Wednesday, December 24, 2014

Backpackers - Korea - Day 5 Dikejar Anjing Awal Pagi


15 December 2014

Planning :

  • Jeju - Seoul by Easter Jet (KRW 32,280.00)
  • Check-in Seoul Hostel Centre  (KRW 64,000.00)
  • Namdaemun Market
  • Namsan Tower
  • Myeodong
  • Dongdaemun

Actual:

Jam 6 pagi gendong beg depan belakang jalan kaki dekat 20 minit untuk ambik bas limo ke airport. Tengah sedap-sedap jalan kaki, kath kena kejar anjing...mencicit dia lari laju. Hahahaha...maybe anjing tu datang sebab pertolongan Allah pada kami supaya tak ketinggalan bas. Memang kami dah lambat masa tu. Bila kena kejar anjing, ngam-ngam sampai bus stop depan hotel untuk bas limo ke airport tu. Kalau tak silap stesen bas tu depan SunBeach Hotel Jeju. Tambang Bas Limo KRW 5500 seorang.

Flight Easter Jet jam 10.00 am waktu korea.



Sampai Gimpo bercadang nak naik subway...tapi lelah kau hangkut beg... Kami ambil keputusan naik teksi. KRW 21,000 satu teksi. Punya lah payah driver teksi tu nak berkomunikasi dengan kami. Rasa nak je bertekak cari hostel tu. Tunjuk semua dukumen yang kath print pasal hostel tu... Last-last jumpa, dia berhentikan kami di starbuck gwanghamun. Satu hal...mana hostel nya???? jenuh tanya orang...last-last sorang makcik tu bagi tau... jumpa juga.... kami di sambut dengan salji di seoul setelah seminggu tak ada salji. Teruja dan terbeku di situ.



Ni rupa bilik Seoul Hostel Centre untuk dua orang. Adesss.... sumpek kata org jawa kalau duduk dua orang. Aku ambik keputusan, upgrade bilik berasingan dengan syuq. Mana tak nya...letak beg dah penuh ruang kecik bilik burung. Upgrade dari KRW64000 menjadi KRW 100,000 untuk penginapan di Seoul.


Lepas melatakkan beg, bergegas keluar nak ke Subway terdekat iaitu Jonggak Station untuk ke Seoul Station bagi membeli tiket train balik ke Busan 19 December 2014.


Dari hostel ke stasen Jonggak Exit 2 ( hehehehe...next cerita aku bagi tau aku sesat silap exit keluar) dalam 10 minit jalan kaki. Ambil Train Line 1 (warna biru) ke seoul station. Lepas tu beli tiket train balik busan KRW 28,600seorang. Train Biasa.



Dari Seoul station kami menghala ke Namdaemun Market naik subway lagi. Totally aku memang kantoi pasal subway ni...aku follow je syuq dan kath.... Hahahahaha....cuma aku tau nak balik hostel wajib berhenti Jonggak dan ambik line 1. Tu je....

Bersambung....

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...