Thursday, December 25, 2014

Backpackers - Korea - Day 6


16 December 2014

Planning :

  • Nami Island (KRW 3,920.00)+(KRW 2,000.00)+ (KRW 10,000.00)+(KRW 10,000.00)
  • Hongik University - Hello Kitty Cafe (KRW 2,000.00)
  • Ehwa University (KRW 1,400.00)
  • Muree Restaurant Itaewon (KRW 10,000.00)
  • Itaewon Jimjilbang (KRW 10,000.00)

Actual :

Niat di hati untuk ke Yongpyong bermain salji dan ski terpaksa di batalkan sebab kami terlajak laris dalam selimut memasing. Bangun-bangun sedar dah jam 7.00 pagi. Hambekkkawww... mata sepet-sepet lagi mamai kepenatan. Ambik nafas, mandi, pakai baju (single + tshirt + termal + sweater + 2nd sweater + Winter Jaket = 6 lapis dohhh) seluar pakai 4 lapis termasuk seluar kecik...hehehehe.

Sarapan dulu air milo dan nasi sikit + rendang bekalan sambil tu sembang-sembang nak kemana tujuan hari ni sebab dah lari dari planning. Denggggggg...kembali kepada itinerary asal...Nami island... Winter sonata.... Sebab cerita winter sonata tu ler hati aku dah lama melonjak-lonjak nak ke korea. Idaman kalbu.


Aku nak tengok camna Nami Island tu rupaya untuk pengambaran certita tersebut... Memang 1st cerita korea yang aku follow gila...hahahahaha....romantika kawww.... tapi tu lah hakikatnya tujuan aku mengembara bagpack ke Korea ni..... nak rasa winter sonata.



Camna nak kesana dari hostel aku....?
Dari subway station Jonggak  line 1 turun kat Stesen Cheongyangni pastu naik line Jungang turun kat Sanbong Station naik line Gyeongchun turun kat Gapyeong Station.
Sampai Gapyeong Station, pi ke information center beli shuttle bus tiket KRW 5000 utk guna satu hari. Sebab lepas ke Nami kami nak ke Garden of morning Calm. Ambil bas depan information centre tu ke terminal ferry Nami dan bas akan berhenti di depan 7E.





Beratur beli tiket ferry ke Nami KRW 8000. Done...penjelajahan winter sonata bermula.....

video


video









Penat explorasi pulau Nami...ehhh.... walhal tak luas pun...tapi bersalji... teringat jumpa budak melayu kat hostel seoul bagi tau dia datang Nami semalam salji cuma seciput sana sini je...bila kami datang...penuh di litupi salji dan salji turun juga di situ.... Makbul doa kami rupanya... Jangan tak tau...kat Nami ada restoran Halal bersebelahan bangunan kuning yang ada musolla lagi...Aku order makanan ni..tak tau nama apa...ada nasi, sup, kimchi lauk...KRW10,000. Licin langsai aku kerja kan sebab aku tau...ni je lah bekal tenaga untuk aku hari ni, lagi pun jika di convert ke RM...30 hengget nasi semangkuk ni....


Lepas makan, jalan-jalan lagi sekejap...main-main salji dan bergambar. banyak Gambar kat hp kath dan syuq yang mereka tak bagi kat aku...upload apa yang ada....

Lepas tu kami bergerak ke terminal ferry keluar dari Nami. Aku bleh terlelap dalam ferry tu... kath terlelap sampai semua orang turun, yang syuw pula tak tau sapa kejutkan dia...pelik bin ajaib...dan kami gelak sakan di situ... nasib baik kath tak tidur nyenyak terus dalam ferry tu...

Gerak ke 7E sambil tunggu shuttle bas, beli air kopi panas. Aku plak...as usual lah "berasap". Bas sampai kena baris, sekali ada satu family melayu berbaris depan kami tak jadi naik sebab dia tak beli shuttle bas tiket. Tu lahhhh bukan nak tanya orang...apa kami ni orang melayu sombong ke? Kami peramah ler weiii.... ( dalam hati...padan muka ko...ringankan ler mulut tanya kami...jangan berlagak sombong... memang rata-rata orang melayu yang kami jumpa di korea ni sombong...maaf jika statemant ni melampau) bukan tak boleh beli tiket shuttle tu dalam bas...boleh je...ko yang tak tanya...

Kami meneruskan perjalanan menggunakan shuttle bas ke garden morning calm. Garden tu buka jam 5.30 malam. For info....jam 5.30 dah maghrib kat korea ni. Sampai situ...aku bebetul kesejukkan...sebab tempat tu atas bukit... gigil sebab mafla lilit leher aku tak dapat menampung kesejukan. Aku beli mafla merah yang baru...KRW 10,000 harganya. Tapi jadilah untuk tutup leher aku. But ianya masih terlalu sejuk bagi insan khatulistiwa macam aku. nak bergambar keluarkan tangan pegang HP pun satu hazab.... Bayaran masuk ke situ KRW 8,000 tapi kami dapat diskaun sebab kath rajin sangat print voucher diskaun-diskaun.







Kena keluar dari situ jam sebelum jam 7 sebab shuttle bus 7.20 malam. mereka tepat bebeno sampainya... Naik bas pi ke stesen Gapyeong dan naik subway balik ke Jonggak Station... Berakhirnya perjalanan hari ke 6 backpek aku......

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...