit mulai susut.

Candy house cuma ambil masa 15 minit je kami terjah....memang sejukkk dengan angin yang membelai badan..  (Sambil menaip ni, layan plak member sebilik korea ni sembang...seketul seketul dia bercakap... Aku sambil menaip)

Pi singgah ladang limau...mygirl gitu...hahaha... Aku pun lupa cerita tu...

Pastu singgah folk village teringat drama korea kisah ubat ubat maharaja tu...ala aku pun dah lupa nama drama tu.. Rumah lama korea zaman tok dong...memang osem... Depa boleh susun batu bertingkat-tingkat sebagai dinding pagar dan buat tembok. Di ding rumah dari tanah dan batu.

Sangumburi crater.....
1st time nampak salji... Dan salji mulai turun sikit..aku tau aku batak tak pernah nampak... Teruja dengan ciptaan Allah... Rasa nak nangis pun ada sebab dari zaman kanak kanak ribena aku memang nak tau dan lihat salji. Sebab masa sekolah agama dulu... Ustaz ada bagi tau salah satu air mutlak untuk berwuduk...air salji... Bila nengok salji.... Pitammmmm kau camna nak berwuduk guna salji....sejukkkk.... 

Aku nak upload pic je lah... Idea takde nak meneruskan menaip.... Abah korea dua orang atas katil double dek ni dok sembang... Idea aku melayang ke hallasan dah.....




































3 comments:

  1. Bestnya....oren ladang my girl tu..

    ReplyDelete
  2. seronoknyaaaaa...ni yang mcm nk terbang sat sat ni jugakkk..ehhee ape pon, enjoy ur cuti2 kat sana k

    ReplyDelete
  3. Wah! Bestnyer bercuti kat Korea. Saya belum berpeluang ke sana. Teringin tapi belum ada rezeki barangkali

    Mintak tolong VOTED saya kat sini boleh? Klik voted sahaja. Terima kasih :)

    http://bit.ly/ambankamir

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...