Saturday, December 13, 2014

Backpackers - Korea - Day 3

13 December 2014

Planning :

  • Jeongbang Waterfall (KRW 2,000.00)
  • Jusangjeoli Cliff (KRW 2,000.00)
  • Cheonjeyeon Waterfall ( (KRW 2,500.00)
  • Saeyongyo Bridge and the sea (KRW 2,500.00)
  • Teddy Bear Museum (KRW 8,000.00)
  • Hello Kitty Museum (KRW 12,000.00)

Actual :

Planning ke semua tempat yang di rancang dalan itinerary di tunda bila kami menginap di selatan pulau jeju.
Bangun pagi seperti biasa sebab waktu subuh di Jeju ni lebih kurang 5.45 pagi.
Bersiap-siap nak ke Mount Halla untuk hiking.
Sarapan seperti biasa, roti 4 keping dan jem. Minum milo 3 in 1 je.
Lepas tu jalan kaki dalam 10 minit ke terminal bas Jeju, ambik bas No 740 untuk ke Mount Halla.
Ngam-ngam je sampai situ bas dah nak jalan... sib baik sempat pi halang bas tu..kalau tak kena tunggu lah lagi...
Tambang dalam 1300 won je...bas penuh, kena berdiri lah..
dalam 45 minit sampai ke tempat tujuan...teruja sebab putih salji kiri kanan jalan dan salji mulai turun.. hati melonjak-lonjak nak cepat turun dari bas.


Bas Station di Hallasan Mount. Bas menurunkan penumpang di kawasan ni. Kema lah daki ke pintu masuk Hallasan. Eerkkkkkkk...jauh juga nak menapak mendaki bukit... snap-snap pic buat kenangan. Salji turun lebat, sampaikan bagpack kami putih melepak menadah salji. Sejuk tu jangan cerita lah. Gigih kan juga kluarkan hp untuk snap pic.













video

Cuma makan megi je kat hallasan sebab tu je yang kami bawa. Lazat rasanya...hahahaha...
Kena tutun dari Hallasan sebelum jam 12.00pm sebab kerajaan Korea bagi amaran ribut salji akan melanda kawasan Hallasan. Gigih turun cepat-cepat. Lepas hiking Hallasan mount, pi ke terminal bas untuk balik ke hostel untuk ambik bas jam 1.00 pm. Ada sebuah bas lalu dan beritahu bas jam 1.00pm tak ada dan tak boleh naik ke situ tu pun setelah sorang makcik korea ni translate.. Adoiiiii gelabah gila rasanya. Try tanya sorang makcik Kpop ni...apa kata driver bas tu memula... macam ayam dan kucing bercakap. no bus...sambil tunjuk jadual bas jam 1.00 pm. Makcik tu bengis siottt...gerun nengok nya.

Nak tak nak kena tunggu bas jam 2,00 petang. Sambil sembang-sembang dengan kath dan syuq, lalu teksi yang makcik tu call... teksi tu boleh patah balik ajak kami naik. Bayangkan makcik tu dah laki bini berdua, syuq dan kath duduk sekali berempat di belakang, sib baik aku debab di bagi duduk depan. Punya lah baik hati makcik Kpop tu offer syer teksi balik ke Pekan Jeju. Tambang 10,000 krw bertiga. Janji sampai.... sapa kata org korea ni bengis tak baik hati.... rasa bersyukur juga sebab pertolongan makcik tu kami sampai ke pekan jeju.





Balik hotel sekejap, rehat dalam 30 minit lepas tu kami menuju ke Mysterious Road ( free je sebab jalan tu macam nampak menuruni bukit tapi statik je)  dan Loveland ( bayaran masuk KRW 9000) menaiki teksi. Tambang dalam KRW 1500 seorang.

Nama makanan ni tak ingat lah plak....


Mak kepada owner kedai... vouge kawww.....




No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...