Wednesday, December 24, 2014

Backpackers - Korea - Day 4 part 2

14 December 2014

Sekitar perjalanan di Hello Kitty,  dan Teddy Bear Museum, Jeju.

Setelah merayap sekitar kawasan pantai melihat ke unikan kesan luluhawa terhadap hakisan lahar gunung berapi, Kami menaiki teksi menuju ke desinasi seterusnya iaitu Hello Kitty. Tempat ni memang ke gilaan anak buah aku si syuq... tak tau apa yg di gilakan... aku nengok...patung kucing kenit je, takde istimewanya. Masuk pun kena bayar KRW 12,000 (+- RM 36 mahal kan...??). Tambang teksi sekitar KRW 1500 seorang.





Kat sini aku jumpa sorang travel agent dari Malaysia Berbangsa Cina menegur aku semasa aku tengah dok berasap.... "Abg dari mana..? sapa nya." " Wah.....tanjat aku weiiii..... selalunya sembang bahasa melayu bertiga je... ni ada org lain tegur.... teruja terus... sembang-sembang sekejap sebelum meneruskan perjalanan ke Chonjeyeon Falls. Seonimgyo. (water falls) menaiki bas. Adoii number bas aku lupa tapi kena ambik bas bertentangan dengan Hello kitty tu. Tambang bas guna T-Money je...touch-touch lebih kurang dalam KRW 1300 je seorang.

Main redah turun setelah driver bas tu menjerit nama tempat kami nak turun tu. Jalan kaki pi information centre tanya serba sedikit camna nak ke water fall dan teddy bear museum. Bagi direction seperti biasa...walk 5 minit...hahahaha...hampeh 5 minit org korea sebab jauh beb...

Bayaran masuk water fall Chonjeyeon tu KRW 5,000 seorang. dapat lah melepaskan lelah kat situ seketika. Pic water falls nya takde sebab kami tak nampak... hahahaha.....



Dalam jam 4.00PM waktu Korea kami gerak dari situ berjalan kaki menuju ke TeddyBear Museum lebih kurang dalam 45 minit. Kami kelaparan sebenarnya... jumpa makcik jual sotong panggang...tibai beli je sorang sekor harga dalam KRW 4000 satu. Adoiiiiii liat nak gigit...sebab kami kelaparan...kemam je lah.... Akhirnya jumpa juga CU (kedai serbaneka) melantak beli banana uyun KRW 1300 untuk alas perut. Syuq beli roti redbean dan kath beli nasi makan dengan sotong liat tu. Aku memang patah selera sesangat. Minum banana uyun dan air choc hersey je lah.


Tempat charge kereta/kenderaan sebelah CU

Dah ada tenaga sikit, jalan kaki lagi pi teddybear museum. Tak lah jauh mana dalam 10 minit jalan kaki, tapi disebabkan cuaca yang menusuk tulang sulbi sejuknya...memang slow lah berjalan.
Bayaran masuk teddybear museum KRW 8000 seorang.




Dalam museum ni aku tak ingat berapa lama dok menziarahi bear-bear tu semua, tapi keluar je hari dah malam. Mana nak cekau kejar bas...? tanya orang kat situ bas takde... apa lagi tahan teksi balik hostel. Sorang kena dalam +-KRM 2000.

Masuk bilik terus bersiap-siap nak ketempat beli barang sambil cuci mata. Aku kena beli stokin beb...semua stokin basah dan berbau harum. lepastu kena beli thermal untuk pergi seoul sebab aku belum beli lagi. Jadilah jumpa sepasang thermal harga dalam KRW15000 sepasang. Melayang duit aku di situ. Sekurang-kurangnya aku tak mati kesejukkan si seoul nanti.

Siap shopping, singgah CU lagi untuk beli nasi dan panaskan dalam microwave. Harga Nasi KRW 1100 sebekas. Laju-laju kami jalan sebab dah lapar. Lepas tu ambik lauk bekalan dan makan. Kena cepat tidur sebab esok seawal pagi jam 3.45 nak kena bangun untuk pack barang nak kena kejar airport limo (bas) ke Jeju International Airport sebab nak ke Seoul....

Tamat siri Jeju.... aku akan rindu jeju lagi.....

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...